GAMBAR SEKADAR HIASAN
NORMAN RADZUAN
Baru bicara dgn
pelajar2 UMS dan Uitm di group Whatsapp. Pilihan pekerjaan yg mana lebih baik
utk mereka. Bekerja dgn kerajaan atau swasta? Saya beritahu cuba bekerja dgn
kerajaan. Lalu mereka tanya kenapa? Saya beritahu...
KERAJAAN
Pertama... Gaji
pekerja kerajaan bukan macam dulu. Gaji mereka kini lebih tinggi berbanding
swasta secara keseluruhannya.
Kedua... Pekerja
kerajaan makin lama kau bekerja makin dihormati kerana pangkat atau seniority
Ketiga... Buat
pinjaman mudah tanpa penjamin. Loan mudah diluluskan tanpa banyak soal. Malah
interest rendah.
Empat... Ada pencen.
Kawan saya tunjuk pay slip pencen gaji Sarjan dia lebih RM 2k. Duduk kampung
pencen RM 2k rumah dah kira enjoy sgt la.
Lima...Nak cuti atau
MC mudah. Tak ada siapa nak marah.
Enam... Nak ambil
file boleh singgah kantin. Boleh berbual bual lama. Jalan boleh lenggang
kangkung.
SWASTA...
Pertama...Bila dah
berusia pengurusan tidak berapa berkenan. Faktor utama kerana bila berusia
susah ditegur, tidak produktif dan gaji tinggi. Ia hanya merugikan syarikat.
Dgn gaji kita itu syarikat boleh gajikan 2 staff baru yg muda dan bertenaga.
Maklumlah dan tua ini byk MC sb banyak penyakit dan komitmen.
Kedua...Nak buat loan
susah. Kalau nak diluluskan pun kena ada penjamin.
Ketiga... Tiada
pencen, jadi sampai tua la kena kerja dan kena ada simpanan cukup.
Empat... Kalau nak
cuti bukan main susah. Kalau MC bos atau pengurusan buat muka menyampah dkt
kita
Lima... semua kena
pantas. Hari ini meeting dua tiga hari dah kena present dan selesaikan. Jgn
harap nak pergi kantin borak lama2.
Enam... Kerja swasta
mudah hilang pekerjaan. Samada diberhentikan kerana sedikit masalah disiplin,
syarikat kita ditutup atau mahu mengurangkan kos pengurusan. Biasanya bila kita
berusia 45 tahun ke atas bos Sdn Bhd ini mulalah rasa tak berkenan dgn kita.
Jadi yg kerja swasta umur 45 tahun kenalah bersedia utk diberhentikan.
Saya berniaga sendiri.. tak salah swasta buat begitu. Kalau nak tahu buka perniagaan sendiri. Tentang politik di tempat kerja sama sahaja kerajaan dan swasta. Byk lagi tapi yg ni la sempat berbual dgn mereka.