Pakar ekonomi bidas menteri kewangan PN, tiada bank muflis beri moratorium 6 bulan tahun lalu



Panas! Pakar ekonomi bidas menteri kewangan PN, tiada bank muflis beri moratorium 6 bulan tahun lalu



 Pakar ekonomi berpandangan kerajaan tidak boleh membezakan golongan B40 dan M40 dalam menyalurkan bantuan kerana semua pihak terkesan dengan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, sekiranya M40 diabaikan sedangkan mereka turut terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0, golongan itu akan menjadi golongan rentan.

Bahkan ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh moratorium bank atau bagaimana ia dilaksanakan, Muhammed menegaskan ia tidak tepat sama sekali dan kerajaan pernah melakukannya pada PKP 1.0. Ikuti temubual penuh Muhammed bersama Sinar Harian pada Rabu.

SH: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) bernilai RM40 bilion dilihat tidak memfokuskan kepada golongan M40. Contohnya moratorium hanya untuk golongan B40 dan bersasar. Sedangkan golongan M40 juga perlu dibantu kerana turut terkesan. Adakah Dr merasakan golongan M40 juga perlu dibantu?

MUHAMMED: Golongan M40 harus dibantu kerana mereka juga terkesan dengan pandemik ini. Lockdown kali ini merupakan total lockdown seperti mana PKP 1.0 dilaksanakan iaitu semua diwajibkan tinggal di rumah kecuali 95,142 syarikat yang dibenarkan untuk beroperasi selama PKP ini.Ramai daripada golongan M40 akan terjejas pendapatan mereka dan hilang pekerjaan. Kita boleh menjangka peningkatan pengangguran jika PKP ini berlanjutan dan pastinya golongan M40 akan menjadi golongan rentan jika tidak dibantu oleh kerajaan.

Lihat saja tahun lepas selepas PKP 1.0 diperkenalkan, jumlah yang hilang kerja naik 245,200 dan kadar pengangguran melonjak setinggi 5.1 peratus iaitu tertinggi dalam tempoh 30 tahun di Malaysia.

Walaupun kerajaan berkata mereka yang hilang kerja atau kurang pendapatan boleh menghubungi bank, ini semua proses birokrasi yang tidak perlu. Ini hanya akan menyebabkan mereka yang sepatutnya mendapat bantuan menjadi terpinggir disebabkan oleh syarat-syarat tertentu oleh pihak bank.

Umum saja moratorium pinjaman automatik, seperti PKP 1.0 kepada semua. Kita kena ingat, ramai rakyat telah menggunakan segala simpanan yang mereka ada dan sudah habis selepas setahun berhempas pulas melawan pandemik ini demi kelangsungan hidup. Simpanan untuk masa depan juga telah mengecil sebab terpaksa mengeluarkannya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Matlamat utama dasar moratorium ini adalah untuk membantu rakyat di waktu yang mencabar ini. Jadi apabila peminjam, terutamanya dalam kalangan B40 masih dikenakan faedah, ini adalah amat tidak bertepatan dengan matlamat ini. Kadar faedah terkumpul ini hanya akan membebankan peminjam B40 untuk jangka masa panjang. Ia akan menjadikan mereka lebih miskin daripada sebelum ini

Menteri Kewangan mendedahkan kerajaan tiada kuasa dalam pemberian moratorium sebaliknya ia ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.
Secara keseluruhan, sebenarnya rakyat yang terpaksa membantu diri sendiri melawan pandemik ini. Bantuan tunai daripada kerajaan dari segi Bantuan Prihatin Rakyat, Geran Khas Prihatin dan subsidi upah berjumlah lebih kurang RM51 bilion. Bukan RM340 bilion seperti yang digembar-gemburkan. Bandingkan pula dengan duit rakyat yang dikeluarkan dari KWSP yang berjumlah hampir RM80 bilion dan tangguhan hutang bank sebanyak RM150 bilion yang rakyat kena bayar kelak.

Saya mencadangkan supaya bantuan tunai yang lebih diberikan kepada semua golongan B40 dan M40, sebanyak RM1,500 sebulan selama tiga bulan. Ini kita mampu, dan harus dilakukan. Sudah hampir 3,000 rakyat Malaysia terkorban. Bertindaklah sekarang. Jangan kedekut. Alasan kita tidak ada duit ini tidak berasas sama sekali. Apa guna jimat duit jika setiap hari berpuluh rakyat meninggal dunia dan berpuluh puluh ribu hidup dalam kesempitan?

SH: Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan kerajaan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh moratorium bank berkaitan pemberian moratorium kepada M40. Adakah benar kerajaan langsung tidak boleh campur tangan sedangkan sewaktu PKP 1.0 sebelum ini semua peminjam mendapat manfaatnya?

MUHAMMED: Ini amat tidak benar sama sekali. Pertama, ini pernah dibuat tahun lepas. Kerajaan mengarahkan moratorium melalui Bank Negara Malaysia (BNM) seperti mana PKP 1.0 sebelum ini. Malah, negara lain juga mengamalkan polisi yang sama, lebih kurang 22 negara maju memperkenalkan moratorium pinjaman kepada rakyat.

Kedua, ada enam bank yang dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya iaitu Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank, EXIM Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Agrobank. Ini semua milik penuh kerajaan. Jadi di mana logiknya bahawa kerajaan tidak kuasai bank?

Ketiga, ada juga bank-bank lain yang dimiliki atau dikuasai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Kementerian Kewangan, contohnya Maybank dan CIMB. Maybank dikuasai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), di mana ia pula dikuasai oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). Siapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YPB? Pengerusinya ialah Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi pula Menteri Kewangan. CIMB juga begitu, dikuasai oleh Khazanah, di mana pengerusinya adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah ahli lembaga pengarah.

Tidak ada satu bank pun akan jatuh muflis jika mereka memberikan moratorium pinjaman selama tiga bulan. Tahun lepas, moratorium automatik dijalankan selama enam bulan, namun tiada satu pun bank-bank di Malaysia telah bankrap mahupun mencatatkan kerugian.

Ini krisis terburuk menghimpit negara, semuanya harus berkorban membantu satu sama lain, bukan hanya mengharapkan rakyat berhadapan sendiri melawan krisis ini. Kerajaan seharusnya harus membantu rakyat, bukan membantu bank sahaja.

PH BOLEH GUNAKAN LAMBANG PAKATAN HARAPAN.

 

DAP warning PKR, jangan bunuh kesepakatan!

Logo pilihan DAPSY dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah, tidak lain tidak bukan, logo Pakatan HARAPAN. Usul membawa cadangan untuk menggunakan logo PKR, adalah sesuatu yang ditolak oleh DAPSY sebulat suara.

Cadangan ini sememangnya – tanpa kira apa-apa niat di sebaliknya – adalah sesuatu yang tidak wajar serta mempunyai nada untuk mengkhianati para penyokong serta parti-parti komponen Pakatan Harapan. Kami tidak boleh terima retorik yang boleh memutuskan silaturahim, mencacatkan persaudaraan, dan membunuh kesepakatan antara pendukung Pakatan Harapan; dan cadangan ini adalah suatu contoh yang mengundang ke arah pemecahbelahan itu.

Penggunaan Pakatan HARAPAN tidak diharamkan, tidak dilarang pemakaiannya, dan masih disokong oleh para penyokong dan rakyat majmuk Malaysia. Mengapa barisan calon Pakatan Harapan beriya sangat hendak menggunakan logo PKR sedangkan logo PAKATAN HARAPAN masih ada? Apa gunanya kekal nama dan wadah PAKATAN HARAPAN itu sekiranya lambang PKR pula yang diguna ganti?

Perkara ini adalah sesuatu yang sepatutnya dibahaskan secara dalaman dan di peringkat tertinggi, iaitu Majlis Presiden Pakatan Harapan. Saudara Akmal dan Saudara Syazni, Ketua Pemuda AMANAH merangkap Ketua Pemuda HARAPAN, sama juga seperti saya, merupakan anggota-anggota Majlis Presiden.

Kehadiran saya dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut jelas dimaklumkan tentang konsensus menggunakan ‘Lambang Bersama’ yang diputuskan dengan kecenderungan tinggi ke arah penggunaan lambang Pakatan Harapan.

Malah, konsensus yang dicapai ini kini diperincikan, diperhalusi dengan usaha lanjutan perbincangan yang mendalam, tanpa mana-mana pihak mengutarakan komen umum, supaya pengumuman sepakat dapat diuar-uarkan pada waktu dan masa yang sesuai.

DAPSY berpendirian bahawa Pakatan Harapan menang pada pilihanraya yang lepas atas nama PAKATAN HARAPAN. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sendiri menang PRK Port Dickson menggunakan Logo Pakatan HARAPAN. Satu-satunya lambang yang boleh dan akan menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat, bukanlah logo DAP, bukanlah logo AMANAH, bukanlah logo PKR, TETAPI LOGO PAKATAN HARAPAN.


VIDEO [[LIVE]] 4.6.2021 Manusia Yang Baik & Jahat Itu, Satu Ujian

VIDEO Apa Pun DIPERKATAKAN TENTANG Azmin, Tak Berjaya

VIDEO TERKINI : ATOK Tun Mahathir: Kerajaan Mesti Guna Duit Untuk Bantu Rakyat

Komited bantu pelajar peroleh peranti untuk pembelajaran


Oleh B. Suffian

Pendidikan adalah asas pembangunan negara. 

Sebab itu, wakil-wakil rakyat DAP terus ke hadapan dalam usaha membantu pelajar yang memerlukan bagi melancarkan pembelajaran mereka. 

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim telah menyumbangkan laptop kepada salah seorang daripada empat pelajar di Ketereh, Kelantan, yang dilaporkan sebelum ini mengalami kesukaran mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kerana ketiadaan peranti dan capaian internet. 

Sumbangan itu diusahakan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan, yang meminta Steven membantu pelajar tersebut, lapor Malaysiakini.

Sementara itu, sumbangan sama turut diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang akan memberikan sumbangan kepada tiga lagi pelajar lain.

ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu turut proaktif dalam membantu rakyat di kawasannya. 

Minggu lalu, beliau telah mengedarkan 75 unit peranti merangkumi tablet dan komputeri riba kepada pelajar di kawasannya yang jumlah keseluruhannya bernilai RM34,000. 

“Sumbangan ini diharap dapat melancarkan pembelajaran pelajar yang memerlukan di kawasan Pasir Bedamar. 

“Ia mendapat sambutan menggalakkan oleh keluarga-keluarga di kawasan ini,” katanya. 

TAKUTNYA PAS JIKA UMNO TIDAK MAHU LAGI BEKERJASAMA DENGAN MEREKA. MISALNYA , UMNO TERENGGANU TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAS

 

Panas! Tuan Ibrahim tempelak pemimpin UMNO

Tuan Ibrahim tempelak pemimpin UMNO

PAS menganggap kenyataan Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Umno menamatkan kerjasama dengan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berada “di luar kerangka Umno”.

Malah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menolak kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor itu sebagai “bukan mewakili kepimpinan tertinggi Umno”.

“Dalam Perhimpunan Agung Umno hampir semua bahagian telah membuat pendirian mengekalkan hubungan dengan PAS,” katanya kepada FMT.

Jazlan pagi tadi menggesa partinya menamatkan kerjasama dengan PAS, dengan berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan parti Islam itu bersikap ikhlas dalam mendukung tanggungjawab sebagai sekutu dalam MN.

Menurutnya, Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS yang akhir-akhir ini “kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang”.

Selain menuduh PAS “dari dahulu hingga sekarang” gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya, Jazlan berkata “ada beberapa dakwaan yang cukup serius” dalam kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang berada bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga merupakan pengarah strategi PAS.

Berhubung kontroversi sekitar tanah milik LGM, Tuan Ibrahim berkata, “prinsip PAS jelas, iaitu seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak dibuktikan bersalah.”

Mengenai kerjasama dengan Umno pula, Tuan Ibrahim berkata, partinya melihatnya dalam kerangka penyatuan ummah, bukan hanya soal pertandingan kerusi pilihan raya.

“Apa maknanya kalau ummah ini berpecah? Semua akan berhadapan dengan kerugian, menang sorak kampung tergadai,” katanya.




Panas! Ustaz Zolkharnain bagi nasihat percuma pada Syeikh Zainal Asri

 


Panas! Ustaz Zolkharnain bagi nasihat percuma pada Syeikh Zainal Asri


Baguslah tuan guru syeikh dah buat pusingan U dalam isu vaksin sehari dua yg lepas. Sebelum itu, dgn penuh konfiden, tuan guru syeikh kata, orang yg ambil vaksin akan mati selepas dua tahun.

Dlm penjelasan tuan guru syeikh, tuan guru syeikh bersandar kpd Imam Syafie yg memiliki qaul qadim di Iraq dan qaul jadid di Mesir. Tuan guru syeikh bagi contoh isu wudhuk, tidak batal sentuh isteri di Iraq tapi batal sentuh isteri di Mesir.

Tak apalah, itu perbincangan lain. Cuma bagi saya, kurang enak tuan guru syeikh mengambil Imam Syafie sebagai sandaran dalam isu menarik balik kenyataan berkaitan vaksin tu. Sama seperti sandarkan mekanik pulas skru kpd engineer yang mencipta enjin.

Imam Syafie berqaul qadim dengan dalil dan bukti yang kukuh. Bahkan qaulnya itu selari dgn qaul para fuqaha’ yg lain yg terus relevan sehingga kini. Dia tidak berqaul qadim secara sembrono tanpa sandaran.

Setakat yg saya tahu juga, qaul jadid bukan pembatal qaul qadim bahkan dlm sesetengah keadaan qaul qadim terus dipakai sesuai situasi dan realiti. Ringkasnya, bukan suka² Imam Syafie berqaul qadim sama seperti bukan suka² juga dia berqaul jadid.

Namun dalam isu vaksin ini, ketika tidak ada mana² pakar berkata pengambilnya akan mati dalam tempoh masa tertentu, tiba² tuan guru syeikh boleh berkata akan mati selepas dua tahun? Mana sandarannya? Mana bukti saintifiknya? Mana kajiannya?

Tuan guru syeikh sebenarnya main pakai hentam saja cakap begitu dlm isu vaksin ni. Jika tuan guru syeikh main pakai hentam saja, tak eloklah tuan guru syeikh nak samakan tindakan tuan guru syeikh dgn Imam Syafie. Perbuatan itu agak menjolok mata. Bahkan tak betul dgn disiplin berhujah.

