2 dos vaksin diumum beberapa hari lagi - PM

 Kelonggaran SOP bagi individu lengkap 2 dos vaksin diumum beberapa hari lagi - PM

Muhyiddin berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

"Kita akan muktamadkan perkara ini dan saya akan umumkannya sebagai satu pakej penuh, termasuk dalam aspek sosial, sukan, dan aktiviti makan di restoran. Perincian ini akan diumumkan tidak lama lagi," katanya dalam temu ramah khas dengan media di sini hari ini.

Beliau berkata antara kelonggaran yang diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, termasuk perjalanan rentas sempadan terutama melibatkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan.

"Saya benar-benar berharap langkah ini akan memberikan sedikit ruang, keselesaan bagi orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik," katanya.

Pada 17 Julai lepas perdana menteri mengumumkan bahawa kelonggaran bagi individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan di mesyuarat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam minggu ini.

Beliau dilaporkan berkata ini selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila negeri beralih ke Fasa Dua PPN, terutama melibatkan kawasan Lembah Klang.

PPN dijadualkan untuk dibentangkan oleh perdana menteri dalam Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin ini.

Merujuk kepada persidangan parlimen, Muhyiddin berkata walaupun sesi itu akan dibuka untuk perbahasan, kerajaan tegas dengan keputusan untuk meneruskan PPN sehingga keadaan negara pulih.

-- BERNAMA

Ayuh dukung pelantikan tetap bagi semua doktor kontrak




WONG SOAK KOON/ALIRAN





Aliran mendukung tuntutan pelantikan tetap bagi semua pekerja kesihatan barisan hadapan, termasuklah doktor kontrak.

Anggota-anggota ini semuanya berdepan pelbagai risiko kesihatan serta kebajikan yang turut dialami oleh mangsa Covid-19.

Para doktor kontrak ini, bersama-sama dengan doktor lantikan tetap, jururawat serta pegawai kesihatan, berada di barisan hadapan melawan pandemik, dan kita bersyukur kepada penglibatan mereka.

Jadi, kami merasa agak pelik mengapa doktor kontrak ini tidak diserap ke dalam sektor kesihatan awam secara tetap. Mereka sepatutnya mendapat gaji yang setimpal, bonus dan faedah sebagai kakitangan perubatan yang dilantik tetap. Kami tidak dapat membayangkan dengan mengambil lebih banyak doktor ianya akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat.

Jika kerajaan Perikatan Nasional dan Kementerian Kesihatan risau dengan kos untuk mengambil mereka secara tetap, kami mencadangkan agar mereka yang di dalam kabinet yang besar itulah yang perlu dicantas. Kami juga mencadangkan agar gaji menteri, timbalan menteri serta setiausaha tetap juga dipotong separuh.  Selain itu, kita juga perlu menyalurkan duit dari gaji lumayan, bayaran serta emolumen para pengarah serta pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada sistem kesihatan awam.

Akhir sekali, kita juga menjangkakan bahawa para doktor yang berhartal nanti akan mengambil langkah berwaspada bagi memastikan ketiadaan mereka nanti tidak memberi kesan kepada nyawa para pesakit.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Julai 2021

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 



CARA MUDAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT?

 


Oh...mengaku pulak vaksin tidak akan menjadikan anda KEBAL tapi mengurangkan keberangkalian anda mengalami symptom yg serious bukan?

Nampaknya Vaksin sememangnya TIDAK akan buat anda jd KEBAL tapi MUNGKIN jd BEBAL.

Cuba tgk DATA, berapa ramai di Kategori 1 dan 2 yg tidak alami symptom serious berbanding yg mengalami risiko parah? Yg Majoriti kurg risiko yg divaksinkan sbb mereka yg membentuk jumlah paling ramai. BEBAL atau TIDAK?? Description: 😅

Lu ada otak, lu pikir lah sendiri.

Wallahualam.

- Zus Din

24 July 2021

***************

CnP dari Whatsapp group...

*VAKSIN TIDAK MENJADIKAN KITA KEBAL* - KKM

Vaksin mengurangkan kebarangkalian mengalami simptom COVID-19 yang serius.

Vaksin tidak menjadikan kita kebal.

Terus amalkan norma baharu dan patuhi SOP walaupun anda telah divaksin.

#COVID19

#LindungDiriLindungSemua

#MenangBersamaMharungiCOVID19

#sihatmilikku

Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

 

Kah kah...dah lengkap untuk kompaun atau PNdakwaan. Tapi #PNCirit ni hanya dakwa atau kompaun rakyat marhaen.

 May be an image of 1 person and text that says "Najib Razak 1m・c Nama pesalah Tempat kesalahan Tarikh kesalahan Jenis kesalahan Tandatangan pengakuan pesalah Bijak dia. PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH diucapkan kepada DATOHi MOHD RASHID HASNON DI-PERTUA RAKYAT Û menjamu selera makanan tradisional LR di Kampung Parit Tengah Seri Merlong SAJIAN KLASIK ZAMAN SILAM SINCE 2012"

((GEMPAR)) BORAK DAHSYAT DATO ZAHARIN: PN "BELIT" UMNO? APAKAH YANG AKAN...

MENARA DI DALAM BEKAS KACA, SANG PENDOSA DAN PEMEGANG KUNCI SYURGA

 


No photo description available.


KHAIRUDDIN AYIP


(i)

Lama kami tidak berkunjung mencari titik temu. Lebih 180 hari tiada suara sang cerdik membina negara. Aku, dia dan semua warga kecil hampir melupaikan akan kewujudanmu, Menara. Dikau telah membina kebimbangan warga penakut akan kehilangan kuasa dan jawatan.

(ii)

Hari ini, 26 Julai 2021, kami datang berkunjung. Monyet, tikus, tupai dan anjing memenuhi tempat duduk. Kami meredah masuk tatkala kerinduan membina keadilan mengapung diri. Salakan kosong terus bergema. Di manakah ruang untuk kami bersuara?

(iii)

Kami disaji kopi pahit dengan suara satu arah. Suara kami dipancung. Di sana terus menyalak

hebat

. Sekawan 18 pahlawan tersenyum bangga dan terus meratib: “Dap-Dub-Dap. Hidup Melayu! Hidup Islam!”

(iv)

Menara menangis mengenangkan Sang Pendosa berterusan menggadai maruah bangsa dan agama. Kami tahu dikau mahu melompat dari bekas berkaca. Usah bermimpi Menara, demi kuasa semuanya akan digadai!

 

RAKYAT KELANTAN DERITA 30 TAHUN: PAS RETORIK GUNA ISLAM

RM700K TAK SAMPAI 24 JAM…


May be an image of 3 people and people standing


BOBKELANANG


Syed Saddiq nih bukan calang-calang Ahli Parlimen... betul dia masih muda lagi... betul dia xbanyak pengalaman... betul dia masih baru lagi dalam dunia politik...

TAPI... dengan kekuatan pengaruh yang dia ada... sekejap jer dia boleh collect RM700k xsampai 24 jam...

Ini bukan kaleng-kaleng punya worang...

Dan ada sorang lagi Ahli Parlimen... iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam... Steven Sim... ini pon sama auranya dengan Syed Saddiq... mampu gerakkan dana "crowd fund" dengan mudah...

Dan kedua-dua Ahli Parlimen Muar dan Bukit Mertajam ni dulu bersama dalam satu Kementerian semasa dalam Pakatan Harapan... mereka mempunyai semacam aura dalam kalangan para pengundi... aku percaya... kalaulah kita ada ramai Ahli Parlimen macam ni... In sya Allah... Malaysia akan akhirnya mendapat Kerajaan yang bagoosh... nak harap pok lebai hancuss negaraKU…

Kita harap ramai lagi Ahli Parlimen yang muda macam Ahli Parlimen Batu (P. Prabakharan) dapat juga menjentik aura perubahan dalam Parlimen Malaysia...

Kearah Malaysia Yang Baru dan Bermaruah...

 

KERAJAAN YANG ADA SUDAH TIDAK DIBERI HIDAYAH

 


BOB KELANANG


Kerajaan yang ada sudah tidak diberi petunjuk dan hidayah..

Kerajaan serabai tidak terurus flip flop carca marba macam PN sampai kiamat pun tidak stabil.

Kecelakaan sekarang ini pun ada kaitan dengan lebai PAS yang mungkir janji dengan Tuhan.

Perisik patut bisik pada telinga Muhyiddin, rakyat sudah tidak BERTAPIS dalam maki hamun ke atas kerajaan, itu APA petanda?

Rakyat nak berusaha untuk kehidupan yang lebih baik... dulu pun Najib hulur BR1M sekarang Muhyiddin pun cuba hulur... kesudahannya lingkup.

 

May be a meme of ‎1 person and ‎text that says "‎21:27 faceb Rentas negeri: TPM minta orang ramai bersabar untuk empat, lima bulan lagi July 20 2021 1:35pm 1:3 0ם 42 Comments Like Comment Share (CnVID-19) Informatinn‎"‎‎



HAMPIR MASUK DEWAN DAH PANDAI BUAT HAL LA PULAK COVID NIH...

 

COVID-19: Tiga Ahli Parlimen positif, empat lagi disahkan kontak rapat


Firdaus Azil

DILEMA SIDE INCOME

LOMPAT PARTI? "NO PROBLEM" | Dr Aziz Bari

AMBIK KO KP PN! - RAKYAT BANTU RM715K SYED SADDIQ



Begitulah kebanyakan pimpinan PAS yang sentiasa melawan arus dengan rakyat, setiap kali memberi kenyataan mengenai apa apa isu mengenai rakyat. Nah padan muka sekali lagi untuk Ketua Pemuda PAS ini yang juga Ketua Pemuda PN.



HANTAR USUL AWAL PUN SALAH JUGA KE…MALU BETUL ADA KERAJAAN MACAM INI?

 

Ini satu lagi lawak jenaka #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh yang tiada keabsahan dalam cubaan mempertahankan kedudukan tiada majoriti mereka daripada terdedah dengan sendirinya.

Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun menjelaskan, usul yang cuba dibawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke sidang khas Dewan Rakyat selama lima hari bermula 26 Julai ini tidak dapat diterima.

Ada beberapa alasan yang diberikan Azhar atas keputusan tersebut, antaranya kerana Anwar menghantar usul berkenaan terlalu awal.

Dalam suratnya kepada Anwar, Azhar menjelaskan, notis untuk persidangan khas itu dikeluarkan pada 15 Julai dan usul Anwar pula diserahkan kepadanya pada 12 Julai.

“Oleh itu, usul oleh Ahli Parlimen Port Dickson tersebut tidak ada di dalam kertas pesanan kerana dikemukakan sebelum pemberitahuan,” jelas Azhar.

Sebelum ini Anwar mengemukan usul agar membenarkan pengisytiharan darurat, tatacara darurat, perbelanjaan berkaitan pandemik, program vaksinasi yang sedang berlangsung dan Pelan Pemulihan Nasional dibahaskan di Dewan Rakyat.Ia dibuat ketika pelbagai pihak menanggapi sidang khas pada 26 hingga 2 Ogos ini tidak lebih daripada sekadar sesi taklimat daripada pihak kerajaan, bercanggah dengan kehendak pihak istana agar beberapa isu mendesak dibahaskan.

Menurut kertas aturan untuk persidangan Dewan Rakyat selama lima hari itu nanti, lima menteri dijadulkan akan memberikan taklimat.

Begitu pun, tidak disebut ada perbahasan dan pengundian dalam sidang khas itu melainkan hanya dibuka ruang untuk Ahli Parlimen menyoal menteri atau memberikan pendapat mereka.

Dalam hal penolakan usul oleh Anwar dan sebab ia ditolak, ternampak sangat kerajaan PN sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam.

Alasan ia dihantar terlalu awal tidak lebih suatu lawak jenaka yang membuatkan rakyat, malah termasuk kera dan monyet di hutan pun, jika mendengarnya pasti turut ketawa sama.

Apa salahnya dihantar terlalu awal?

Bukankah usul tersebut masih boleh dimasukkan setelah tarikh pemberitahuan 15 Julai itu diumumkan?

Kalau dihantar lewat iaitu setelah tarikh ditutup, lalu ia kemudian ditolak, ada jugalah munasabahnya.

Ini disebabkan ia dihantar lebih awal dan maka sebab itu usul tersebut ditolak.

Di mana logiknya?

Jika begitu, apakah di bawah #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh ini bermakna murid sekolah yang datang lebih awal sebelum 7.45 pagi dianggap tidak sah kehadirannya dan perlu balik ke rumah?

Begitu juga, apakah pekerja pejabat kerajaan yang datang sebelum pukul 8.00 pagi turut dikira tidak hadir dan dianggap tidak datang bekerja?

Kalau diberi kuasa memberi fatwa, jangan-jangan datang ke masjid pun akan disyaratkan hanya selepas masuk waktu sembahyang, walhal datang lebih awal itu banyak ganjaran pahalanya.

Cehhh…malu betul ada kerajaan macam ini? 


(ShahbudinHusin 24/07/2021)

Pas gagal tonjol Islam versi memimpin Oleh MOHD ARIF JUHANI / July 24, 2021

 


Impian besar Pas sejak ditubuhkan adalah mendirikan sebuah negara Islam walaupun tidak pasti negara mana yang dijadikan rujukan parti itu setelah berjaya membentuk kerajaan dan menyusun pentadbiran kerajaan.

Seperti mudah difahami, Pas sentiasa mempunyai idea yang simplistik dalam menguruskan negara. Bagi membuktikan kemampuan Islam mengurus pentadbiran negara, cukup bagi Pas dengan memetik pelbagai babak-babak yang berlaku dalam sejarah Islam.

Kemampuan kerajaan Islam dahulu menguasai dua pertiga dunia juga sering menjelma sebagai ingatan Pas kepada sekalian ahlinya tentang potensi agama ini muncul sebagai satu kuasa dunia. Ini bukan sesuatu yang janggal. Memang sejarah Islam sentiasa menjadi penghayatan kepada semua gerakan Islam.

Sama ada konteks kerajaan Islam dahulu dengan sekarang masih sesuai untuk dijadikan model atau tidak, hal ini jarang-jarang dibincangkan dalam kalangan gerakan Islam.

Sebaliknya apa yang lebih menguasai minda dan fikiran mereka adalah semangat Islam semata-mata tanpa sebarang wacana yang lebih terfokus, mendalam dan kritikal.

Tetapi kebanyakan gerakan Islam termasuk Pas percaya bahawa sejarah kepimpinan Islam adalah acuan yang mesti dipraktikkan oleh mana-mana gerakan politik Islam yang bercita-cita menubuhkan sebuah negara. Mungkin lebib sedap disebut daulah kerana lebih Arab dan berbaur haraki.

Bagi Pas, sebuah pemerintahan Islam yang tulen mesti ditubuhkan sebagai pesaing kepada kerajaan lain yang berideologi kapitalis, liberal, komunis, sosialis dan sebagainya.

Program-program anjuran Pas juga tidaklah begitu cenderung untuk membincangkan secara terbuka konsep-konsep begini melainkan akan berpenghujung kepada tanggapan negatif yang mudah terhadap sekularisme, liberalisme dan pelbagai ideologi lain.

Masalah sekarang adalah kebanyakan kitab fiqh tidak banyak membincangkan soal pentadbiran negara dalam konteks moden yang mana tidak boleh meminggirkan soal demokrasi, Parlimen, hak asasi manusia dan sebagainya. Sekurang-kurangnya masalah ini telah disinggung lebih awal oleh Hamka dalam bukunya Negara Islam.

Tentunya apabila Pas bercakap soal merebut kuasa, perkara yang mereka tegaskan adalah penghapusan sumber-sumber maksiat dan dosa besar seperti kasino, premis nombor ekor, pusat karaoke, rumah urut, jualan arak dan sebagainya.

Pas juga hingga kini masih menjadikan Kelantan yang memiliki populasi Melayu-Islam yang besar sebagai model pentadbiran jika berjaya menguasai Putrajaya.

Pemimpin dan pemidato Pas yang sudah tua atau yang setahun jagung sering menggunakan tindakan almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang memindahkan gaji para penjawat awam di negeri itu daripada bank konvensional kepada bank Islam sebagai kesungguhan Pas memastikan kewangan lebih bersifat Islamik. Cerita itu tentu masih terus diulang-ulang sehingga kini.

Pada tekak pemimpin Pas, mengubah negara menjadi begitu mudah dengan pendekatan yang diidentitikan dengan nama ‘Islam’. Maka demikianlah dengan mudahnya mereka menganggap cukai termasuklah GST sebagai satu kezaliman pemerintah kepada rakyat yang susah.

Pas menganggap kerajaan sepatutnya menggunakan sumber kekayaan negara seperti petroleum untuk membantu rakyat. Kononnya begitulah caranya Islam memerintah.

Tatkala dilanda bibit-bibit perpecahan, Pas pula disogokkan dengan kebenaran untuk membawa Rang Undang-Undang 355 yang turut disalah anggap oleh pemimpin Pas sebagai hukuman hudud.

Dalam benak sekalian ahli dan pemimpin Pas, sistem perundangan Islam adalah umpama kayu ajaib yang mampu memulihkan masalah negara dengan sedikit bacaan jampi serapah dan hayunan kayu.

Doktrin ‘Islam adalah penyelesaian’ memang dianggap mudah oleh Pas. Samalah seperti anggapan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang percaya masalah ekonomi boleh selesai dengan memilih Islam.

Malangnya selepas diuji Allah apabila Pas mendapat kuasa dengan berkomplot bersama sekumpulan pengkhianat, maka tertubuhlah sebuah kerajaan tebuk atap dan pintu belakang.

Pada awal penubuhan kerajaan, Pas dengan bangganya menganggap bahawa kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu-Islam yang akan memartabatkan agama Islam dan maruah bangsa Melayu.

Namun selepas setahun penubuhan, seperti tidak kelihatan di manakah keunggulan pentadbiran Melayu-Islam yang dicanang-canang oleh Pas. Ahli-ahli Pas juga nampaknya seperti tidak keruan untuk membela para pemimpin mereka yang kini merupakan sebahagian daripada anggota kerajaan.

Suara-suara perjuangan RUU 355 juga semakin malu-malu disebut atau dilaungkan oleh Pas dan Harakah.

Bukan sahaja di persekutuan Pas tidak mampu menjadi nilai tambah yang berkesan kepada kerajaan, hatta di Kelantan juga Pas seperti kehilangan punca.

Konsep pentadbiran Membangun Bersama Islam juga tidak kelihatan malah untuk menyediakan kemudahan asas seperti air bersih dan sempurna kepada sekalian penduduk negeri itu juga mengambil masa puluhan tahun.

Pengakuan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tentang perbezaan semasa parti itu menjadi pembangkang dan selepas menjadi kerajaan sudah cukup menjelaskan sikap hipokrit atau munafik para pemimpinnya.

Tanpa berselindung, beliau sendiri mengakui bahawa desakan seperti RUU355 yang dibawa oleh Pas dahulu hanyalah dibuat kerana mereka merupakan parti pembangkang.

Seperti mengakui perjuangan itu dibuat tanpa menggunakan otak, Tuan Ibrahim berkata, kerja pembangkang mudah: desak sahaja tanpa perlu memahami prosedur dan aturan kerana mereka pembangkang.

Demikianlah cara Pas berjuang. Alasan yang digunakan untuk berdalih cukup mudah. Begitulah rendahnya juga mereka meletakkan kedudukan Islam dalam perjuangan selama ini.

Pas juga kelihatan tidak mampu untuk menjadi suara penting dalam kerajaan apabila tidak banyak kepentingan umat Islam diperjuangkan. Hatta isu kematian anggota bomba, Allahyarham Mohd Adib juga dibiarkan senyap begitu sahaja walaupun dahulu mereka menganggap isu itu sebagai menyentuh sensitiviti dan kepentingan umat Islam.

Sepanjang PKP berlangsung, dengan wujudnya tren bunuh diri, keganasan domestik, Pas juga gagal berperanan penting sebagai kerajaan. Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dahulunya cukup lantang menyentuh isu aurat, kekeluargaan juga sunyi sepi daripada memberikan jalan penyelesaian mengikut panduan Islam kepada masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.

Jika tidak mampu menjadi salah satu komponen penting kepada kerajaan, paling tidak bersuaralah dengan lantang untuk menegur kerajaan. Malangnya tulisan Abdul Hadi Awang pula lebih cenderung menyalahkan orang lain daripada menegur kerajaan.

Sikap dan pendirian Pas dahulu yang kononnya bersedia untuk ditegur selepas menjadi pemerintah, rupa-rupanya hanyalah omongan semata-mata.

Membaca tulisan Abdul Hadi Awang yang lebih sudu dari kuah memainkan peranan pertahankan kerajaan, terasa seolah-olah beliau kini merupakan RTM dan TV3 yang cukup aktif membawa propaganda kerajaan.

Lebih jauh lagi, melihat Abdul Hadi kini, seolah-olah melihat satu ulangan kepada serangan beliau kepada agamawan yang pro-kerajaan dahulu yang pernah dituduh sebagai ‘syaitan bisu’.

Sama ada Abdul Hadi kini sedang menelan sumpahan ‘syaitan bisu’ atau tidak, biarlah waktu yang menentukan. Tetapi kesimpulannya, Pas merupakan contoh kegagalan parti politik Islam dalam mengemukakan versi Islam yang memerintah.

Dedahkan hasil siasatan ke atas Rina Harun, Ahli Parlimen beritahu SPRM

 

Lima ahli Parlimen pembangkang meminta SPRM mendedahkan bagaimana Rina Harun berjaya mengumpul kekayaan dan mempunyai sumber untuk melunaskan hutang berjuta ringgit dalam tempoh singkat.

 


PETALING JAYA: Lima ahli Parlimen pembangkang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan ke atas keupayaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun melangsaikan hutang berjuta ringgit.

Ahli Parlimen daripada lima parti berlainan itu mahu SPRM mendedahkan bagaimana Rina berjaya mengumpul kekayaan dan mempunyai sumber untuk melunaskan hutangnya dalam tempoh singkat kerana ini tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan asetnya yang diisytiharkan lebih setahun lalu.

“Tindakan melambatkan siasatan ke atas menteri Perikatan Nasional ini hanya menimbulkan persepsi negatif orang awam terhadap integriti SPRM sebagai sebuah badan yang bebas, adil dan mempunyai martabat tinggi untuk membanteras amalan rasuah dalam negara,” katanya dalam kenyataan.

Mereka berkata, malang bagi kerajaan “sehingga terpaksa menggunakan institusi seperti SPRM untuk menekan ahli Parlimen yang tidak bersama mereka dan kekal berkuasa”.

Lima ahli Parlimen itu ialah Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah, Ketua Wanita Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis, Ahli Parlimen dari PKR, Sivarasa Rasiah serta Teo Nie Ching dari DAP.

Satu laporan SPRM dibuat terhadap Rina pada Februari lalu yang menggesa agensi antirasuah itu menyiasat bagaimana ahli Parlimen Bersatu itu dapat melangsaikan hutangnya kepada sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di Paris.

Rina, yang mengetuai sayap Wanita Bersatu, mendapat notis bankrap atas hutangnya kepada Novovision berjumlah RM1,340,642.02 setakat 17 Nov 2020.

Peguam Mark Ho, yang mewakili syarikat Perancis itu berkata, jumlah tertunggak sebenarnya yang enggan didedahkannya, dibayar pada awal Februari lalu.

Satu pernyataan tuntutan terhadap Rina yang difailkan syarikat itu pada 8 Nov 2018 menyatakan jumlah penuh perlu dibayar sebelum 31 Julai 2019.

Tuntutan itu untuk beberapa filem, persembahan komedi dan dokumentari komedi yang dijual kepada tiga syarikat, dengan Rina ialah pengarah.

Dalam pada itu, lima ahli Parlimen itu turut menyatakan sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menghadapi dua pertuduhan penyelewengan RM1.12 juta milik Pemuda Bersatu.

Mereka membidas pendakwaan ke atas pengasas MUDA itu bermotifkan politik yang bertujuan memberi tekanan kepadanya beberapa hari sebelum Parlimen bersidang Isnin ini.

Konvoi ‘Bendera Hitam’ tanda bantahan terhadap kerajaan

 Hakimie Amrie Hisamudin

 
July 24, 2021



-


KUALA LUMPUR: Sekumpulan peserta mengambil bahagian dalam konvoi berkereta di ibu negara sebagai tanda bantahan terhadap pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid-19.

Terdapat sekitar 10 kenderaan mengibarkan bendera hitam sekitar jam 11.20 pagi bermula dari Stesen LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka sebelum berpatah balik ke stesen terbabit.

Konvoi lebih sejam itu turut diadakan serentak di beberapa negeri lain seperti Kedah, Melaka, Johor dan Sarawak.

Difahamkan, konvoi terbabit adalah permulaan kepada perhimpunan “Keluar dan #Lawan” yang akan diadakan pada 31 Julai nanti.

Beberapa polis turut mengiringi konvoi itu dan mengawal aliran lalu lintas di sekitar ibu kota.

Wakil Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang juga penganjur acara itu, berkata polis trafik amat memberikan kerjasama dalam mengawal lalu lintas.

“Mereka (polis) amat membantu kami dan tiada provokasi ditimbulkan oleh mana-mana individu,” kata Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar kepada wartawan.

Dia meminta orang ramai turut menyertai bantahan itu dengan mengibarkan bendera dari kenderaan sambil memandu dalam kawasan sekitar 10km di rumah masing-masing.

Katanya, peserta juga turut diingatkan supaya sentiasa patuh peraturan jalan raya, elakkan provokasi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sabtu lalu, SSR menganjurkan bantahan berskala kecil di Dataran Merdeka yang disertai 20 orang peserta berpakaian serba hitam.

Mereka turut membawa patung jenazah sebagai simbolik kepada peningkatan kes kematian dan bunuh diri akibat pandemik dan 14 bendera hitam menjadi “suara” kemarahan rakyat seluruh negara.

Antara permintaan mereka termasuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan, sidang parlimen diadakan secara penuh dan pemberian moratorium pinjaman secara automatik untuk semua.

Protes itu juga menyebabkan tiga penganjur Muhammad Nur Taufiq Azhar, Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar, dan Mohammad Alshatri Abdullah dikenakan denda RM2,000 setiap seorang kerana melanggar SOP.

Ditanya sama ada SSR akan meneruskan perhimpunan itu walaupun dikenakan tindakan denda baru-baru ini, Asraf berkata hukuman berkenaan tidak akan menghentikan acara yang sudah dijadualkan.

“Sudah tentu, saya takut. Saya cuma rakyat biasa tetapi bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan,” katanya.

 




Teruskan kontrak bukan solusi tapi ‘gula-gula’ untuk tutup mulut, kata Doktor Kontra

 


Gerakan Hartal Doktor Kontrak tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk menerusan mogok pada 26 Julai ini walaupun Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin memutuskan khidmat mereka dilanjutkan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Dalam sidang media secara maya hari ini, Gerakan Hartal Doktor menyifatkan tindakan meneruskan kontrak mereka bukan satu jalan penyelesaian tetapi sebagai ‘gula-gula’ untuk menutup mulut mereka.

“Ketika ini sistem kesihatan kita sangat membimbangkan kerana kekurangan kakitangan, pemberian kontrak bukan solusinya sebaliknya pemberian jawatan tetap perlu dilaksanakan,” kata mereka.

Bagaimanapun, menurut Dr Umar Baraka isu yang berlaku ini bukanlah masalah mereka sahaja bahkan ia adalah masalah nasional.

“Harap kerajaan beri perhatian kepada kami dengan lantikan tetap supaya dapat benefit yang sama, di mana perlu ada kriteria hitam putih barulah perkara ini telus.

“26 Julai hartal dilakukan di seluruh hospital. Majoriti hospital di Selangor menunjukkan solidariti kepada kami,” kata beliau.

Dijangka 4,000 sehingga 5,000 orang doktor di seluruh negara akan terlibat dalam mogok dijadualkan berlaku pada Isnin 26 Julai ini.

Semalam, Mahiaddin berkata Jemaah Menteri bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, langkah penyelesaian segera itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Dalam pada itu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak mahu kerajaan beri perancangan jelas untuk kerjaya mereka.

Ahli-ahli Parlimen jangan jadi tunggul – Puad

 



KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang, bebas dan UMNO diingatkan agar tidak menjadi tunggul sewaktu sidang Parlimen yang bermula Isnin ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, ahli-ahli Parlimen juga jangan jadi pelakon kalau sidang Parlimen ini hanya satu drama semata-mata.

Dalam hantaran di Facebook beliau, veteran UMNO itu berharap semoga Parlimen yang telah ‘dimandulkan’, tidak ‘mandul’ berpanjangan apabila kembali bersidang hari Isnin ini.

Katanya, ahli Parlimen dibenarkan mengemukakan soalan dan pandangan sepanjang lima sesi taklimat oleh menteri-menteri berkaitan walaupun tidak ada kenyataan jelas 12 dokumen (3 proklamasi darurat dan 9 ordinan darurat) yang dibentangkan itu akan “dibahas dan diundi”.

”Ingatlah YDP Agong telah bertitah pada 29 Jun 2021. Pengisytiharan darurat dan ordinan darurat mesti dibahas oleh ahli Parlimen di bawah Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

”Ahli Parlimen dipertanggungjawabkan dengan amanah rakyat. Tunaikan titah YDP Agong itu.,” katanya. – MalaysiaGazette


(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021