SILAP DAN GOPOH.


Jamzuri Ardani


 Bagi saya pihak pengurusan Masjid Bukit Jelutong perlu bertanggungjawab di atas isu UAI.  Kerana kecuaian dan kebodohan mereka rakyat bertelingkah dan institusi agama tercemar.


Mereka dah tahu peraturan bahawa penceramah jemputan perlu ada tauliah. Tapi mereka degil.  Nak juga jemput penceramah yang tak ada tauliah.  Paling tak guna, sebar poster merata sebelum dapat kebenaran.  Habis tersebar berita kononnya 'JAIS HALANG CERAMAH USTAZ AZHAR'. Padahal ceramah tersebut tak pernah dapat kebenaran pun.  Bukan dihalang, tapi langgar peraturan. 


Saya harap JAIS pecat je AJK masjid yang terlibat. Bodoh macam walaun.



PH Tidak Mahu Tanya Ke? Ketika YB Marang bahas



Ketika YB Marang bahas Belanjawan 2023 pada tengah hari tadi,tidak ada seorang pun Menteri yang berada dalam dewan.Slot PMQT pagi tadi yang sepatutnya PM 10 jawab soalan pun PM tidak hadir maka,digantikan dengan TPM 2 untuk menjawab soalan bagi pihaknya. Adakah arahan pihak tertentu tidak mahu memalukan orang tua tersebut ? Kenapa perlu memberi penghormatan kepada orang yang suka buat provokasi sejak dia terlibat dalam politik hingga sekarang. 


p/s: Tetapi bila aku hayati gambar dibawah baru aku sedar. Mereka nak ajar Hadi rupanya.  Bagaimana perasaan Hadi bila dia berucap tiada orang didepan mahu dengar dia bercakap. Itulah ajaran yang terbaik buat orang suka ponteng. hadi selama itu bercakap dengan kerusi rupanya.

-MAAA


CAKAP DULU FIKIR KEMUDIAN.

 


Maafkan Kami… Maafkan Kami ..Maafkan Kami .. Si Tua Lapok..   Kredit @KartunisGandum

SEDEKAH BUKAN RASUAH

 


Ww

PN terkenal dan terbukti sarat dengan kaki fitnah dan geng lebai yg tidak bertabayyun. 


Tapi kenapa masih malar berusaha nak menjatuhkan PMX?



[Nasihat Untuk Dr Hapiz Kodiang: Jujur dan Meminta Maaf Lebih Baik Daripada Berdusta]




Dr Hapiz Kodiang cuba menafikan bahawa poster yang saya paparkan semalam itu adalah kata-katanya. Beliau mengatakan poster itu adalah fitnah. Seperti yang dijanjikan, hari ini saya sertakan bukti bahawa Dr Hapiz Kodiang sendiri yang memuat naik perkataan itu di FB beliau pada tanggal 18 Februari 2016.


Adakah Dr Hapiz Kodiang telah berjangkit dengan panel ARG yang baca tapi lupa? Namun Dr Hapiz lebih dasyat lagi iaitu beliau sendiri tulis di FB tapi lupa. Setelah itu tuduh orang memfitnah pula.


Dr Hapiz Kodiang menulis status berkaitan kandungan dalam poster itu pada tahun 2016. Seseorang yang bersangka buruk boleh saja menyangka bahawa pada tahun 2023 ini baru beliau sedar bahawa tulisan itu amat jijik. Lalu beliau pun tidak sanggup menanggung kata-kata berat sebegitu. Lalu ditala kepada orang lain dan dituduhnya sebagai fitnah. Namun, saya bersangka baik dengan beliau dengan anggapan beliau memang lupa. Tun Mahathir dah lama pesan:


"Melayu mudah lupa".


Ataupun mungkin ini agenda Mark Zuckerberg nak jatuhkan ilmuan aswaja seperti Dr Hapiz Kodiang sehingga dia post di FB Dr Hapiz tanpa izin?


