Srikandi KEADILAN anjur bengkel penulisan komunikasi

 




POSTED BY AMIR WRLR

Srikandi KEADILAN baru-baru ini menganjurkan bengkel penulisan komunikasi khusus kepada pasukan penerangan parti pelbagai peringkat bagi menghasilkan kenyataan media yang berkualiti.



Menurut Kaukus Srikandi KEADILAN, Raiyan Abdul Rahim, bengkel itu dibimbing oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil melalui aplikasi zoom.



"YB Fahmi berkongsi dengan peserta teknik dan perkara asas mengenai penulisan kenyataan media.



"Melalui bengkel ini, peserta berpeluang mempelajari struktur kenyataan media serta faktor-faktor penting yang perlu dititiberatkan dalam menulis atau mengeluarkan kenyataan media.



"Menurut Fahmi, "amat penting untuk memupuk hubungan dengan masyarakat tempatan dengan memberikan fokus yang lebih serta konsisten kepada isu-isu lokal”," katanya dalam satu kenyataan.






                                     Raiyan Abdul Rahim


Tambah Raiyan, peserta disarankan bahawa setiap kenyatan media yang dikeluarkan mesti disertai isu-isu membantu rakyat.



Selain itu, katanya, Fahmi juga mendedahkan para peserta kepada pelbagai jenis kenyataan media merangkumi kenyataan di media sosial yang mendapat perhatian pengamal media seperti ciapan di Twitter dan status di laman Facebook.



"Bengkel ini penting untuk wanita muda yang berminat dengan politik. Saya harap wanita muda akan terus peka dan cakna isu-isu komuniti, dan terus menyuarakan pendapat mereka, demi mengetengahkan agenda rakyat.



"Tahniah kepada Wanita Muda dan Srikandi KEADILAN yang hadir. Semoga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada semua," katanya lagi.