Che Ibrahim
Ambo amat setuju dengan kata kata abangda ambo AbeTah Hj Fatah.
Allah amat murka kepada orang yang kata apa yang dia tak buat...
لما تقولون ما لا تفعلون؟؟؟
كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون
Che Ibrahim
Ambo amat setuju dengan kata kata abangda ambo AbeTah Hj Fatah.
Allah amat murka kepada orang yang kata apa yang dia tak buat...
لما تقولون ما لا تفعلون؟؟؟
كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون
Sabar, hidayat milik Allah SWT..islam untuk semua... bapak saudara nabi pon mati tak masuk Islam walaupun apa yang baik dilakukan kepada nabi saw..
cuba YB komen pasal Bala ?ajak yang terdekat dulu dia kan geng YB...islam tak paksa pun orang yang belum islam masuk islam...tunjuk akhlak baik, insyallah ramai tertarik.. kita mampu berdoa yang terbaik sahaja...
Aman Muhamad
Selepas MIPP, abang besar GERAKAN juga sudah berdehem.
Amaran untuk PAS, kalau tidak MIPP dan GERAKAN tidak akan sokong PAS jadi Pengerusi PN dalam mesyuarat 19hb ni.
:)
Jarak rumah warga emas yang Abbe Hae pergi dengan rumah asal YB PAS DUN Apam Putra yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan tak sampai pun 1km.
Terima kasih Abbe Hae sudi bantu rakyat miskin dan kesusahan tanpa pilih warna parti.
Rumah warga emas yang dikurung tu terletak di Kg Repek, Pasir Mas, Kelantan, Pluto.
Abe Zam dah ziarah dah ke? Khabarnya Tok Ngulu Pas dah dimaklumkan awal lagi, tapi kenapa takda tindakan terus?
Fadhli Shaari kes dalam Daerah Pasir Mas ni, tapi dalam Parlimen Rantau Panjang Kak Siti Zailah Mohd Yusoff
Hingga ore jauh kena turun bantu?
Apapun kita doakan semoga Pak Mail selamat 🤲🏻 Terima kasih Abg Hae sudi bantu.
Detail disini: https://www.facebook.com/share/r/1ERVhjNRXw/?mibextid=wwXIfr
BobKelanang
OBSES... RAFIZI KE ANWAR??
Saya pernah mendengar kenyataan daripada seseorang yang pernah menyertai podcast Rafizi Ramli bahawa sejak di bangku sekolah menengah lagi, Rafizi memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi soalan saya kepada Rafizi mudah sahaja: adakah cerita yang saya dengar ini benar?
Jika benar, itu bukan satu kesalahan. Cita-cita politik itu lumrah. Ramai tokoh besar bermula dengan impian yang jelas. Tetapi di sinilah ironinya menjadi menarik. Apabila Rafizi hari ini menuduh Anwar Ibrahim “obses” untuk menjadi Perdana Menteri, tuduhan itu kedengaran kurang sebagai analisis, dan lebih sebagai projek memindahkan bayang diri sendiri kepada orang lain.
Anwar tidak muncul semalam. Beliau melalui puluhan tahun penjara, pemecatan, fitnah dan pengkhianatan politik — dan tetap kembali melalui proses pilihan raya serta mandat Parlimen. Jika itu dinamakan obses, maka seluruh konsep ketahanan politik perlu ditulis semula.
Sebaliknya, menuduh obses selepas kalah sokongan — sama ada dalam parti atau wacana awam — sering kali bukan tanda keprihatinan terhadap negara, tetapi tanda gagal berdamai dengan realiti politik. Ringkasnya: Cita-cita itu normal. Mandat rakyat itu penentu. Dan menyerang niat orang lain selepas kalah hujah jarang sekali mengangkat maruah politik. Soalnya kini bukan siapa yang obses, tetapi siapa yang masih bercakap tentang masa depan, dan siapa yang terperangkap dalam kekecewaan semalam.
Media indonesia baru keluar respon pembangkang Malaysia,walaun, walauntit, hirox. Gelak sakan media sana kena pembangkang malaysia kena scammer.
Terbukti, memang dia walaun.
Dapat title anugerah ikon dakwah walaun di muktamar PAS lagi.
Siapa kata PAS tak sakau?
Sakau pula dengan nama agama.
;)
Semasa PN jadi kerajaan, PN mansuhkan AKSEM yang jaga sempadan negara kita.
Akibatnya, negeri-negeri sempadan mudah lolos penyeludupan keluar dan masuk.
Barang-barang subsidi mudah diseludup ke luar negara.
Dan barang-barang berbahaya seperti dadah, senjata api mudah masuk ke nagara kita.
Sebab tu bermula 2021 hingga 2022, negeri-negeri sempadan muncul sebagai negeri paling tinggi kes dadah.
Kelantan muncul sebagai negeri banyak kes dadah dilaporkan pada tahun 2022, kesan daripada apa?
Kesan daripada PN mansuhkan AKSEM.
Alhamdulillah, selepas Madani ambil alih, AKSEM ditubuhkan semula dengan nama baru, iaitu AKPS pada tahun 2024, dan sejak itu segala aktiviti penyuludupan mula alami penurunan.
Apatah lagi bila Datuk Suhaily jadi KP AKSEM, lagi bertambah tegas penguatkuasaan.
Kerajaan Madani bukanlah sempurnya, namun ia 100 kali jauh lebih baik dari PN yang banyak mansuh itu ini yang memberi ruang kepada jenayah itu berlaku.
Orang-orang jahat dan penjenayah memang takkan suka Madani, mereka sudah pasti benci Madani dan akan berkempen biar PN menang.
Sebab mereka tahu, bila PN menang, mereka dapat melakukan aktiviti jenayah dan penyeludupan ni semula.
:)
Update video viral wanita mengamuk di restoran minggu lepas..
Ibu tunggal umur 29 tahun ni mengaku salah selepas dia mengamuk kat restoran Taman Tasek Damai minggu lepas. Dia didakwa cederakan 2 pekerja dengan tampar, tumbuk dan siap guna garpu lagi, lepas tu rosakkan barang dalam restoran tu. Puncanya dikatakan sebab dia tak puas hati pasal hal bayaran kat restoran tu.
Wanita yang bekerja sebagai penjual kuih dengan pendapatan RM500 sebulan itu merayu minta hukuman ringan sebab ada kad OKU, ada masalah bipolar dan kena tanggung tiga anak.
Akhirnya mahkamah bagi denda total RM11,800. Kalau tak mampu bayar, boleh kena penjara.
Aman Muhamad.
Soalang: Ustak! Apakah hukum untuk orang bukan Islam menyebut kalimah-kalimah Islam seperti 'alhamdulillah' atau 'insya-Allah' atau membaca ayat-ayat al-Quran?
Jawapang: Kena pahang molek. Jika yang melakukan itu bernama Nga Kor Ming, hukumnya automatik haram tanpa bahas. Sebab dia bukang gu kite.
Jika yang melakukan itu bernama Balasubramaniam a/l Nachiappan, hukumnya halal toyyiban. Sebab dia gu kite.
Pahang dok?
Soalang seterusnya....
:)
Hey, bangang! Perdana menteri boleh dijatuhkan bila-bila masa apabila hilang sokongan majoriti. Tiap-tiap hari pun boleh.
Pilihan raya nak buat lebih kerap pun boleh. Tiap-tiap tahun pun boleh! Cuma pilihan raya dibuat maksimum lima tahun sekali. Maksimum. Maksudnya tidak boleh lebih tempoh ini.
Had 10 tahun = PM boleh pegang hingga 10 tahun atau lebih tepat dua penggal pilihan raya. Faham? Maksimum. Maksudnya tidak boleh lebih tempoh ini. Faham ke tidak?
Bukan dia nak pegang 10 tahun. Atau wajib perintah selama 10 tahun! Bodoh tu simpan sikit, kaki-kaki komen di bawah berita Sinar Harian ini.
Komen saya yang geram ini untuk pengguna media sosial di bawah (ulang: di bawah) berita Sinar Harian ini. Mereka tidak faham maksud menteri ini.
Sejarahnya, Barisan Alternatif masukkan had dua penggal ini dalam manifesto PRU 1999. Kemudian masuk sekali lagi dalam manifesto PRU 2004.
Apa sebab? Sebab perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah sangat lama. Dengan rekod buruk hak asasi dan demokrasi. Sebab itu orang sebut dia "diktator", "mahazalim".
Maka, PAS, DAP dan PKR jadikan agenda hadkan tempoh dua penggal ini janji PRU 1999. Kemudian ulang lagi dalam manifesto 2004.
Apabila BA dan Pakatan Rakyat berkubur, Pakatan Harapan teruskan janji. Yang tu kerajaan sekarang nak buat, tunaikan janjinya.
Fathi Aris Omar
M.ASRI M JAMIL
Masih lagi berkaitan isu 5,207 hektar tanah yang kononnya diserahkan kepada Indonesia, dakwaan ini terus berlegar di media sosial sehingga mencetuskan persepsi seolah-olah Malaysia telah menggadaikan kedaulatan negara. Hakikatnya, naratif tersebut tidak tepat dan berpunca daripada salah faham terhadap isu sempadan yang bersifat teknikal serta berasaskan sejarah perjanjian lama.
Isu ini bukan soal jual beli tanah atau penyerahan wilayah, sebaliknya melibatkan Outstanding Boundary Problems (OBP) — kawasan sempadan yang sejak era kolonial tidak pernah dimuktamadkan secara terperinci di lapangan. Asas perundangannya telah lama wujud melalui Perjanjian British–Belanda 1915 dan 1928, namun kekangan teknologi pada ketika itu menyebabkan garis sempadan tidak dapat ditentukan dengan tepat.
Apabila pengukuran moden dijalankan berdasarkan prinsip watershed (aliran air) dan garis latitud 4°20’, kawasan pertikaian di sekitar Sungai Sinapat dan Sungai Sesai yang berkeluasan kira-kira 5,987 hektar diperincikan semula. Hasil pengukuran ini mendapati Malaysia disahkan memperoleh 780 hektar, manakala 5,207 hektar kekal sebagai wilayah Indonesia kerana kawasan tersebut sememangnya terletak di selatan garis sempadan yang dipersetujui sejak awal.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak kehilangan walau seinci tanah yang pernah menjadi miliknya. Sebaliknya, Malaysia memperoleh kepastian kedaulatan ke atas 780 hektar yang sebelum ini berada dalam keadaan samar dari sudut pentadbiran. Angka 5,207 hektar yang sering dimainkan sebenarnya bukan tanah Malaysia yang “diserahkan”, tetapi wilayah Indonesia yang baru disahkan secara rasmi selepas rundingan dan pengukuran bersama.
Penjelasan mengenai perkara ini telah dinyatakan di Parlimen oleh YAB PMX, Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa tiada pelepasan wilayah berdaulat Malaysia berlaku dan proses ini telah berjalan merentasi beberapa pentadbiran, selaras dengan undang-undang antarabangsa. Isu ini perlu dilihat sebagai usaha memperjelas sempadan negara, bukan bahan untuk dimanipulasi demi sensasi politik.
Saya pernah mengajar di sekolah kebangsaan. Murid-murid datang daripada pelbagai latar bangsa dan agama Melayu, Cina dan India.
Dalam suasana sedemikian, apabila seorang murid bukan Islam menyebut Alhamdulillah dengan penuh adab, hati kami sebagai guru Pendidikan Islam menjadi lapang dan besar. Saya tak ajarnya, tak paksa. Tapi murid ini menyebut kerana sering mendengar.
Peristiwa itu tidak pernah dilihat sebagai ancaman kepada akidah, sebaliknya ditanggapi sebagai satu benih kebaikan. Kami mendoakan, mudah-mudahan suatu hari nanti Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya.
Begitulah wajah pendidikan dan dakwah yang hidup mendidik dengan hikmah, bukan membina tembok syak wasangka.
Namun keadaan tersebut tidak tercermin dalam sebahagian wacana politik hari ini.
Apabila Saudara Nga Kor Ming menyebut Alhamdulillah dan beberapa kalimah pujian kepada Allah di Parlimen dengan sopan, tertib dan penuh hormat, terdapat suara yang segera melabelkan perbuatan tersebut sebagai penghinaan terhadap Islam.
Persoalan yang wajar ditanya di manakah letaknya penghinaan itu? Adakah pada lafaz kalimah tersebut, atau pada prasangka yang dibina sendiri?
Lebih menghairankan, pihak yang lantang mempersoalkan lafaz pujian kepada Allah itu pula kelihatan berdiam diri apabila terdapat penyokong sendiri mengeluarkan kenyataan berunsur mimpi bertemu Rasulullah dalam konteks politik.
Kenyataan sebegitu tidak pula dianggap mencemar kesucian agama. Di sinilah ketidakseimbangan mula terserlah dan sukar dipertahankan secara berprinsip.
Teguran Ahli Parlimen Rantau Panjang terhadap YB Nga Kor Ming atas isu tersebut, pada hemat saya, tidak mematangkan wacana Islam dalam sebuah negara majmuk.
Sebaliknya, tindakan berkenaan memberi gambaran bahawa Islam sedang dipersempitkan menjadi alat sempadan politik menentukan siapa yang boleh menyebut kalimah tertentu dan siapa yang mesti dicurigai.
Islam tidak menjadi lemah kerana orang bukan Islam menyebut Alhamdulillah. Islam menjadi sempit apabila penganutnya sendiri cepat berasa terancam tanpa alasan yang jelas dan munasabah.