Ka ada sebab lain tuan guru syeikh buat pusingan U? Saya tahu juga sikit² sebabnya. Sebab itu, pada hujung video tu tuan guru syeikh bukan main puji kerajaan PN. Puji melantun², mcm lantunan bola keranjang sebelum dibaling masuk gol.. he he. Tak apalah, itu hak tuan guru syeikh.

Cuma nasihat saya ialah, tuan guru syeikh tak perlu bercakaplah hal² yg di luar bidang tuan guru syeikh. Misalnya bidang sejarah dan bidang perubatan. Kalau tuan guru syeikh bercakap juga, nampak sangat melalut ke laut lepas.

Natijahnya, tuan guru syeikh terpaksa “jual” nama tokoh mujtahid umat ini untuk mengabsahkan tindakan tuan guru syeikh. Bukankah itu tindakan tidak beretika? Bahkan tidak berdisiplin bagi seorang “tuan guru syeikh” seperti tuan guru syeikh.

Nasihat saya sebagai sahabat lama, elok tuan guru syeikh bercakap dalam bidang tuan guru syeikh spt bidang tasawuf, bidang zikir² harian, baca hadith, itu lebih bagus drpd melalut dlm bidang lain ibarat wau kemetek putus ekor.

Semoga nasihat ini bermanfaat untuk saya dan tuan guru syeikh juga. Nanti ada peluang, saya cari jalan untuk berjumpa tuan guru syeikh. Bukan apa, nak minum kopi saja… Luv yu tuan guru syeikh.







HANYA SETELAH 5 BULAN BARU NAK DIKAJI BUKA PARLIMEN, JUJURKAH ATAU SEKADAR ‘LIP-SERVICE’?

 

Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka semula sekarang, sehinggalah dicapai imuniti kelompok vaksin Covid-19.

Maksudnya, lama lagi baru Parlimen akan bersidang kembali. Ini pandangan Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Parti Bersatu.

Kita tahu, Parti Bersatu amat takut jika Parlimen bersidang semula.

Menteri PN yang lain yang menjaga hal-ehwal parlimen dan undang-undang, Takiyuddin Hassan menyatakan pada hari semalam, Jumaat bahawa Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah perlaksanaan sidang Dewan Parlimen secara hibrid.

Maknanya ada kemungkinan sidang Parlimen akan dibuka. Tetapi entah bila?

Sebagai seorang ahli parlimen yang ada kepentingan dalam soal asas demokrasi berparlimen di negara ini, saya terpanggil untuk memberi ulasan.

Pertama saya nampak, Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin bercelaru dalam soal bilakah parlimen akan dibuka semula.

Untuk tutup dan gantung Parlimen begitu mudah sekali, tetapi mengapa bila hendak membukanya semula amat susah sangat?

Kepada pandangan Hamzah Zainudin, saya tidak berminat untuk mengulas. Hal parlimen bukan urusannya. Kita tak galakkan wujud menteri busy-body yang campur urusan menteri lain.


Hal Parlimen adalah bidang kuasa Takiyuddin Hassan sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Takiyuddin Hassan, bukan dari Parti Bersatu. Dia seorang yang dilatih sebagai peguam. Beliau faham dan mengerti konsep-konsep serta prinsip asas demokrasi berparlimen, peranan parlimen, soal pengasingan kuasa, sistem semak dan imbang, dan pelbagai konvensyen perundangan keperlembagaan yang mudah difaham termasuk yang sukar dan abstrak tetapi fundamental.

Kepada Menteri Takiyuddin Hassan serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara, dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua yang bermesyuarat pada hari Jumaat 4hb Jun yang lalu, saya berasa amat musykil dan ingin bertanya beberapa soalan di sini, kerana ruang ahli parlimen menyoal di dalam Parlimen kini ditutup rapat.

Soalan Pertama:Sudah 5 bulan Parlimen digantung, hanya baru sekarang bermesyuarat untuk bincang kemungkinan parlimen akan dibuka secara hibrid, bermaksud gabungan secara kehadiran fizikal dan juga secara maya?

Kenapa tidak bincang sebelum parlimen digantung? Kenapa tidak bincang sebaik sahaja parlimen digantung. Masa lima bulan telah berlalu sia-sia.

Soalan Kedua: Adakah Menteri Takiyuddin Hassan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun, Yang di-Pertua Dewan Negara Dr Rais Yatim, Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon, yang hampir kesemuanya mempunyai latarbelakang undang-undang menyedari bahawa dalam keadaan biasa (bukan Darurat) adalah satu kesalahan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan barang siapa mengganggu perjalanan urusan parlimen dan gangguan terhadap sistem demokrasi Parlimen di negara ini?

Sangat mengecewakan setelah 5 bulan berlalu,baru sekarang pihak-pihak yang disebut di atas berbincang aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan sekiranya sidang parlimen secara hibrid itu akan diadakan?

