Aliran mendukung tuntutan pelantikan tetap bagi semua pekerja
kesihatan barisan hadapan, termasuklah doktor kontrak.
Anggota-anggota ini semuanya berdepan pelbagai risiko kesihatan
serta kebajikan yang turut dialami oleh mangsa Covid-19.
Para doktor kontrak ini, bersama-sama dengan doktor lantikan
tetap, jururawat serta pegawai kesihatan, berada di barisan hadapan melawan
pandemik, dan kita bersyukur kepada penglibatan mereka.
Jadi, kami merasa agak pelik mengapa doktor kontrak ini tidak
diserap ke dalam sektor kesihatan awam secara tetap. Mereka sepatutnya mendapat
gaji yang setimpal, bonus dan faedah sebagai kakitangan perubatan yang dilantik
tetap. Kami tidak dapat membayangkan dengan mengambil lebih banyak doktor ianya
akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat.
Jika kerajaan Perikatan Nasional dan Kementerian Kesihatan risau
dengan kos untuk mengambil mereka secara tetap, kami mencadangkan agar mereka
yang di dalam kabinet yang besar itulah yang perlu dicantas. Kami juga
mencadangkan agar gaji menteri, timbalan menteri serta setiausaha tetap juga
dipotong separuh. Selain itu, kita juga perlu menyalurkan duit dari gaji
lumayan, bayaran serta emolumen para pengarah serta pengurus syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) kepada sistem kesihatan awam.
Akhir sekali, kita juga menjangkakan bahawa para doktor yang
berhartal nanti akan mengambil langkah berwaspada bagi memastikan ketiadaan
mereka nanti tidak memberi kesan kepada nyawa para pesakit.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Julai 2021
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Terjemahan oleh: Zikri Rahman