Berkenaan dialog itu, netizen telah tahu saya menerimanya dengan hati terbuka. Tapi jelas beliau menolaknya dengan alasan tidak ada manfaat yang beliau harapkan. Saya tidak mahu memaksa beliau. Cuma soalan yang sama saya nak tanya iaitu jika dialog tidak ada manfaat, maka apa manfaat Dr Hapiz Kodiang serang salafi di FB sendiri? Apa manfaat yang dapat dicapai selain dari membuktikan Dr Hapiz pelupa?


Apa-apa pun, jujur itu penting bagi orang yang membawa agama. Biar hujah kita lemah, namun jangan sampai menipu dan menafikan perkataan yang ditulis oleh diri kita. Mujur Facebook ada memory. 


Sekian dan kesian.


Dr Rozaimi Ramle


P.s: link asal hantaran Dr Hapiz Kodiang ada di bahagian komen. Cuma Dr Hapiz sudah hadkan ruang komen hantaran itu. Jika tidak pasti ramai yang kenduri di situ dengan menaip:


"Hai, saya dari masa depan".


INTAN

 Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) merupakan satu daripada 3 komponen penting dalam pelaksanaan IPR. Inisiatif ini merupakan serampang dua mata yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah makanan.


Setiap peserta yang terlibat akan mengusahakan hasil tanaman import yang tinggi seperti cili, halia dan jagung bagi memenuhi rantaian permintaan setempat. 


Sebanyak 800 ekar tanah milik kerajaan persekutuan akan dimanfaatkan untuk pembangunan sektor pertanian oleh para peserta. Sasaran kerajaan ialah sebanyak 5,000 ekar pada tahun 2023 sekiranya mendapat kerjasama dari kerajaan-kerajaan negeri.


Berdasarkan modeling awal yang dilaksanakan, setiap peserta akan mendapat bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan. Begitu juga dengan elaun bulanan peserta yang akan diberikan sementara menunggu hasil tuaian.


Mereka yang bersama-sama dengan kementerian seperti pihak swasta, rantaian peruncit serta agensi-agensi kerajaan akan menjadi Rakan Strategik dengan membeli hasil pertanian peserta seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanaman import.


Sekiranya anda layak dan memenuhi syarat untuk INTAN, boleh mohon & daftar di link ini : https://ipr.epu.gov.my



KESIAN KETUA PEMBANGKANG TERSANDAR TAK DAPAT JAWAB SOALAN DAN BIDASAN

KENALI SIAPA ADAM RADLAN ADAM MUHAMMAD - "BROKER" JANA WIBAWA | BIODATA

GEMPAK BAGAN SERAI KOYAK HABIS! ULASAN SAUDARA ISWARDY!

Syafiq Halim Lari Ke Luar Negara. Takut Ditangkap SPRM.

Politik | Bersatu akan jawab surat tuntutan BN


Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan Parti Bersatu akan mengikut proses sewajarnya bagi menjawab tuntutan Barisan Nasional terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

[LANGSUNG] Amanat Perdana Menteri kepada penjawat awam negeri Sabah I 28...



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat Perdana Menteri kepada penjawat awam negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Tuan Ibrahim mohon maaf kerana dakwa titah Agong disediakan k'jaan

SHAHRIZAT LEBIH BERPELUANG MENANG KETUA WANITA UMNO

 

Sebelum ini, saya pernah menulis yang menyatakan, daripada Shahrizat Jalil memimpin kembali Wanita UMNO, lebih baik pergerakan itu diketuai oleh Azalina Othman Said.

Dengan rekod pernah mengetuai Puteri UMNO serta berprestasi agak cemerlang sebagai menteri kabinet, Azalina diyakini mampu memulihkan Wanita UMNO yang sedikit malap sejak diterajui Noraini Ahmad.

Noraini bukan saja malap dalam memimpin Wanita UMNO, malah juga tidak cemerlang sebagai menteri kabinet selama 31 bulan di bawah era Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Sebab itu, Azalina dirasakan calon paling sesuai mengambil alih teraju Wanita UMNO.

Tetapi, sehingga pencalonan ditutup, Azalina ternyata tidak berminat untuk memimpin Wanita UMNO, sebaliknya memilih untuk memeriahkan pertandingan bagi merebut salah satu kerusi Naib Presiden.

Rupa-rupanya, baru diketahui bahawa sekiranya Azalina memilih untuk bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO, Shahrizat sendiri akan menarik diri dan tidak bertanding sebarang jawatan.

Beliau hanya sedia mengemukakan borang pencalonannya bagi jawatan Ketua Wanita setelah pasti Azalina tidak bertanding bagi jawatan tersebut.

Makna kata, Shahrizat sendiri mengakui Azalina adalah pemimpin yang boleh mengembalikan Wanita UMNO sebagai sayap politik yang cergas, aktif dan disegani sebagai sebelum ini.

Dengan pertandingan hanya satu lawan satu antara Noraini yang akan dicabar oleh Shahrizat, di atas kertas dan berdasarkan tinjauan setakat ini, saya dapati peluang Shahrizat untuk kembali memimpin Wanita UMNO adalah jauh lebih cerah.

Gerombolan demi gerombolan pemimpin Wanita yang mendesak agar Shahrizat kembali memimpin pergerakan itu pada asasnya ialah kerana ketidakmampuan Noraini menjelmakan kepimpinan yang berkesan sejak 2018 lalu.

Desakan untuk memujuk dan menarik kembali Shahrizat sebenarnya telah dilakukan sejak lebih setahun yang lalu, bukan sehari dua ini.

Wanita UMNO dikatakan bukan saja tidak seaktif dan semeriah sebelumnya sejak dipimpin oleh Noraini, malah tidak lagi terlihat gah di mata rakyat umum.

Sehingga ada yang mendakwa, salah satu sebab kemerosotan UMNO dalam PRU15 lalu dengan hanya mampu menang 26 kerusi Parlimen saja, salah satu sebabnya dikatakan adalah kerana gerak kerja Wanita UMNO yang kurang berkesan.

Bimbang kemerosotan lebih buruk lagi dalam sekian banyak pilihan raya di masa depan, kepimpinan Shahrizat diyakini oleh ramai Wanita UMNO seluruh negara mampu memulihkan semula pergerakan itu.

Meskipun ada isu tertentu seperti NFC dan kembalinya beliau merupakan langkah ke belakang, sebilangan Wanita UMNO percaya isu kemalapan pergerakan itu lebih penting untuk dipulihkan.

Berikutan Shahrizat juga diketahui mempunyai hubungan yang baik lagi mesra dengan sebilangan besar pemimpin utama UMNO dan kerajaan ketika ini, beliau dipercayai mampu berperanan dengan lebih baik lagi memimpin Wanita UMNO.

Tidak saja beliau mempunyai hubungan baik serta lama dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, lebih daripada itu Shahrizat juga tiada masalah dalam hubungannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bahkan sejak Anwar dalam UMNO lagi, Shahrizat mempunyai hubungan yang baik dengan bellau, apatah lagi kedua-duanya pula berasal daripada Pulau Pinang.

Ertinya, di samping berpeluang lebih cerah memperolehi kemenangan atas faktor untuk memulihkan kemalapan Wanita UMNO sekarang ini, selepas menang nanti, Shahrizat juga lebih mudah membawa pergerakan itu bersama-sama dengan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar dalam memaknai lagi perjuangan Malaysia Madani untuk masa depan negara ini. – ShahbudinHusin 28/02/2023.


AKIBAT SALAH PILIH.


Amir Sulaiman




 Jauh beza ahli parlimen dengan bekas ahli parlimen bertindak.

Akibat termakan fitnah,dakyah dan propaganda....ramai pengundi PN mula menyesal sekarang.




KENA LAGI..TAK MENGAKU SALAH.

 

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.



WALAUN TANYA SOALAN YANG AGAK NAKAL....NAKAL KA TAK GUNA AKAL ?

 


Aku tak nak komen banyak pasal ni. Cuma nak kata inilah kelebihan mempunyai PM yang dihormati di peringkat antarabangsa. Memudahkan sebarang usaha perbincangan. Baca di https://bit.ly/3Y8vsgG


Yang aku nak highlight komen walaun ni. Katanya, kalau Singapura betul-betul hormati DS Anwar, beri balik Pulau Batu Puteh itu kepada Malaysia. Gelak besar aku baca.