Soalan Ketiga: Mengapa lembam dan perlahan sangat? Anda semua adalah pemegang amanah menjaga institusi parlimen, tunggak asas sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Kami ahli parlimen yang lain dan rakyat Malaysia meletakkan amanah ke atas bahu anda untuk mempertahankan institusi parlimen.

Tahukah bahawa anda telah gagal melaksanakan tanggangjawab secara fidusiari? Jika bukan kerana Darurat, ia adalah satu kegagalan yang bersifat kesalahan jenayah.

Soalan Keempat: Kepada nama-nama besar yang disebut di atas, yang membawa gelaran Tan Sri dan Datuk kurniaan negara dan negeri, adakah anda benar-benar jujur untuk membuka semula Parlimen?

Atau adakah mesyuarat yang anda lakukan pada Jumaat lepas dan kenyataan media oleh Menteri Takiyuddin Hassan sekadar “public relation” atau “lip-service” sahaja, seperti melepaskan batuk ditangga?

Kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian (5 Jun 2021) seperti berikut: “Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan jemaah menteri,”

Soalan Kelima: Sudah 5 bulan Parlimen digantung dan dinafikan hak bersidang, sekarang masih perlu dibuat kajian lebih terperinci lagi? Selama ini tidak dikaji? Terperinci yang macam mana lagi?

Dengan rendah diri, saya mohon menyatakan bahawa isu yang sebesar gajah di dalam bilik yang menghalang anda semua membuka Parlimen ialah kerana wujudnya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) yang Kabinet Darurat Kerajaan PN gubal dan dijadikan undang-undang darurat dibawah dekri Yang di-Pertuan Agong.

Itu isu sebenarnya. Kalau nak buka Parlimen, maka batalkan dahulu Undang-Undang Darurat tersebut. Anda semua yang menjadi pemegang taruh atau stake-holder Parlimen yang bijaksana semua, tidak perlulah berlari mengelilingi belukar kecil, macam tak nampak isu yang sebenar.

Kalau tak faham, tanyalah Peguam Negara, penasihat undang-undang kepada Kerajaan.

Soalan Keenam: Kalau kertas lengkap yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu siap dan diangkat ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan, adakah pasti Kabinet Kerajaan PN akan bersetuju dengan cadangan untuk membuka semula parlimen waktu sekarang ini?

Rasa-rasanya Menteri seperti Hamzah Zainuddin tentu sudah bersedia untuk menolak cadangan dari Menteri de-facto Undang-Undang, Takiyuddin Hassan itu.

Takiyuddin Hassan sebenarnya secara “subconscious” seperti tidak yakin dengan cadangannya sendiri apabila menyatakan beliau dan lain-lain yang bermesyuarat 4hb Jun lalu “pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid ini,”.

Maksudnya mereka baru bersetuju pada dasarnya sahaja. Itulah hasil mesyuarat orang-orang besar Parlimen Malaysia. Sekadar bersetuju pada dasarnya sahaja.

Soalan Ketujuh dan terakhir: Apakah Takiyuddin Hassan, Azhar Harun, Rais Yatim, Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon yang menjadi pemegang taruh institusi Parlimen mempunyai keazaman politik yang kuat untuk mendesak sehingga berjaya menuntut Kabinet Darurat Kerajaan PN membuka semula Parlimen Malaysia secara hibrid?

Sama-samalah kita perhatikan.

Hassan Abdul Karim

05 hb Jun 2021 (Sabtu).


Tokoh korporat ganti Nazlan Pengerusi LGM

 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali berkata antara tugas diamanahkan kepada Raja Idris Raja Kamaruddin ialah menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun lalu.

PETALING JAYA: Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang sedang bergelut dengan “skandal penjualan dan pajakan tanah”, melantik seorang tokoh korporat sebagai pengerusi baharunya.

Raja Idris Raja Kamaruddin menggantikan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, yang ditamatkan perkhidmatan pada 14 April.

Dalam kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali berkata pelantikan Raja Idris berkuatkuasa 15 April lalu.

“Antara mandat utama yang diamanahkan kepada Raja Idris ialah menyusun kembali hala tuju hartanah yang dimiliki oleh LGM, menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun lalu.

“Beliau juga diamanahkan membentangkan pelan strategik baru LGM serta LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai anak syarikat yang menguruskan hartanah termasuk ladang-ladang milik LGM,” katanya.

Khairuddin berkata, selaku tokoh korporat yang pernah mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan TDM Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, pelantikan beliau diharap bakal membawa LGM ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik, profesional dan berintegriti.

Mengenai kekosongan jawatan Pengerusi Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) susulan peletakan jawatan Ahmad Jazlan Yaakob, Khairuddin berkata, Timbalan Ketua Setiausaha(Perladangan dan Komoditi), KPPK, Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah untuk terus mengelola Lembaga itu.

“Ini susulan Ahmad Nazlan menolak pelantikan beliau sebagai Pengerusi MPOB untuk menggantikan Jazlan. Calon baharu bagi jawatan berkenaan akan ditentukan semula kemudian,” katanya.

