MUDAHKAN DAN JANGAN PERSULITKAN


 Perkara mudah jangan disulitkan. Jika agamawan pun bercakaran sesama sendiri, saling melondeh satu sama lain. Orang awam memerhati. Kita mahu Allah sayang waktu yg sama Kita mahu sesama manusia saling meyayangi.....

 

C&P👇 

HARAPNYA ESOK EBIT LIEW AKAN IKUT JEJAK SYED SADDIQ BENTANG LAPORAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BADAN AMALNYA KEPADA AWAM

 

Lihat laporan Awani sebentar tadi, Ebit liew membuat laporan polis.Antara nama disebut Nadhir Al Nuri dan Caprice. Malah ancaman saman juga diberikan kepada siapa yang sebarkan di media sosial pertelingkahan mereka. Aku bukan lah penyokong Nadhir dan Caprice, dari kenyataan Ebit Liew petang tadi ianya seakan satu jenayah. Kononnya dia dituduh kutip sumbangan, buat tabung untuk Gaza. 

 

Dari pembacaaan aku, takda satu pun tuduhan itu dilemparkan dari kenyataan Nadhir Al Nuri dan Caprice. Ia lebih kepada pertikaian sikap anggota rombongan dan kesalahan cara sumbangan itu dilakukan. Bagi aku kenyataan Nadhir itu realistik.

 

Jika hanya kenyataan sebaik Nadhir Al Nuri itupun ditafsir sebagai fitnah apalagi jenayah, bertapa manjanya Ebit Liew. Kalau Caprice tu boleh lah aku faham, mungkin dia kasar. Dah seperti pergaduhan dan saman malu dikalangan artis, seperti saman menyaman artis mcm si Vida menyaman Azwan ali konon menghina anaknya.

 

Apa yang paling penting, yang jadi persoalan umum adalah soal accountability dan ketelusan cara pengurusan kewangan semua NGO. Bukan hanya melibatkan Ebit Liew. Jadi jawapan yang kami perlukan bukan soal anak dan isterinya menangis, apalagi mengheret nama ayah dia yang baru meninggal dunia. Takda sapa sentuh soal ayah dia.

 

Jadi aku sebagai pemerhati mengharapkan, esok Ebit Liew dan pengurusannya berani melampirkan tatacara pengurusan kewangan yang menjadi bualan ramai. Aku sendiri pun ingin tahu, diharap NGO Ebit Liew menjadi contoh terbaik NGO Islam lain menunjukkan ketelusan.

 

Jadi esok, boleh lah Ebit Liew mengikut jejak Syed Saddiq, membentangkan pendapatan dan perbelanjaan secara detail sebelum diaudit kebenaranya. Mungkin ramai yang nak tahu sejak awal tahun lepas, berapa jumlah derma yang diterima badan amalnya dan berapa perbelanjaan dalam setiap dari misi bantuannya.

 

Seperti Syed Saddiq baru baru ini, setiap Misi Bantuan, Syed Saddiq secara jelas dia mengakui menerima lebih RM 1.4 juta derma orang ramai sepanjang tahun. Mungkin dana yang diterima Ebit liew jauh lebih besar. Hatta dalam bentuk sumbangan barangan pun Syed Saddiq isytiharkan seperti komputer riba. Kita jelas perbelanjaan setiap misi Syed Saddiq hatta bantuan personal kepada seorang pakcik dengan perbelanjaan terperinci. Ini adalah contoh terbaik.

 

Bagi aku sebagai seorang agamawan, NGO, penjelasan seperti ini jauh lebih baik dalam memelihara imej agamawan dan Islam itu sendiri dari mengheret cerita cerita peribadi. Sekurang kurangnya, rakyat nak tahu, berapa jumlah pendapatan dari derma orang ramai dan pertubuhan.

 

Rasa aku adalah lebih murah kos mengupah satu badan Audit dan Perakaunan untuk lampirkan laporan kewangan dari kos perjalanan rombongan Ebit Liew dan juru gambar yang bersamanya ke Gaza. Dengan cara ini saja tuduhan, spekulasi umum akan terjawab dan akhirnya menutup pintu pintu fitnah.

 

Dan aku berharap dalam sidang media esok, semua laporan ini Ebit Liew jawab. Jika Ebit Liew bentangkan esok. Dah tentu Allah Sayang.

 

Ipohmali

21 Julai 2021