Perkara mudah jangan disulitkan. Jika
agamawan pun bercakaran sesama sendiri, saling melondeh satu sama lain. Orang
awam memerhati. Kita mahu Allah sayang waktu yg sama Kita mahu sesama manusia
saling meyayangi.....
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
pada 26 Julai ini tidak wajar dihadkan kehadiran 80 Ahli Parlimen sahaja
sedangkan kesemua anggota dewan telah pun menerima 2 dos vaksin Covid 19.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk
Abdullah Sani Abdul Hamid berkata peraturan tersebut tidak wajar dilaksanakan
pada sesi kali ini.
Katanya, pada sidang tahun lalu
Pakatan Harapan menyokong peraturan itu kerana tidak banyak isu mendesak yang
perlu dibangkitkan, terutama terkait Covid 19, penderitaan rakyat, kematian dan
sebagainya yang telah pun ditegur secara spesifik dalam kenyataan Majlis Raja
raja Melayu pada Jun lalu.
"Beberapa bulan lalu
keadaan tak kritikal seperti sekarang. Waktu ini kita nampak Yang di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-raja menetapkan (dalam kenyataan yang dikeluarkan),
perkara 6, 7, 8 itu, satu rujukan (mengadakan sidang Parlimen) yang tidak boleh
kita kompromi. Sebagai contoh membincangkan isu Covid dengan semaksimum mungkin
dan menyesaikan masalah dalam dewan.
"Kalau tengok perkara 6
dan 7 itu, persoalan keabsahan kerajaan yang mewajibkan kehadiran semua anggota
(ditekankan). Jelas dalam peruntukan Perlembagaan Perkara 150, kita tidak boleh
berkompromi dari segi menghadirkan diri untuk meluluskan Ordinan Darurat.
"Keabsahan kerajaan pula
telah dititahkan dengan ungkapan 'untuk mendapatkan kerajaan yang stabil'.
"Selepas perkara 8, Majlis
Raja-raja bertitah agar segera mengadakan persidangan Parlimen di bawah
peraturan 11 yang jelas di bawah 11.2 dan 3 kuasa Speaker untuk panggil sidang.
"Tetapi kita sekarang
bincang pasal mesyuarat khas, bukan sidang Parlimen. Maka kita lihat (dalam
jadual mesyuarat) hanya ada pembentangan menteri. Syok sendiri, bercakap.
Sedangkan rakyat makin banyak kena Covid, banyak yang meninggal," katanya
dalam forum maya Borak Dahsyat: "Kerajaan Gagal, Parlimen Diperalat?",
malam tadi.
Menyentuh hujah mengatakan
bahawa semua Ahli Parlimen boleh masuk sekiranya pengundian dijalankan Abdullah
membidas hujah tersebut.
Katanya, menghadkan hanya 80
orang lebih kepada taktik untuk menghalang sebarang usul menukar Speaker dan
sebagainya daripada dilakukan, yang hanya boleh dibuat dengan korum penuh
dewan.
"Memang bila mengundi
semua boleh masuk, bila bahas 80 orang saja masuk. Apa punya sistem hampeh,
menjelikkan.
"Had 80 orang ni yang saya
nampak supaya tidak ada usul dibuat untuk menukar Speaker sebagai contoh.
Anggota pula ditetapkan 51% milik kerajaan dan 49% pembangkang, mana boleh
(pembangkang) menang
"Jangan lupa tuanku juga
menitahkan diadakan persidangan penuh. Oleh itu, kita tidak boleh menyekat
bilangan kerana hak Ahli Parlimen berada dalam posisinya.
"Dua minggu sekali kita
buat ujian saringan Covid. Dalam dewan pun cukup SOP. Maka tidak relevan 80
orang. Sekarang banyak isu. Pesakit Covid ratusan ribu, 7,000 meninggal dan
banyak rakyat bunuh diri. Maka perlu dibenarkan Ahli Parlimen menyuarakan
keresahan rakyat di kawasan masing-masing.
"Itu tanggungjawab Ahli
Parlimen. Kenapa takut sangat. Bacul," sinisnya.
Selain itu, Abdullah juga
menyarakan agar Parlimen mengadakan sesi bahas seperti biasa. Perbahasan katanya
penting sebagai semakan dan memperbaiki sesuatu usul sebelum diundi.
"Debat, perlu ada. Beli
vaksin belanja berbilion maka perginya? Jumlah (populasi) yang divaksin baru
lebih sikit 10%. Kita nak tanya sebab orang mati hari-hari, positif Covid.
"Kita nak jadi apa? Tak
kan kita biarkan sahaja kealpaan dan keborokan berterusan? Rakyat makin lama
hidup susah akhirnya mencuri serta negara huru hara. Mahu sampai ke tahap itu
kah?
"Sebab itu perbahasan
perlu diadakan. Kita negara Raja Berpelembagaan. Agong dah beri titah, tidak
boleh kita nafikan titah yang jelas dan terang untuk mengadakan persidangan
Parlimen.
"Persidangan, bukan
mesyuarat khas. Kalau Speaker tak mahu dengar titah Majlis Raja-raja maka
tolong letak jawatan," katanya lagi.