MGID

ANWAR JUMPA MAHATHIR ISU PENAMBAKAN LAUT DI 3 PULAU DAN ISU KONTAKTOR

Bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu saya telah bangkitkan beberapa isu antaranya berkenaan rintihan nelayan di Pulau Pinang yang membantah projek raksasa tambakan laut di selatan negeri itu.
Isu ini memberikan dampak yang besar terhadap kelestarian alam sekitar dan kehidupan mereka dan saya menyampaikan hasrat kepada Perdana Menteri untuk menemui penduduk yang terlibat dengan bantahan ini.
Selain isu nelayan Pulau Pinang, saya juga turut bangkitkan beberapa masalah melibatkan golongan kontraktor kelas menengah dan bawahan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalaman

ANWAR IBRAHIM

LEBIH 250 NELAYAN BANTAH TAMBAK BERARAK KE PARLIMEN

TERJEMAHAN DARI : Anilnetto.com








Seramai 250 nelayan dan beberapa aktivis dari Pulau Pinang dan Perak berarak ke Parlimen pagi tadi( semalam 11 Julai )  untuk menyerahkan memo protes kepada pemimpin kerajaan ke atas projek menambak tiga pulau di Pulau Pinang dan pelombongan pasir yang luas di perairan Perak.

Mereka telah datang dengan bas sejak semalam untuk menyatakan penentangan mereka terhadap projek penambakan alam sekitar yang merosakkan alam sekitar - yang saya maksudkan, Jabatan Alam Sekitar - telah diluluskan.


Di sini mereka menyanyikan lagu protes dalam perjalanan dari Monumen Nasional ke Parlimen pagi ini:semalam 11 Julai 2019


 Sekitar 10,000 nelayan di Pulau Pinang dan Perak dijangka terjejas akibat penambakan dan pelombongan (mengorek pasir)  untuk projek tiga pulau di pantai selatan Pulau Pinang.



Image result for pelan tambakan tiga pulau di pulau pinang
Related image

Di atas ini , anda boleh melihat kawasan yang akan terjejas oleh operasi perlombongan pasir di luar pantai Perak. Lihat bagaimana ia akan menjejaskan kawasan perikanan di sepanjang pantai.






Image result for gambar gambar bantah tambakan pasir di parlimen

Di atas ini , anda boleh melihat kawasan yang akan terjejas oleh operasi perlombongan pasir di luar pantai Perak. Lihat bagaimana ia akan menjejaskan kawasan perikanan di sepanjang pantai.


HUSAM CADANG MUHYIDDIN JADI TIMBALAN ANWAR

‘TUNJUK MANFAAT PH BERKUASA, RAKYAT MAKIN KECEWA’

TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN KERANA MENGORAK LANGKAH MEMPERKASA MAHKAMAH SYARIAH


Usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tidak boleh dijadikan sekadar modal politik semata-mata. Ianya memerlukan komitmen dan kejujuran di dalam menentukan bidangkuasa dan peningkatan Mahkamah Syariah itu tidak berada terlalu jauh berbanding dengan Mahkamah Sivil.

Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan, khususnya atas daya usaha Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) YB Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Timbalannya YB Puan Hajjah Fuziah Salleh yang telah memulakan langkah ke arah itu apabila membawa RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan juga RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) untuk dibahaskan sebelum mendapat kelulusan di Parlimen. Meskipun ianya bermula di peringkat Wilayah-Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, tetapi ianya amat bermakna dan penting sebelum RUU ini diperluaskan di setiap negeri.

Kalau tidak bermula dengan langkah pertama, kita tidak akan ke mana-mana. Kalau sekadar bercakap semata-mata untuk dijadikan modal politik, ianya juga tidak ke mana-mana. Adakah usaha ini sudah mencukupi? Sudah pasti tidak. Komitmen kerajaan PH adalah untuk menentukan setiap negeri mempunyai dasar yang sama berkaitan hal ehwal Mahkamah Syariah ini. Tidak mudah kerana kita faham setiap negeri mempunyai bidangkuasanya tersendiri kerana agama Islam di negeri-negeri terletak di bawah Sultan. 
Justeru itu, di peringkat awal ini lebih mudah ianya bermula di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan sekiranya perlaksanaan RUU ini ternyata memperlihatkan kesan yang lebih baik, maka setiap negeri sudah pasti akan mengambilnya untuk dipraktikkan.

Usaha kerajaan ini sudah pasti menggembirakan pihak yang bertanggungjawab di dalam mengurus dan mentadbir Mahkamah Syariah termasuk para Peguam Syarie. Mereka melihat usaha kerajaan ini adalah sesuatu yang baik dan mereka nantikan sekian lama iaitu untuk melihat Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.

RUU ini masih di peringkat Parlimen dan dibahaskan. Tujuan perbahasan adalah untuk mencari sebarang kelemahan yang boleh diperbaiki dan memberikan peluang kepada semua Ahli Parlimen untuk memberikan pendapat dan pandangan bagi menambahbaik RUU tersebut.

Baru setahun kita menjadi kerajaan kita telah berjaya memulakan langkah ini. Kita bawa dan kita bahaskan tanpa kita minta tangguh-tangguh lagi. Tahniah !!

WFAUZDIN NS

Bila undang-undang berada di tangan para samseng..siapalah kita nak lawan samseng..



Assalamualaikum slmt pgi semua ..seorang budak berumur 13 tahun di pukul oleh tiga orang lelaki dengan kejam  berpunca hanya mencuri rokok ..patut kah .?

Menurut maklumat yang disertakan dengan laporan polis,  budak tersebut dipukul dengan menggunakan senjata ..adakah patut tindakan yang dilakukan 3 lelaki tersebut  hanya dikenakan jaminan polis sahaja..mengikut akta 324 atau 326 mendatangkan kecederaan parah ..

Menurut maklumat,kedai yang di masuki adik ini adalah kedai pembekal rokok seludup yang berdekatan dengan balai polis balik pulau .( IPD barat daya ), dan adakah ianya betul atau sekadar maklumat yang ditambahdan  ada kah anggota polis pejam mata atau tidak diambil tindakan pada kedai-kedai yang membekal rokok seludup yang banyak di kawasan Balik Pulau?? ..

Patut kah budak ini di layan sebegini rupa dan tiga lelaki tersebut di bebaskan dengan jaminan. Pihak berwajib harus menyiasat kejadian ini, sama ada ianya berlaku dan tidak ada sesiapa yang teraniaya.

Imej mungkin mengandungi: 1 orangTiada penerangan foto disediakan.Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

PEMAKLUMAN: PROGRAM DISKUSI BUKU “ANWAR PM KE-8 JANJI SERAH KUASA YANG MESTI DITEPATI”

Image result for buku anwar pm 8


Tarikh: 17 Julai 2019 (Rabu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Menate Steak Hub, Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.
Pakaian: Kemas
Ahli Panel:
1. Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Naib Canselor Universiti Selangor atau UNISEL yang juga CEO Institut Darul Ehsan atau IDE.
2. Datuk A Kadir Jasin, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri.
3. Datuk Seri Akhbar Satar, bekas Presiden Transparency International Malaysia atau TI-M.
Jumlah peserta kira-kira 200 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Daripada - Shahbudin Husin.

Kembalinya Zahid punca Dr M buka pintu Bersatu?

Tindakan Ahmad Zahid kembali jadi presiden didakwa untuk bantu Anwar, kata penganalisis.
Penganalisis politik melihat keputusan Ahmad Zahid Hamidi kembali menerajui Umno dan BN selepas bercuti kira-kira enam bulan sejak Disember lalu memang membawa agenda tertentu.
Malah, menurut Prof Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), ia dikuatkan lagi dengan tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kemudian mempelawa anggota parti Melayu di negara ini menyertai Bersatu.
"Mungkin kita boleh lihat tindakan Ahmad Zahid kembali jadi presiden Umno itu sebagai untuk membantu Anwar Ibrahim (presiden PKR) dan ini telah mencetuskan tindak balas Mahathir.
Jeniri berkata demikian sebagai mengulas pelawaan Mahathir untuk anggota parti Melayu di negara ini menyertai Bersatu.
Pelawaan itu dibuat pengerusi Bersatu itu pada 5 Julai lalu.
Dalam kenyataannya Mahathir berkata ketika ini sudah ada banyak parti Melayu dan bagi mengelakkan perpecahan lebih serius, mereka disarankan menyertai Bersatu.
Zahid diharap beri sokongan
Katanya, pelawaan itu merupakan usaha menyatu padu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.
Bagaimanapun pada 8 Julai, Mahathir menjelaskan pelawaannya agar parti politik Melayu menyertai Bersatu ditujukan kepada anggota Umno dan PAS.
Mahathir yang secara berseloroh turut mengakui beliau teruk dibelasah rakan kompenan PH ekoran pelawaan tersebut.
Mengulas perkara itu, Jeniri berkata apa yang dibangkitkan Mahathir itu tentu telah menimbulkan kesangsian dalam kalangan parti kompenan PH.
"Ini mungkin usaha beliau untuk menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri," katanya.
Menurut Jeniri jika jumlah anggota parlimen Bersatu kemudian dapat mengatasi bilangan anggota parlimen PKR, ia akan memberi kelebihan kepada parti berkenaan.
Pada masa sama, Jeniri berkata, beliau juga percaya Anwar akan melipat-gandakan usaha bagi memastikan dirinya berjaya menjadi perdana menteri selepas Mahathir.
"Presiden PKR itu akan pastikan, kalau berlaku apa-apa dia (Ahmad Zahid) mungkin akan memberi sokongan dari segi anggota parlimen manakala sebahagian yang lain di belakang Mahthir," katanya.
Bagaimanapun isu yang lebih penting, kata Jeniri, ialah berapa banyak sokongan dapat dibawa Ahmad Zahid untuk Anwar.
Sukar bertahan lepas PRU ke-15
Sementara itu pensyarah Universiti Malaya, Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat, ada "sesuatu" berlaku dalam politik di sebalik tawaran Mahathir.
Katanya, walaupun Mahathir telah menjelaskan tawaran tersebut dibuat secara umum - iaitu kepada anggota parti - namun beliau yakin ia adalah pelawaan kepada kepimpinan Umno dan PAS untuk menyertai Bersatu.
"Maknanya ada sesuatu di belakang tadbir politik itu sendiri, dan antara kemungkinannya ialah Mahathir tidak selesa dengan hujah pembangkang, iaitu DAP ini terlalu dominan dalam kerajaan.
"Kedua, adakah Mahathir melihat pengaruh Anwar semakin kuat dalam PH? Justeru beliau perlu untuk menjadi lebih kuat dengan membuat pelawaan tersebut.
"Saya fikir yang beliau bukan maksudkan dengan anggota biasa, tetapi maksud tersirat beliau ialah anggota parlimen Umno dan PAS, dan mereka masuk untuk menguatkan Bersatu," katanya.
Awang Azman berkata, kemungkinan itu ditambah dengan kedudukan Bersatu sebagai parti paling kecil anggota mereka di Dewan Rakyat.
"Kita tahu Bersatu parti yang kecil dan hampir sama dengan Amanah dalam PH, tetapi walaupun minoriti tetapi pemimpinnya dapat jadi perdana menteri.
"Dan dan perkara ini kita lihat sukar untuk bertahan khususnya menjelang PRU ke-15 dan selepasnya.
"Maknanya Mahathir perlu mengukuhkan Bersatu dengan apa cara sekali pun khususnya menarik kalangan Umno dan PAS," katanya.
Jika tidak, kata Awang Azman, maka mustahil Bersatu mendapat jawatan yang strategik selepas Mahathir berunur nanti.
"Saya lihat itulah rasionalnya perdana menteri membuat tawaran sedemikian," katanya.
Tambah Awang Azman, tindakan Mahathir juga dipercayai dibuat atas dasar beliau tahu kekuatan parti Bersatu sendiri setakat mana.
Berbanding Umno yang memiliki struktur kukuh, ribuan cawangan, Bersatu pula jauh lebih kecil.
Jika keadaan itu berterusan sehingga PRU ke-15, katanya nasib Bersatu sukar diramalkan.
"Bersatu bertahan disebabkan Mahathir. Ini hakikat - faktor Mahathir dan faktor Muhyiddin, manakala PAS pula mempunyai ahli dan jentera yang walak dan sanggup bekerja demi parti," katanya.
Justeru, Awang Azman berpendapat, antara anggota parlimen yang boleh dibawa menyertai Bersatu ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) dan Hishammuddin Hussien (Sembrong).
"Kalau perlu dia cuba tarik personaliti politik misalnya Hishammuddin atau Khairy Jamaluddin untuk menyokong dia," katanya.

    TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA, SEKAT SPEKULASI – PENGANALISIS

    (function() { var d = document, w = window; w

    ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

      Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...