DAPUR RAKYAT TIDAK PENUH DENGAN HANYA BAKUL MAKANAN RM50, NAJIB KRITIK MAHIADDIN-HANG DENGAR LA CAKAP DIA...BERAPA BANYAK DIA BALUN.

 Saya tak setuju dengan kenyataan PM8 bahawa dapur rakyat sudah penuh dengan bantuan kerajaan.

Sebab saya tak percaya dapur siapa akan penuh dengan bakul prihatin yang hanya mengandungi:

– Beras (5 Kg)

– Gula (1 Kg)

– Tepung (2 Kg)

– Bihun (400 Gm)

– Kicap (650 Ml)

– Sardin (230 Gm)

– Biskut

– Kopi

Bajet RM21 juta yang diumumkan kerajaan bagi program ini untuk menyediakan 420,000 bakul bermaksud kos setiap bakul adalah RM50.

Saya difahamkan kos makanan dalam bakul adalah RM40 manakala kos bungkusan (termasuk sticker politik) dan penghantaran adalah RM10.

Pada saya, keadaan hari ini amat berbeza dengan bantuan-bantuan bagi bencana lain seperti banjir besar yang merupakan keadaan sementara.

Krisis pandemik kali ini berbeza sebab ramai penerima sudah tidak dibenarkan mencari rezeki sejak berbulan-bulan lamanya akibat kegagalan kerajaan membuat lockdown yang betul bagi membendung Covid.

Maka, keperluan bantuan makanan bagi mereka bagi keadaan ini adalah jauh lebih besar.

Walaupun parti-parti politik PN beria-ria melekat sticker dan menghantar bakul prihatin ini, peruntukan sebenar kerajaan bagi program ini cuma RM5 juta.

Biarpun RM600 bilion sudah dibelanjakan kerajaan PN dan sebanyak RM210 bilion dipinjam tahun ini, cuma RM5 juta diperuntukkan kerajaan bagi keluarga yang sudah tiada makanan.

Baki RM16 juta daripada bajet RM21 juta program bakul prihatin ini sebenarnya disumbang Yayasan Petronas (RM5 juta), AEON Big (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta), Tenaga Nasional Berhad (RM2 juta) dan Telekom Malaysia (RM2 juta).

Sebelum ini, kerajaan PN kata mereka akan korek RM5 bilion dari dana KWAN yang dibina kerajaan BN masa saya PN untuk membiayai sepenuhnya program vaksinasi negara.

Namun selepas itu, Malaysia telah diderma 2.5 juta dos vaksin – 1 juta dari Amerika Syarikat, 1 juta dari Jepun dan 500 ribu dari China.

Dengan anggaran kos RM60 satu dos, kerajaan sudah jimat RM150 juta.

Wang yang dijimat ini boleh dan patut digunakan untuk menambah baik program bakul makanan dengan menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan.

Dengan menambah kandungan bakul, kerajaan juga akan memanfaatkan kos bungkusan dan penghantaran serta masa dan tenaga kerja yang digunakan bagi pengurusan program ini.

Sebab kos sticker, kos bungkusan dan kos penghantaran bakul makanan tak beza besar sekiranya nak hantar bakul yang mengandungi barangan bernilai RM140 berbanding barangan bernilai RM40.

Dan jika tak mahu tambah kandungan bakul, berilah duit tunai RM50 atau RM100 bagi setiap penerima supaya mereka boleh beli sedikit lauk.

Jika niat ialah untuk membantu mereka yang benar-benar sudah susah sehingga tiada wang untuk membeli makanan maka bantulah dengan betul dan ikhlas.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Mentrri.

No comments: