Pembangkang guna isu URA bangkit isu perkauman
SEBAB NGA KOR MING ITU CINA DAP
Saya menulis isu Akta Pembaharuan Semula Bandar
(URA) ini, akn muncul wakil2 pembangkang di ruang komen mengatakan saya ‘barua DAP’… itu seperti dijangka.
Ditanya kpd saya kenapa isu ini belum dijawab secara detail di pihak kerajaan, ia kerana RUU URA ini belum dibentangkan lagi.
URA ketika ini dlm proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan kpd Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan depan.
Jadi yg tiba2 pemimpin pembangkang mcm kena sawan ini mereka tahu tak isi kandungan ‘URA’ ini? Sdgkan kabinet kerajaan pun belum tahu apa2, pembangkang pula seolah olah sudah membaca RUU URA ini.
Mengapa pembangkang melompat dahulu sdgkan mereka sendiri tidak tahu apa2 isi kandungan RUU URA? Jawapannya sb yg hendak bentangkan RUU URA ini Nga Kor Ming seorang lelaki Cina dari DAP.
Cuba wartawan tanya kpd Hamzah dia sudah baca RUU URA ini? Confirm dia kata belum. Tanya kembali kpd Hamzah jika belum kenapa turun berdemo?
Ia umpama isteri jiran sebelah menjerit kerana melihat lipas, jiran sebelah rumah bawa parang berlari ke rumah sebelah ingatkan ada perompak.
Sdgkan Menteri, Nga Kor Ming akn bentangkan RUU URA kpd Kabinet bulan depan tiba2 pembangkang seolah olah dpt ‘soalan bocor’.
Secara basic dlm pengetahuan saya, tujuan URA ini adalah utk mengubal satu akta bagi menambah baik Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah serta Akta Perancangan Bandar dan Wilayah.
Akta ini juga bertujuan utk memperbaiki keadaan persekitaran bandar melalui perancangan semula, pembangunan perumahan, peningkatan infrastruktur, serta pemeliharaan warisan budaya.
Akta ini juga dikatakan jika sesuatu pembangunan ingin dibangunkan jika penduduk setempat melebihi 70% membantah maka projek itu tidak boleh dilaksanakan. Apapun kita tunggu detail mengenainya.
Percayalah wahai org Melayu yg dipajak otak anda oleh pemimpin2 pembangkang, jika URA ini yg akn dibentangkan ke kabinet tidak menjaga kepentingan org Melayu, PMX dan kabinet sendiri akn menolaknya.
Buat umat Melayu jgn diperbodohkan dgn pemimpin pembangkang. Mereka sendiri pun tidak tahu perincian URA tetapi cara mereka menghasut seolah olah URA itu sudah diluluskan.
Mana Wan Fashyal dpt maklumat URA ini merampas hak milik org Melayu atau hak milik org miskin? Dia dah baca ke? Jahat sungguh game pembangkang utk merosakkan minda org Melayu.
Kdg2 saya rasa lucu perangai pemimpin pembangkang berkumpul ramai2 utk menipu org ramai. Sdgkan mereka sendiri tidak tahu apa2 pengisian URA tersebut.
Sdgkan jaminan Menteri, Nga Kor Ming….Rang Undang2 Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akn meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.
Nak percaya cakap Menteri yg akn bentangkan RUU URA ini atau nak percaya kpd pembangkang yg tak pernah tahu atau baca Rang Undang2 yg akn dibentangkan ini ???
Selain itu tujuan pelaksanaan PSB juga perlu mendapatkan persetujuan pemilik hartanah melalui perundingan dan bukan pengambilan secara paksa selain turut memastikan pemaju tidak menjalankan rundingan dgn pemilik hartanah tanpa campur tangan kerajaan.
Nampak tujuan URA ini sebenarnya utk menjaga kepentingan pemilik hartanah dari dibuli oleh pemaju. Jadi di mana cerita kerajaan nak halau org Melayu bandar?
——————————————————————————
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
Dlm pembangkang menyerang kerajaan dgn memainkan naratif kononnya Cina DAP nak gadai tanah org Melayu, mereka lupa apa yg berlaku di negeri mereka memerintah.
Di Kelantan kononnya Pas berbangga meletakkan nama Kelantan sebagai negeri yg memiliki Ladang Musang King terbesar di Malaysia. Sdgkan rakyat Kelantan tertanya tanya tidak adakah syarikat milik Melayu atau bumiputera yg layak diberikan tanah seluas 9,588 ekar di Tanah Tinggi Lojing, dekat Gua Musang itu utk diusahakan.
Kita ingin bertanya apakah faedah langsung diperolehi oleh kerajaan negeri Kelantan dari kerjasama ini?
Apakah pula faedah diterima rakyat Kelantan dari pengiktirafan ladang Musang King terbesar di Malaysia ini?
Saya ada terbaca jawapan dari kerajaan negeri Kelantan, jawapan diberikan projek Musang King ini memberi 200 peluang pekerjaan kpd rakyat Kelantan.
What !!!??? Tanah seluas itu dgn pajakan berpuluh tahun hanya 200 anak tempatan bekerja di situ???
Sdgkan difahamkan melalui laman web syarikat ini, unjuran perolehan tahunan dari ladang ini kelak akn mencecah RM7.037 billion.
Sebelum itu terbongkar lombong emas di Sokor, Tanah Merah diserah pada CNMC Goldmine Holdings, sebuah syarikat China yg berpengkalan di Singapura.
Malah dikhabarkan kawasan balak seluas 62.2582 ekar di Kuala Krai dipajak selama 99 tahun kpd tauke Cina? Pihak kerajaan mesti menyiasat kebenaran semua ini.
Inilah kuta katakan kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak.