Update video viral wanita mengamuk di restoran minggu lepas..
Ibu tunggal umur 29 tahun ni mengaku salah selepas dia mengamuk kat restoran Taman Tasek Damai minggu lepas. Dia didakwa cederakan 2 pekerja dengan tampar, tumbuk dan siap guna garpu lagi, lepas tu rosakkan barang dalam restoran tu. Puncanya dikatakan sebab dia tak puas hati pasal hal bayaran kat restoran tu.
Wanita yang bekerja sebagai penjual kuih dengan pendapatan RM500 sebulan itu merayu minta hukuman ringan sebab ada kad OKU, ada masalah bipolar dan kena tanggung tiga anak.
Akhirnya mahkamah bagi denda total RM11,800. Kalau tak mampu bayar, boleh kena penjara.

No comments:
Post a Comment