MP Jelutong soal tiada tindakan ke atas 4 individu






KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong,RSN Rayer hari ini mengemukakan persoalan serius di Parlimen mengenai tindakan terhadap empat individu yang dikatakan mencetus provokasi termasuk menganjurkan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram di Sogo pada 7 Februari nanti.


Rayer menegaskan, sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth, Ridhuan Tee, Cikgu Chandra dan Firdaus Wong, walaupun himpunan tersebut berpotensi mencetuskan keganasan dan kekacauan di negara ini.


Menurut beliau, perkara ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat, tanpa mengira kaum atau latar belakang — Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak — kerana himpunan itu boleh menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat.

Beliau turut mempersoalkan alasan pihak berkuasa mengapa tindakan tidak diambil sehingga kini, memandangkan risiko yang boleh ditimbulkan oleh penganjuran himpunan tersebut.


Isu ini menjadi tumpuan Parlimen ketika perbahasan Kementerian Perpaduan oleh Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, dengan Rayer menekankan keperluan tindakan segera untuk memastikan ketenteraman rakyat demi perpaduan.




No comments: