Cukuplah cerita penggal PM, Kadir tegur Azmin




PETALING JAYA: Pengikut setia Dr Mahathir Mohamad hari ini menegur Mohamed Azmin Ali selepas menteri hal ehwal ekonomi itu menggesa Mahathir terus menggalas tugas perdana menteri sehingga penggal 5 tahun tamat.
Wartawan veteran, A Kadir Jasin di blog peribadinya berpesan kepada Azmin bahawa video seks sejenis yang menyasarnya itu sudah “tidak boleh dikawal”.
“Ia akan menghantui orang-orang yang berkenaan tanpa mengira sama ada mereka yang mengakuinya, yang menafikannya, atau dalangnya, mungkin sepanjang hayat,” katanya.
Azmin pada 29 Julai berterima kasih kepada PAS dan Umno kerana mengetepikan perbezaan politik dengan Mahathir dan menyokong beliau sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal.
Kenyataan itu muncul disebalik pertelagahan dengan ketuanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang menurut Pakatan Harapan akan mengambil alih jawatan perdana menteri pada pertengahan penggal.
Kadir mengingatkan pendirian Umno dan PAS itu tidak patut dilihat sebagai sokongan kepada Mahathir.
“Tujuan utama gabungan Umno-PAS adalah memecahkan PH,” katanya.
Beliau menambah perkara penting lain yang perlu ditangani daripada berbincang mengenai apa yang sudah dipersetujui.
“Mahathir berulang kali cakap tiada rombakan Kabinet dan dia akan menunaikan janji serah kuasa kepada Anwar,” katanya.
Beliau bagaimanapun menambah para menteri tidak sepatutnya “berasa yakin dan meneruskan cara-cara tidak senonoh mereka.”
“Mungkin ini cara perdana menteri mengatakan, mungkin lebih baik kamu semua perbaiki perangai masing-masing atau berundur apabila saya tiada lagi di sini untuk mempertahankan kamu.
“Jadi mana-mana menteri yang rasa tak tahan nak berlakon dalam filem atau klip video, sila pastikan ia kategori umum,” katanya.
Azmin dan Anwar bertelagah selepas presiden PKR itu mencadangkan timbalannya meletakkan jawatan jika video seks sejenis menyasarnya itu sahih.
Azmin juga tidak menghadiri sekurang-kurangnya 2 mesyuarat PKR, ketika spekulasi mengatakan dia dan beberapa pemimpin parti sedang mempertimbangkan untuk menyertai Gerakan.

KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
1 OGOS 2019

Kelmarin di Dewan Negara, YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

Ingin saya jelaskan bahawa KEADILAN menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.

Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka.

Oleh yang demikian, saya meminta supaya YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menarik balik cadangan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

PH WAJIB BUAT KETETAPAN TOLAK SOKONGAN PEMBANGKANG YANG MAHU MAHATHIR BERKHIDMAT LEBIH LAMA




Kebelakangan ini terdapat kecenderungan yang kian ketara daripada pelbagai pihak dalam pembangkang untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Pas adalah antara yang tidak henti-henti berbuat demikian, sedangkan sebelum PRU14 lalu merekalah yang paling kuat menghina, mencemuh dan memperlekehkan Tun Mahathir.

Antara cemuhan, perlekehan dan penghinaan Pas kepada Tun Mahathir ialah dengan mengatakan beliau sudah nyanyuk, pemimpin kitar semula, seharusnya lebih banyak duduk di atas sejadah serta hanya layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia.

Namun, sebaik PH menang PRU14 dan Najib Razak yang diidolakannya sudah hilang kuasa, Pas segera berubah nada dengan tanpa malu-malu memberi sokongan agar Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal iaitu sampai ke tahun 2023.

Sedarkah Pas ketika itu Tun Mahathir sudah berusia 98 tahun?

Tindakan Pas memberi sokongan kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih umpama menghadiahkan sebotol madu yang telah dicampur dengan racun berbisa.

Pas kini secara rasmi sudah mengikat kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PH dalam PRU15 akan datang.

Kedua-dua parti bukan saja mula berkempen bersama, malah sedang merangka piagam dan pembahagian kerusi untuk merealisasikan kerjasama itu.

Pokoknya, Pas melalui kerjasama dengan UMNO adalah bertujuan untuk mengalahkan PH agar parti Islam caca-marba campur dengan parti assabiyah itu pula dapat mentadbir negara selepas ini.

Boleh jadi jika Najib Razak tidak masuk penjara menjelang PRU15 akan datang, Pas akan terus memberi sokongan semula kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menjejaki langkah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Untuk mencapai hasrat itu, Pas tentu saja kena menghadiahkan madu beracun kepada Tun Mahathir dengan harapan agar janji peralihan kuasa kepada Anwar tidak ditunaikan dan seterusnya menyebabkan PH bergolak, malah mungkin berpecah.

Hanya dengan berlakunya perpecahan PH sajalah peluang terbuka untuk gabungan Pas dan UMNO memenangi pilihanraya seterusnya.

Sebaliknya, jika peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan teratur sebagaimana yang sudah dijanjikan, peluang mereka untuk menang PRU15 akan datang akan bertukar menjadi senipis kulit bawang saja.

Ini kerana dengan peralihan kuasa yang teratur akan membuatkan PH terus berpadu, selain imej Islamik Anwar dalam mentadbir negara dengan sendirinya akan membuat pendekatan Islam caca-marba yang dibawa oleh Pas tidak lagi relevan di mata pengundi.

Yang peliknya, ada pula pihak dalam PH sendiri - setakat ini Azmin Ali - yang tampil memberi sokongan terhadap hadiah madu beracun Pas kepada Tun Mahathir itu.

Alahai, naifnya Timbalan Presiden PKR ini. Hanya kerana beliau sedang bergelut untuk menyelamatkan diri daripada skandal video seks sejenis yang sudah tersebar luas serta amat-amat berharap Tun Mahathir dapat menyelamatkannya daripada pendakwaan di mahkamah atas perlakuan perbuatan menyalahi undang-undang, sanggup akhirnya bersekongkol dengan pembangkang.

Apakah Azmin sedar tindakannya memberi sokongan kepada cadangan Pas itu adalah suatu pengkhianatan kepada PH?

Apakah Azmin bukan saja tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8, tetapi sebenarnya juga mahu gabungan Pas dan UMNO memenangi pilihanraya akan datang?

Untuk itu, sebelum pelbagai pihak lain dalam pembangkang satu demi satu tampil mahu menghadiahkan madu beracun yang sama, Majlis Presiden PH seharusnya segera membuat ketetapan menolak sokongan daripada pembangkang kepada Tun Mahathir.

Sokongan pembangkang 100% tidak ikhlas. Mereka adalah musuh kepada PH. Sokongan mereka hanya untuk menjadikan PH berpecah dan seterusnya lemah serta membolehkan mereka mengambil alih kerajaan.

Lagi pula, sokongan sedia ada dalam PH sudah memadai untuk kerajaan ini berjalan dengan baik tanpa ancaman.

Sesuai dengan Tun Mahathir sekali lagi mengulangi janji akan tetap melakukan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar di pertengahan penggal - meskipun setakat ini tiada tarikh ditetapkan - Majlis Presiden PH seharusnya sekali lagi juga mesti memperakui ikrar beliau itu sambil membuat ketetapan menolak sebarang sokongan daripada pembangkang yang mahu Perdana Menteri berkhidmat dengan lebih lama.

Tun Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di bawah BN  sebelum ini dan tempoh dua tahun untuk beliau menjadi Perdana Menteri di bawah PH adalah cukup memadai.

Jangan kita menjadi rakyat yang tidak bertimbangrasa dan mahu menderanya untuk bekerja dengan lebih lama atau sehingga beliau berumur 98 tahun usianya. (Shahbudindotcom 01/08/2019)

KERAJAAN PH MUDAHKAN WARGA EMAS TUNAI HAJI

PIAGAM RAKYAT: KERJASAMA UMNO – PAS SUKAR BERLAKU

AKHIRNYA PAS AKUI TUN M MEMANG HEBAT, GARA-GARA TAKUT KEMUNCULAN ANWAR IBRAHIM




Image result for APA KATA PAS KEPADA MAHATHIR

Membaca kenyataan Nik Amar sebagai menyokong dan wala' kepada gurunya Hadi Awang yang menyatakan sokongan kepada Tun M untuk terus memimpin Malaysia sehingga PRU15, ianya membuktikan bahawa selama ini Pas menipu rakyat.

Bukankah sebelum ini, Pas dengan lantang menyatakan negara ini akan rosak binasa sekiranya Tun M menjadi PM semula?  Bukankah Hadi dengan sombongnya menyatakan Tun M hanya layak sebagai doktor di Klinik 1 Malaysia?  Bukankah parti ini juga pernah menyatakan jika Tun M menjadi PM, kediktatoran Tun M di zaman beliau menjadi PM ke 4 dahulu bakal diulangi semula? 

Itulah di antara kata-kata Pas kepada rakyat sebelum PRU14 dahulu agar rakyat menolak PH kerana PH telah berjanji untuk menabalkan Tun M sebagai PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya.  Alhamdulillah, PH telah menjadi kerajaan kerana rakyat tidak percaya kepada propaganda para lebai tersebut.  Rakyat memilih PH kerana percaya Tun M mampu mentadbir negara ini lebih baik dari di era beliau menjadi PM ke 4 dahulu sementara menanti giliran Anwar untuk menjadi PM selepasnya.  Itu adalah pilihan rakyat dan Pas kena terima hakikat bahawa pembohongannya ditolak mentah-mentah oleh rakyat yang bijak.

Apabila menyedari bahawa usahanya untuk menipu rakyat gagal, Pas tiada pilihan lain maka terpaksa akui Tun M memang seorang tokoh yang jauh lebih hebat dari Najib, apatah lagi Hadi Awang.  Apabila hilang punca kerana semuanya tidak menjadi, tanpa segan silu Pas terpaksa menjilat ludahnya kembali.  Pada Pas, selagi Tun M menjadi PM amat sukar untuk Pas menentang PH, dan pengganti Tun M pula adalah tokoh yang lebih hebat kerana tokoh ini adalah tokoh yang pernah diangkat untuk menjadi calon PM oleh Presiden Pas dahulu iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Noor  sewaktu Pas bersama Barisan Alternatif.  Adakah Almarhum Ustaz Fadzil Noor tidak tahu menilai seseorang yang mahu diangkat untuk menjadi PM?

Nampaknya Pas kini terperangkap di antara kehebatan dua tokoh ini sedangkan Pas sendiri tidak mampu menawarkan mana-mana calon untuk menjadi PM dari partinya.  Pas terpaksa bersama Umno yang telah menerima Najib untuk menjadi Penasihat parti Umno dan Zahid sebagai Presiden Umno.  Itulah tokoh yang mereka ada untuk ditawarkan kepada rakyat di dalam PRU15 nanti. 

Apakah rakyat akan memilih Najib atau Zahid semula?  Apakah Pas masih tercari-cari siapakah calon dari partinya untuk disorongkan sebagai bakal PM?  Adakah Hadi Awang yang hanya menjadi MB Terengganu sepenggal itu layak dijadikan calon PM?  Ini satu masalah bagi Pas sehingga terpaksa menelan semula kutukan mereka terhadap Tun M gara-gara takut akan kemunculan Anwar Ibrahim.   

WFAUZDIN NS

TEMUBUAL BERSAMA TUN M DI TURKI-SAYA TIDAK AKAN MEMUNGKIRI JANJI





Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan memungkiri janji untuk menyerahkan pucuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Ini selepas saluran berita antarabangsa Turki TRT menyoalnya mengenai video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan kaitannya dengan rancangan peralihan kuasa.
"Saya tidak akan memungkiri janji sendiri.
"Apa pun yang berlaku, saya akan berpegang pada ikrar saya," katanya.
Diminta mengulas hubungan rumitnya dengan Anwar, yang menyaksikan kedua-dua mereka terheret dalam dua dekad permusuhan politik, beliau menjawab:
"Saya sudah pun bersetuju bahawa apabila saya undur, dia akan mengambil alih daripada saya sebagai perdana menteri."
"Itu janji yang saya buat dan saya akan kotakan janji itu," katanya.
Wawancara dengan TRT itu dirakamkan pada 29 Julai, hari yang sama Azmin menyuarakan sokongannya berhubung cadangan Umno dan PAS supaya Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum ke-15.
Mengulas peralihan kuasa itu, Mahathir mengimbas bagaimana parti-parti Pakatan Harapan bersatu untuk memerangi bekas perdana menteri Najib Razak.
"Melawan Najib lebih penting daripada hubungan peribadi kami," katanya.
Spekulasi bertiup kencang kononnya video seks yang tersebar itu berkaitan dengan perebutan jawatan perdana menteri berikutan dakwaan Mahathir mahu Azmin menggantikannya
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, yakin bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video itu adalah dari kalangan dalaman parti berkenaan.
Keadaan itu semakin bercelaru selepas Anwar berkata Azmin harus meletakkan jawatan jika terbukti bahawa dia adalah lelaki yang terlibat dalam perbuatan seksual songsang dalam video tersebut.
Walaupun siasatan polis mendapati video itu adalah sahih, namun proses pengecaman muka, gagal mengaitkan Azmin sebagai individu dalam rakaman berkenaan.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga mendedahkan kewujudan konspirasi yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk menjejaskan reputasi Azmin dan ratusan ribu ringgit dibelanjakan untuk menghasilkan video itu.

'Saya takkan mungkir janji, serah kuasa kepada Anwar'



BICARA DARI TURKI, BUKAN DARI KUANG MARI



SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan sesekali memungkiri janji itu.


“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya.
Hos rancangan One to One, Imran Garda sebelum itu bertanya mengenai video seks melibatkan seorang menteri kanan dan kaitan dengan rancangan peralihan kuasa.


Image result for MAHATHIR DI TURKI

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan sesekali memungkiri janji itu.

“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya.

Hos rancangan One to One, Imran Garda sebelum itu bertanya mengenai video seks melibatkan seorang menteri kanan dan kaitan dengan rancangan peralihan kuasa.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam laman blognya menegaskan beliau tidak sanggup diperalat oleh dalang yang berniat jahat membuat dan menularkan satu rakaman video intim bagi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Katanya, kes video terbabit akan ditangani sebagai isu politik kerana sekiranya beliau mengambil sebarang tindakan maka ia bermakna perancangan dalang terbabit telah berjaya.

Dalam pada itu, Mahathir memberikan jawapan sama apabila diminta menggambarkan hubungannya dengan Anwar daripada seorang musuh kepada kawan.

“Saya sudah setuju apabia saya berundur, beliau (Anwar) akan ambil alih jawatan Perdana Menteri. Itu janji yang dibuat dan saya akan berpegang dengan janji itu,” katanya.

GPS NAK LAWAN PH DI SARAWAK



KUCHING - [DIKEMASKINI] Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg menggesa semua pimpinan dan ahli akar umbi di negeri itu bekerja keras bagi memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dan kekal memerintah pada pilihan raya negeri akan datang.

Katanya lagi, GPS juga sedia sepenuhnya untuk 'berperang' dengan Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui pemerintahan negara.

"Saya cakap terus terang, kalau hendak berperang, kita perang betul-betul.

"Peluru kena betul. Tembak kena betul. Jangan tembak kena kerak. Sebab itu kita mahu pemimpin akar umbi sentiasa bersedia. Jangan harap kami (pemimpin) atas. Kita kena berjuang sama-sama," katanya seperti dipetik Suara Sarawak.

Laungan amaran itu diberikan Abang Johari yang juga Pengerusi GPS ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sebuah hotel di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Dalam ucapan sama, Abang Johari turut mendedahkan seorang menteri dari PH pernah mencadangkan supaya kuasa pentadbiran PBT Sarawak diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

"Ada orang cuba untuk mengambil hak kita (Sarawak) tetapi saya katakan tidak, PBT sarawak harus ditadbir kerajaan negeri sendiri," katanya.

Terdahulu, seramai 745 ahli majlis telah dilantik dalam kalangan 24 majlis tempatan di negeri itu untuk tempoh 2019 hingga 2021.

Daripada jumlah tersebut, 318 orang merupakan muka baharu.



JHO LOW CUBA HALANG FILEM THE KLEPTOCRATS

MUKTAMAD, ISU VIDEO SEKS TAK JEJAS PERALIHAN KUASA

(function() { var d = document, w = window; w

SIDANG PARLIMEN KHAS TENTU KEABSAHAN MAHIADDIN MESTI DIADAKAN SEGERA, BUKANNYA SEPTEMBER

  Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan SESEGERA MUNGKIN TIDAK LEWAT DARI 9 O...