Kluster kayangan langgar SOP, jemaah solat Aidiladha dirantai
Kluster kayangan sekali lagi buat kecoh melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19 dengan makan ‘berkumpulan’ di restoran.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir bertanya benarkah Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon sekali lagi melanggar SOP selepas kejadian ‘makan durian’ di Batu Pahat, tempoh hari.
“Rakyat yang terkhilaf melakukan kesalahan tiada budi bicara, denda jauh lebih tinggi daripada Menteri, siap ada yang direman dan digari!
“Apa jadi dengan ‘kenduri durian’ sebelum ini?
“Saya sendiri telah buat laporan polis pada 30 Jun 2021 tetapi sehingga kini masih tidak tahu apa hasil siasatan,” katanya di Facebook.
Dalam pada itu, netizen yang juga aktivis AMK, Adzman Kamaruddin mengungkit tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa ke atas jemaah solat Hari Raya Aidiladha baru-baru ini yang diperlakukan secara luar biasa, dirantai ketika diiringi ke mahkamah.
“Ditahan kerana ingkar SOP Solat Hari Raya Aidiladha dan diperlakukan sebegini rupa.
“Inilah legasi pemerintahan Perikatan Nasional. Kerajaan paling bangsat pernah memerintah Malaysia,” ciap Adzman di Twitter di samping mengepilkan gambar beberapa orang mengenakan baju lokap polis yang dibawa ke mahkamah.
Adzman juga mengepilkan gambar kluster makan durian di Johor dan mempersoalkan mengapakah mereka tidak menerima layanan sama