Tajuddin diberi masa 24 jam tarik balik kenyataan ‘Putrajaya dikuasai Kristian’


Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman digesa supaya menarik balik tuduhan jahat tidak berasas terhadap DAP dan kerajaan dalam masa 24 jam ekoran keceluparannya sewaktu berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Kandis baru-baru ini.
Gesaan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ini dibuat berdasarkan dakwaan jahat pemimpin UMNO itu kononnya ‘Orang Kristian sudah mengambil alih kuasa di Putrajaya’.
“Saya menuntut Tajuddin sebagai pemimpin nasional Umno, untuk menarik balik tuduhan tidak berasas dan berniat jahat terhadap DAP dan pemimpinnya dalam masa 24 jam, atau UMNO mengambil tindakan tatatertib terhadap Tajuddin kerana menggalakkan politik bangsa dan agama berdasarkan pembohongan.
“Sekiranya Tajuddin enggan dan memilih untuk berdegil dalam menyebarkan politik pembohongan terhadap DAP, saya tidak mempunyai pilihan selain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan jenayah terhadapnya,” katanya.
Lip Eng berkata, Tajuddin seharusnya menyertakan bukti-bukti sekiranya tuduhan celupar itu ternyata mempunyai sebarang unsur kebenaran.
“Sebagai seorang Ahli Parlimen kanan, Tajuddin tidak sepatutnya berbohong dan cuba menanamkan semangat kebencian antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.
Mengulas kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Kandis, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu berkata ia merupakan kemenangan moral kepada parti pemerintah.
Keputusan PRK DUN Sg Kandis menyaksikan calon UMNO-BN Datuk Mohd Lokman Noor Adam tewas apabila memperoleh 9,585 undi berbanding 15,427 oleh calon HARAPAN Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni
“Keputusan ini mencerminkan rakyat semakin menolak amalan politik kebencian oleh pembangkang. BN tewas di 14 daripada 19 pusat daerah mengundi di Sungai Kandis.
“Antaranya, termasuk di Kampung Jawa, di mana ucapan berbaur kebencian itu dibuat.
“Kemenangan HARAPAN pada PRK Sungai Kandis mencerminkan fakta bahawa pengundi Malaysia, khususnya orang Melayu, matang dan rasional,” katanya lagi. –

SELEPAS JADI PRESIDEN PKR, DI MANA ANWAR AKAN BERTANDING? BENARKAH PILIHANNYA LEMBAH PANTAI?



Anwar Ibrahim kini sah menjadi Presiden PKR mengambil alih tempat isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan tersebut dan tidak juga dicalonkan untuk sebarang jawatan yang lain.

Pencalonan Anwar bagi jawatan Presiden PKR yang tidak dicabar oleh sesiapa adalah sebahagian daripada persediaan beliau untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad selepas ini.

Sebelum ini dan sejak PKR ditubuhkan, Anwar hanyalah Ketua Umum parti itu. Dengan sekarang menjadi presiden, Anwar secara langsung memantapkan lagi kedudukan dirinya, sesuai dengan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Sebagaimana yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini, Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara untuk suatu tempoh tertentu dan kemudian akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar untuk mengambil alihnya.

Persetujuan itulah yang akhirnya berjaya mengikat hubungan kerjasama lebih mantap antara PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang seterusnya bersetuju juga untuk melantik Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan.

Setelah Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dan Anwar dibebaskan daripada penjara, sementara dipersetujui bahawa Tun Mahathir memerlukan tempoh tertentu bagi menyelesaikan beberapa perkara dalam pentadbiran negara dan menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya, dalam masa yang sama ia tentu juga membuatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu punya keghairahan tersendiri untuk sama-sama berperanan dalam kerajaan.

Apatah lagi, ini merupakan kali kedua beliau diura-urakan akan menjadi pengganti kepada Perdana Menteri yang sama iaitu Tun Mahathir.

Secara logiknya dan jika diizinkan Tuhan, memang tiada halangan untuk Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir, lebih-lebih lagi itulah janji yang sudah termetrai dalam Pakatan Harapan.

Ditambah dengan PKR mengusai kerusi Parlimen paling banyak dan Tun Mahathir sendiri sudah berusia 93 tahun, duduknya Anwar sebagai presiden parti adalah isyarat beliau sudah sedia untuk menjadi Perdana Menteri pada bila-bila masa.

Cumanya, oleh kerana Tun Mahathir sendiri pernah menyebut bahawa beliau memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan banyak perkara sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, bila penyerahan jawatan itu sepatutnya berlaku seharusnya sebaik-baiknya terserah kepada kedua-dua pemimpin berkenaan memuktamadkannya.

Yang menjadi persoalan sekarang, selepas Anwar menjadi Presiden PKR, di kawasan manakah beliau akan bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen bagi membolehkannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri?

Meskipun ramai yang meramalkan beliau akan bertanding di Pandan di mana kerusi itu sekarang diwakili oleh Dr. Wan Azizah atau di Permatang Pauh yang diduduki oleh anaknya, Nurul Izzah tetapi beberapa Ahli Parlimen kawasan lain juga disebut-sebut bersedia mengosongkan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada Anwar.

Antara yang menjadi percakapan umum ialah Lembah Pantai yang sekarang diwakili oleh Fahmi Fadzil yang juga merupakan Pengarah Komunikasi PKR.

Diberitakan, setelah Anwar menjadi Presiden dan sebelum berakhir tahun 2018 ini, Fahmi akan bertindak meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk membolehkan Anwar bertanding di kawasan tersebut.

Anwar dikatakan enggan bertanding di Pandan kerana buat sementara ini beliau mahu isterinya terus menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir.

Dr. Wan Azizah dilapor hanya akan mengosongkan kedudukannya dalam kerajaan apabila Anwar sudah sedia kembali memegang jawatan dalam kerajaan, sama ada sebagai Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu atau terus menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Lagi pula, selepas Anwar menjadi Perdana Menteri nanti dan dalam pilihanraya seterusnya, kerusi Pandan itu akan dikembalikan semula kepada Rafizi Ramli, tidak kira sama ada beliau menang atau kalah dalam persaingannya dengan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dalam waktu yang sama, Nurul Izzah akan terus menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas Anwar menjadi Perdana Menteri sebagai persediaan PKR menyediakannya sebagai pemimpin pelapis negara di masa depan.

Sementara Fahmi, atas pengorbanannya sedia mengosongkan kerusi kepada Anwar, beliau dijangka akan dilantik sebagai senator serta diberikan kedudukan dalam kerajaan sebagai balasannya. (ShabudinHusin 06/08/2018)

PENIAGA BERLIAN LUBNAN KESAL DALAM TERPAKSA SAMAN ROSMAH

SG KANDIS: RAKYAT TOLAK POLITIK KAUM, AGAMA SEMPIT UMNO, PAS

BN, PAS LUPAKANLAH PRK BALAKONG, SERI SETIA

(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...