Kerajaan AS jual apartmen mewah Riza Aziz pada nilai AS$16.8 juta - NYT


Astro Awani
Kerajaan AS jual apartmen mewah Riza Aziz pada nilai AS$16.8 juta - NYT
Apartmen elit yang terletak di tengah kota New York itu adalah sebagai pertukaran untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya. - Foto Astro AWANI
KERAJAAN Amerika Syarikat menjual pangsapuri milik Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, pada nilai AS$16.8 juta.
Pangsapuri elit yang terletak di tengah kota New York itu adalah sebagai pertukaran untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya.
New York Times (NYT) pada Jumaat melaporkan kediaman di 15 West 63rd Street itu dipercayai merupakan antara penjualan semula hartanah kediaman yang paling mahal pernah direkodkan
Pada tahun 2012, Riza yang juga penerbit filem The Wolf of Wall Street itu dilaporkan membayar harga AS$33.5 juta untuk pembelian hartanah itu, dipercayai menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam laporan itu, NYT turut menyenaraikan beberapa unit hartanah, termasuk sebuah pangsapuri tiga bilik dekat 220 South Central Park iaitu bangunan kediaman paling mahal di New York, dijual semula pada harga AS$33 juta Mei lalu.
Hartanah tiga bilik tidur merangkumi separuh tingkat 55 itu ditutup pada harga permintaan penuh sebanyak AS$33 juta, iaitu 23 peratus lebih tinggi daripada hampir AS$26.8 juta yang dibayar oleh penjual pada akhir 2019.
WSJ pula memaklumkan bahawa perjanjian itu dapat berfungsi sebagai penentu untuk menentukan sama ada pangsapuri lain di kompleks kondominium sekitarnya akan meningkat.
Pada 14 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Riza Aziz berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

No comments: