P Pinang akhirnya sepakat selesai proses agihan kerusi
Proses agihan kerusi Dun Pakatan Harapan Pulau Pinang akhirnya menemui jalan penyelesaian.
Pengumuman itu dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah semasa majlis Sambutan 10 Tahun Kerajaan Pakatan Pulau Pinang di Padang Kota Lama, Ahad lalu.
Beliau berkata, DAP akan mendominasi 19 kerusi Dun, PKR 14 kerusi, PPBM 4 kerusi dan Amanah 3 kerusi.
“Tak pernah dalam sejarah gabungan pembangkang kita berjaya selesaikan agihan kerusi lebih awal daripada pilihan raya. Ini kali pertama,” katanya.
Kerusi yang akan ditandingi DAP ialah Sungai Puyu, Bagan jermal, Bagan Dalam, Berapit, Padang Lalang, Perai, Jawi, Tanjong Bungah, Air Putih, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Datuk Keramat, Sungai Pinang, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong
Manakala PKR pula akan bertanding di Dun Pinang Tunggal, Telok Air Tawar, Seberang Jaya, Penanti, Machang Bubuk, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Sungai Bakap, Sungai Aceh, Kebun Bungah, Batu Uban, Pantai Jerejak, Batu Maung dan Pulau Betong
PPBM akan meletakkan calon di Dun Penaga, Bertam, Teluk Bahang dan Permatang Berangan.
Amanah pula akan bertanding di Dun Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.