Jika di sekolah, para pendidik mampu meraikan adab serta rasa hormat murid bukan Islam terhadap kalimah-kalimah suci, mengapa di Parlimen pendekatan yang diambil begitu berbeza?
Mengapakah perbuatan yang sama dipersembahkan sebagai isu penghinaan? Apakah ukuran iman kini ditentukan oleh kedudukan politik dan sokongan parti, bukan lagi oleh akhlak, hikmah dan keadilan?
Sebagai ahli politik, lebih-lebih lagi yang bercakap atas nama agama, tanggungjawab utama bukan sekadar menegur, tetapi mendidik. Peranan kepimpinan bukan hanya mempertahankan simbol, tetapi menjaga kebijaksanaan dalam menyampaikan mesej.
Parlimen bukan gelanggang untuk menunjukkan siapa paling cepat tersinggung, sebaliknya medan untuk memperlihatkan kematangan kepimpinan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
Semoga sesiapa sahaja yang menuturkan pujian kepada Allah dengan penuh keikhlasan sama ada hari ini beragama Islam atau belum suatu hari nanti dianugerahkan nikmat iman yang sebenar.
Semoga para pemimpin pula belajar membezakan antara ancaman terhadap agama dengan peluang untuk menampilkan keindahan agama itu sendiri.
Mohd Fadhli Othman
Mantan GPI sekolah rendah
Pink Palace Karaoke, pusat karaoke terbesar, telah dibuka di Mayang Mall Terengganu. Ia menawarkan hiburan mewah untuk rakyat Terengganu berhibur pada waktu malam.
Kronologi kes pembunuhan eksekutif operasi bank, Zahrullail Basir, 52, yang ditemukan di dalam rumah dengan tiga kesan tikaman di bahagian perut, payu udara kiri serta tapak tangan kiri.
1-Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi tadi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
2-Pemeriksaan awal mendapati tikaman dipercayai akibat senjata tidak dikenal pasti dan kemungkinan gunting atau pisau.
3-Pasukan Forensik dan Unit K9 telah hadir bersama bantu siasatan. Pemeriksaan mendapati terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian perut dan atas payudara kiri selain cedera di pergelangan tangan.
4-Terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka selain lebam di bahagian bahu kiri dan atas dahi serta luka di tapak tangan kiri," katanya.
5-Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan suspek dipercayai anak mangsa sendiri.
6-Hasil pemeriksaan juga mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang.
7-Dalam masa yang sama, usaha mengesan suspek terlibat selain meminta penama Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 29, yang juga anak sulung mangsa untuk tampil membantu siasatan.
Update: Suspek telah ditahan sekitar jam 8.34 malam tadi ketika menaiki sebuah bas persiaran menuju ke Selangor.
Penang Net
3 Februari 2026 ~
Masih ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) semasa dalam penjara dan diberi pengampunan penuh oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2024.
Beliau adalah Dr. Malik Bin Yatam.
Hari ini beliau menerima perkenan untuk menghadap DYMM Sultan Selangor.
Pertemuan berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.
Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara DYMM Tuanku dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada Baginda.
Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun; Dr. Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.
Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Dr. Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Pada pertemuan ini, Baginda berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan kehidupan beliau selepas keluar dari penjara dan perancangan masa hadapan.
Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan Baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.
Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.
Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong,RSN Rayer hari ini mengemukakan persoalan serius di Parlimen mengenai tindakan terhadap empat individu yang dikatakan mencetus provokasi termasuk menganjurkan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram di Sogo pada 7 Februari nanti.
Rayer menegaskan, sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth, Ridhuan Tee, Cikgu Chandra dan Firdaus Wong, walaupun himpunan tersebut berpotensi mencetuskan keganasan dan kekacauan di negara ini.
Menurut beliau, perkara ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat, tanpa mengira kaum atau latar belakang — Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak — kerana himpunan itu boleh menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat.
Beliau turut mempersoalkan alasan pihak berkuasa mengapa tindakan tidak diambil sehingga kini, memandangkan risiko yang boleh ditimbulkan oleh penganjuran himpunan tersebut.
Isu ini menjadi tumpuan Parlimen ketika perbahasan Kementerian Perpaduan oleh Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, dengan Rayer menekankan keperluan tindakan segera untuk memastikan ketenteraman rakyat demi perpaduan.
Hasnul Zulkarnain
By the way, staf JPJ sama spt penjawat awam yg lain, terikat dgn peraturan JPA.
Selamat beristirehat petang ni menjelang waktu sore..
Salam MADANI…