Raja Idris adalah abang kepada Blogger Raja Petra Kamaruddin yang kalah dalam saman yang dikemukakan oleh YB Lim Guan Eng.

MKN arah Kongres Nasional PKR esok ditangguhkan

 

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan.

Dalam kenyataan, Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata parti itu menerima surat daripada MKN pada 4 Jun dan makluman secara lisan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan pada hari sama.

AMK mahu moratorium wajib diberi, tambah peluang pekerjaan

 


POSTED BY AMIR WRLR

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir dalam Ucapan Dasar Kongres AMK pagi tadi mengesa kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan dengan meningkatkan kemasukan pelaburan asing masuk ke dalam negara.

Katanya, Indonesia masih boleh mendapatkan pelabur-pelabur asing dari syarikat teknologi gergasi dunia, AMAZON, Tesla serta syarikat yang pernah melabur di Malaysia seperti Hyundai dan Toyota, mengapa tidak Malaysia?

"Mendepani isu pengangguran yang tertinggi di kalangan anak muda, peluang pekerjaan terhad dan dilema gaji rendah; kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih drastik bagi mengekalkan pekerjaan sedia ada serta bantuan perniagaan kepada usahawan termasuklah insentif khas bagi mendepani Covid-19," katanya.

Beliau juga mahu kerajaan memberi moratorium wajib kepada rakyat sama ada individu mahu pun syarikat.

Katanya, ramai anak muda yang terjejas akibat kesukaran ketiadaan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan mereka perlu dibantu dengan menangguhkan bayaran balik pinjaman.

"Maka AMK sarankan agar moratorium tanpa caj faedah kepada peniaga-peniaga kecil sekurang-kurangnya untuk tempoh lima bulan, kembalikan subsidi upah, perkenalkan kemudahan pinjaman modal serta bantuan 30% - 50% dari jumlah sewaan tapak perniagaan

"Ini penting untuk menjamin pendapatan buat anak muda dan seterusnya mencari kaedah “create the job”. Di kalangan AMK juga ramai yang menceburi perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan.

"Sekiranya anak muda terperangkap dalam belenggu permasalahan pada fasa ini tanpa bantuan secukupnya, ia akan memberikan beban berganda kepada anak muda untuk survive," katanya.

Adakah kerajaan PN benar-benar mahu sidang Parlimen secara hibrid?

 


Oleh: Hassan Abdul Karim



ULASAN: Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka sekarang sehinggalah dicapai imuniti kelompok vaksin Covid-19. Maksudnya, lama lagi baru Parlimen akan bersidang kembali. Ini pandangan Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Parti Bersatu. Kita tahu Bersatu amat takut jika Parlimen bersidang semula.

Menteri PN yang lain menjaga hal-ehwal Parlimen dan undang-undang, Takiyuddin Hassan menyatakan semalam bahawa Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pelaksanaan sidang Dewan Parlimen secara hibrid. Maknanya ada kemungkinan sidang Parlimen akan dibuka. Tetapi entah bila?

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang ada kepentingan dalam soal asas demokrasi berparlimen di negara ini, saya terpanggil untuk memberi ulasan.

Kerajaan terus bercelaru

Pertama saya nampak, Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin bercelaru dalam soal bilakah Parlimen akan dibuka semula. Untuk tutup dan gantung Parlimen begitu mudah sekali tetapi mengapa bila hendak membukanya susah sangat?

Kepada pandangan Hamzah Zainudin, saya tidak berminat mengulas. Hal Parlimen bukan urusannya. Kita tidak galakkan wujud menteri busy-body yang campur urusan menteri lain. Hal Parlimen adalah bidang kuasa Takiyuddin Hassan sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Takiyuddin Hassan bukan dari Parti Bersatu. Dia seorang yang dilatih sebagai peguam. Beliau faham dan mengerti konsep-konsep serta prinsip asas demokrasi berparlimen, peranan Parlimen, soal pengasingan kuasa, sistem semak dan imbang dan pelbagai konvensyen perundangan keperlembagaan yang mudah difaham termasuk yang sukar dan abstrak tetapi fundamental.

Kepada Menteri Takiyuddin Hassan serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua yang bermesyuarat pada hari Jumaat 4 Jun yang lalu, saya berasa amat musykil dan ingin bertanya beberapa soalan di sini, kerana ruang Ahli Parlimen menyoal di dalam Parlimen kini ditutup rapat.

Setelah 5 bulan, baru hendak mesyuarat?

Soalan Pertama: Sudah 5 bulan Parlimen digantung, hanya baru sekarang bermesyuarat untuk bincang kemungkinan Parlimen akan dibuka secara hibrid, bermaksud gabungan secara kehadiran fizikal dan juga secara maya? Kenapa tidak bincang sebelum Parlimen digantung? Kenapa tidak bincang sebaik sahaja Parlimen digantung. Masa lima bulan telah berlalu sia-sia.

Soalan Kedua: Adakah Menteri Takiyuddin Hassan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun, Yang di-Pertua Dewan Negara Dr Rais Yatim, Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon, yang hampir kesemuanya mempunyai latarbelakang undang-undang menyedari bahawa dalam keadaan biasa (bukan Darurat) adalah satu kesalahan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan barang siapa mengganggu perjalanan urusan Parlimen dan gangguan terhadap sistem demokrasi Parlimen di negara ini?

Sangat mengecewakan setelah 5 bulan berlalu, baru sekarang pihak-pihak yang disebut di atas berbincang aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan sekiranya sidang Parlimen secara hibrid itu akan diadakan?

Soalan Ketiga: Mengapa lembam dan perlahan sangat? Anda semua adalah pemegang amanah menjaga institusi Parlimen, tunggak asas sistem demokrasi berparlimen di negara ini. Kami Ahli Parlimen yang lain dan rakyat Malaysia meletakkan amanah ke atas bahu anda untuk mempertahankan institusi Parlimen. Tahukah bahawa anda telah gagal melaksanakan tanggangjawab secara fidusiari? Jika bukan kerana Darurat, ia adalah satu kegagalan yang bersifat kesalahan jenayah.

Soalan Keempat: Kepada nama-nama besar yang disebut di atas, yang membawa gelaran Tan Sri dan Datuk kurniaan negara dan negeri, adakah anda benar-benar jujur untuk membuka semula Parlimen?

Atau adakah mesyuarat yang anda lakukan pada Jumaat lepas dan kenyataan media oleh Menteri Takiyuddin Hassan sekadar “public relation” atau “lip-service” sahaja, seperti melepaskan batuk ditangga? Kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian (5 Jun 2021) seperti berikut: “Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan jemaah menteri,”

Soalan Kelima: Sudah 5 bulan Parlimen digantung dan dinafikan hak bersidang, sekarang masih perlu dibuat kajian lebih terperinci lagi? Selama ini tidak dikaji? Terperinci yang macam mana lagi?

Adakah menteri kabinet PN suka buka Parlimen?

Dengan rendah diri, saya mohon menyatakan bahawa isu yang sebesar gajah di dalam bilik yang menghalang anda semua membuka Parlimen ialah kerana wujudnya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) yang Kabinet Darurat Kerajaan PN gubal dan dijadikan undang-undang darurat di bawah dekri Yang di-Pertuan Agong. Itu isu sebenarnya.

Kalau mahu buka Parlimen, maka batalkan dahulu Undang-Undang Darurat tersebut. Anda semua yang menjadi pemegang taruh atau stake-holder Parlimen yang bijaksana semua, tidak perlulah berlari mengelilingi belukar kecil, macam tidak nampak isu yang sebenar. Kalau tak faham, tanyalah Peguam Negara, penasihat undang-undang kepada Kerajaan.

Soalan Keenam: Kalau kertas lengkap yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu siap dan diangkat ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan, adakah pasti Kabinet Kerajaan PN akan bersetuju dengan cadangan untuk membuka semula parlimen waktu sekarang ini? Rasa-rasanya Menteri seperti Hamzah Zainuddin tentu sudah bersedia untuk menolak cadangan dari Menteri de-facto Undang-Undang, Takiyuddin Hassan itu.

Takiyuddin Hassan sebenarnya secara “subconscious” seperti tidak yakin dengan cadangannya sendiri apabila menyatakan beliau dan lain-lain yang bermesyuarat 4 Jun lalu “pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid ini,”. Maksudnya mereka baru bersetuju pada dasarnya sahaja. Itulah hasil mesyuarat orang-orang besar Parlimen Malaysia. Sekadar bersetuju pada dasarnya sahaja.

Soalan Ketujuh dan terakhir: Apakah Takiyuddin Hassan, Azhar Harun, Rais Yatim, Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon yang menjadi pemegang taruh institusi Parlimen mempunyai keazaman politik yang kuat untuk mendesak sehingga berjaya menuntut Kabinet Darurat Kerajaan PN membuka semula Parlimen Malaysia secara hibrid?

Sama-samalah kita perhatikan.

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 


Gunakan tempoh lockdown percepatkan proses vaksinasi

 


POSTED BY AMIR WRLR


Perwakilan Negeri Kedah, Adam Loh menyeru kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh digunakan untuk mempercepatkan proses vaksinasi negara.


Beliau berkata, gesaan itu dibuat kerana menyifatkan proses vaksinasi negara berjalan dengan amat perlahan ketika ini.


"Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sudah dilancarkan malangnya ia berjalan dengnan lambat sekali.


"Laporan antarabangsa minggu lalu meramalkan jangka masa untuk negara kita mencapai imuniti kelompok dengan 75 peratus adalah selama 19 bulan berdasarkan kadar vaksinasi ketika ini.


"Ini bermakna negara akan capai imuniti kelompok pada Disember 2022.


"Namun maklumat terkini hanya 6.7 peratus rakyat divaksin dengan dos pertama, ramai lagi yang menunggu vaksin.


"Gunakan masa lockdown ini untuk percepatkan vaksinasi. Jangan sekadar melontarkan stay at home sebaliknya gunakan masa ini supaya dua minggu kemudian kadar jangkitan diturunkan dan boleh membantu percepatkan imuniti kelompok," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional Kali Ke-15.


Beliau juga meluahkan kebimbangan terhadap bilangan yang belum mendaftar vaksin terutamanya di kawasan pedalaman.


"Sistem online tidak mesra semua lapisan rakyat dan penerangan dari kerajaan tidak meyakinkan.


"Di negeri saya antara peratusan pendaftaran paling tercorot di negara ini, kurang 30 peratus. Ini menunjukkan kempen kerajaan tidak berapa berkesan untuk golongan ini," katanya.


Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya mengumpulkan sukaralewan kumpulan dari pelbagai ideologi.


"Ini bagi mencari satu kaedah bagaimanakah untuk mengambil vaksin dan mendaftar vaksin segera.


"Gerakkan semua orang dari pimpinan tertinggi sehingga ketua kampung bagi memberi penerangan tentang vaksin.


"Boleh wujudkan stesen vaksin dalam pekan di kampung dan kawasan pedalaman, pastikan semua orang mendaftar dan keluar mengambil vaksin supaya boleh tamatkan pandemik ini secepat mungkin," katanya.


Oleh itu, Adam meminta kerajaan supaya menunjukkan kebijaksanaan pemimpin bukannya mewujudkan kekeliruan.


"Masa berjalan, kerajaan harus sedar program vaksinasi bergerak perlahan dan menjadi kelemahan untuk memerangi Covid-19.


"Vaksin bukanlah penawar untuk mengakhiri pandemik, namun ia sememangnya mampu menjadi pengubah keadaan," katanya.

Generasi baharu tidak termakan lagi corak politik berasaskan kaum, agama



POSTED BY AMIR WRLR

Perwakilan KEADILAN Negeri Sarawak, Azlan Norita menyifatkan politik perkauman dan agama sudah semakin tidak relevan dan ditolak oleh rakyat terutamanya dalam kalangan generasi baharu.

Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK sempena Kongres Nasional, beliau berkata ini satu perkembangan positif setelah parti politik zaman dahulu telah mencorakkan politik Malaysia agar cenderung kepada kaum dan agama sehingga merasakan mereka adalah suara pembela nasib kaum mahupun agama.

"Mereka kononnya membela nasib kaum dan corak politik perkauman ini diwarisi generasi sebelum kita dan ia masih bersisa hingga ke hari ini.

"Segelintir parti politik menunggang agama demi survival politik namun pada masa sama sikap dan amalan mereka jauh terpesong dari nilai-nilai keagamaan yang diperjuangkan.

"Ada juga parti politik memperjuangkan bangsa mereka tapi masa yang sama mereka adalah juara dalam salah guna kuasa dan korupsi sehingga menindas bukan sahaja bangsa lain tetapi juga bangsa mereka demi memenuhkan poket dan perut mereka.

"Malah tanpa rasa malu ada rumah mereka sebesar mahligai di celah-celah rumah rakyat yang tiangnya hanya tunggu masa untuk runtuh.

"Landskap mula berubah pada 1998 apabila kezaliman dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika titik tolak berlakunya proses reformasi politik yang hebat di negara kita.

"Pelbagai kaum dan kepercayaan dan badan-badan bukan kerajaan bawa arus pembaharuan dalam negara demi keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

"Dalam proses ini jugalah parti yang tidak diasaskan atas dasar kaum mahupun agama parti ditubuhkan atas prinsip keadilan untuk semua.

"Parti ini meraikan pelbagai kaum dan agama dengan mendaulatkan rakyat melalui proses demokrasi, itulah parti KEADILAN yang melambangkan bangsa Malaysia yang sebenarnya.

"Negeri Sarawak adalah contoh bukan setakat kaum Melayu, Cina dan India malah mempunyai bangsa lain seperti Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Hulu serta lebih 20 etnik yang mampu duduk sekali.

"Namun peredaran zaman bergerak ke depan generasi baharu tidak termakan lagi dengan hasutan dan sogokan pemerintahan seperti ini.

"Anak-anak muda sebagai pewaris negara harus mengglembeng baik dari pelusuk mana kita, membawa corak dan modal politik baharu yang lebih berdaulat dan mendaulatkan rakyat dan bukan bersifat perkauman," katanya.



(function() { var d = document, w = window; w

Lelaki ini geram kenyataan Menteri Kesihatan yang flip flop

  September 26, 2021  “KERAJAAN PN BN, TOLONG UNTUK TIDAK BODOH SEHARI BOLEH?” Saya tak faham kenapa menteri atau kerajaan ni sukar mengguna...