HANTAR USUL AWAL PUN SALAH JUGA KE…MALU BETUL ADA KERAJAAN MACAM INI?

 

Ini satu lagi lawak jenaka #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh yang tiada keabsahan dalam cubaan mempertahankan kedudukan tiada majoriti mereka daripada terdedah dengan sendirinya.

Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun menjelaskan, usul yang cuba dibawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke sidang khas Dewan Rakyat selama lima hari bermula 26 Julai ini tidak dapat diterima.

Ada beberapa alasan yang diberikan Azhar atas keputusan tersebut, antaranya kerana Anwar menghantar usul berkenaan terlalu awal.

Dalam suratnya kepada Anwar, Azhar menjelaskan, notis untuk persidangan khas itu dikeluarkan pada 15 Julai dan usul Anwar pula diserahkan kepadanya pada 12 Julai.

“Oleh itu, usul oleh Ahli Parlimen Port Dickson tersebut tidak ada di dalam kertas pesanan kerana dikemukakan sebelum pemberitahuan,” jelas Azhar.

Sebelum ini Anwar mengemukan usul agar membenarkan pengisytiharan darurat, tatacara darurat, perbelanjaan berkaitan pandemik, program vaksinasi yang sedang berlangsung dan Pelan Pemulihan Nasional dibahaskan di Dewan Rakyat.Ia dibuat ketika pelbagai pihak menanggapi sidang khas pada 26 hingga 2 Ogos ini tidak lebih daripada sekadar sesi taklimat daripada pihak kerajaan, bercanggah dengan kehendak pihak istana agar beberapa isu mendesak dibahaskan.

Menurut kertas aturan untuk persidangan Dewan Rakyat selama lima hari itu nanti, lima menteri dijadulkan akan memberikan taklimat.

Begitu pun, tidak disebut ada perbahasan dan pengundian dalam sidang khas itu melainkan hanya dibuka ruang untuk Ahli Parlimen menyoal menteri atau memberikan pendapat mereka.

Dalam hal penolakan usul oleh Anwar dan sebab ia ditolak, ternampak sangat kerajaan PN sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam.

Alasan ia dihantar terlalu awal tidak lebih suatu lawak jenaka yang membuatkan rakyat, malah termasuk kera dan monyet di hutan pun, jika mendengarnya pasti turut ketawa sama.

Apa salahnya dihantar terlalu awal?

Bukankah usul tersebut masih boleh dimasukkan setelah tarikh pemberitahuan 15 Julai itu diumumkan?

Kalau dihantar lewat iaitu setelah tarikh ditutup, lalu ia kemudian ditolak, ada jugalah munasabahnya.

Ini disebabkan ia dihantar lebih awal dan maka sebab itu usul tersebut ditolak.

Di mana logiknya?

Jika begitu, apakah di bawah #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh ini bermakna murid sekolah yang datang lebih awal sebelum 7.45 pagi dianggap tidak sah kehadirannya dan perlu balik ke rumah?

Begitu juga, apakah pekerja pejabat kerajaan yang datang sebelum pukul 8.00 pagi turut dikira tidak hadir dan dianggap tidak datang bekerja?

Kalau diberi kuasa memberi fatwa, jangan-jangan datang ke masjid pun akan disyaratkan hanya selepas masuk waktu sembahyang, walhal datang lebih awal itu banyak ganjaran pahalanya.

Cehhh…malu betul ada kerajaan macam ini? 


(ShahbudinHusin 24/07/2021)

No comments: