MENARA DI DALAM BEKAS KACA, SANG PENDOSA DAN PEMEGANG KUNCI SYURGA

 


No photo description available.


KHAIRUDDIN AYIP


(i)

Lama kami tidak berkunjung mencari titik temu. Lebih 180 hari tiada suara sang cerdik membina negara. Aku, dia dan semua warga kecil hampir melupaikan akan kewujudanmu, Menara. Dikau telah membina kebimbangan warga penakut akan kehilangan kuasa dan jawatan.

(ii)

Hari ini, 26 Julai 2021, kami datang berkunjung. Monyet, tikus, tupai dan anjing memenuhi tempat duduk. Kami meredah masuk tatkala kerinduan membina keadilan mengapung diri. Salakan kosong terus bergema. Di manakah ruang untuk kami bersuara?

(iii)

Kami disaji kopi pahit dengan suara satu arah. Suara kami dipancung. Di sana terus menyalak

hebat

. Sekawan 18 pahlawan tersenyum bangga dan terus meratib: “Dap-Dub-Dap. Hidup Melayu! Hidup Islam!”

(iv)

Menara menangis mengenangkan Sang Pendosa berterusan menggadai maruah bangsa dan agama. Kami tahu dikau mahu melompat dari bekas berkaca. Usah bermimpi Menara, demi kuasa semuanya akan digadai!