Kalau Singapura beri balik, itu bukan hormat, itu bodoh namanya. Singapura dapat pulau itu melalui Mahkamah Antarabangsa. Secara legal, Malaysia dan tak boleh kata apa.



Walaun ingat urusan pulau ni main-main? Macam budak kecil ambil mainan budak yang lain. Ambil sesuka hati, bila kena pujuk, pulang balik sesuka hati dia. Begitu?


Tuntutan pulau ni berkaitan kedaulatan  sesebuah negara. Berkaitan sempadan. Bukan boleh main suka-suka je. Demi nak menidakkan kehebatan DS Anwar, sanggup pamerkan kedangkalan diri. Kesian walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

MEREKA SELALU CAKAP DULU DAN FIKIR KEMUDIAN

 

Mohd Shah Rim.


"Saya sudah memberi penjelasan berhubung kekhilafan berlaku dengan Speaker...saya fikir ini tidak perlu dipanjangkan kerana kita banyak isu penting..


ISU APA YANG PENTING TU TUAN IBRAHIM..ISU RAKYAT KE..?? ADA PAS PEDULI ISU RAKYAT..??



DULU MEREKA BERSENGKETA...TAPI JIWA RENDAH DIRI ANWAR POLITIK LAIN. BAB BERKAWAN NI LAIN.



 Bersama Azizah ke rumah Tan Sri Rafidah Aziz tadi. Doakan InshaAllah aafiyah buat beliau.


DS Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Malaysia.

Presiden Keadilan.


TERUK SANGAT ? HANG BUTA APA KA ? MUHYIDDIN DAN MAIL LAGI TERUK KOT? SATU LAGI....FAHMI PUN TERUK JUGAK SEBAB GAGAL BERI PENERANGAN


 

LPDN BERJAYA MELANCARKAN MENU RAHMAH KERANA KEPERIHATINAN KEDAI MAMAK DAN JUGA MAYDIN SERTA YANG LAIN LAIN- SYABAS ANDA SEMUA


 

OOOOO- ORANG MELAYU KATA KERAJAAN INI TERUK ? LAGI MAHAL LAGI BAGUS- 53%...


 

KES LCS BELUM LAGI SELESAI


 

FAHMI KENA INGAT, USAHA NAK JATUHKAN KERAJAAN INI ADALAH TERLETAK KEPADA BAGAIMANA PKR BERSEDIA MEMBERI PENERANGAN YANG BAIK KEPADA RAKYAT. JIKA TIDAK BAIK , BELIAU JUGA TERSUNGKUR.AKHBAR SUARA KEADILAN PUN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU- LAGI KAU CAKAP DAN HINA REFORMIS MEDIA SOSIAL.

 

Aku anggap ini sebagai pengakhiran kepada usaha untuk menyingkirkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO sekaligus meruntuhkan Kerajaan Perpaduan ini.

Mungkin selama ini Annuar mengjangkakan Zahid akan tersingkir jadi dia boleh rujuk kepada UMNO selepas itu. Namun kini dia mula yakin itu tak akan terjadi. Mungkin.

Apa pun, aku percaya usaha untuk tukar PM takkan terhenti setakat ini. Sejujurnya, aku percaya masih ada situasi deep state dalam pentadbiran hari ini. Semoga rancangan mereka menemui kegagalan. Guane boh?

Raja Gelap

 



DIKATAKAN WARTAWAN BERITA HARIAN- DUlUNYA BERITA HAIRAN- MASIH LAGI KEKALKAN DENGAN HAIRAN-INI PANDANGAN RAJA GELAP. KALAU AKU YANG BERPULUH TAHUN PUN AKAN TERASA HATI- SELAMA INI KAU KAH YANG BERI IMBUHAN ?KALAU AKU TAK BOIKOT PKR- TETAPI JATUHKAN YANG BERCAKAP INI.SEKUPANG PUN PARTI KAU TAK BANTU PRO BONO MACAM KAMI.


 

Ada yang bertanya pendapat aku tentang kenyataan Fahmi Fadzil ini. Ada akar umbi Keadilan yang mula minta imbuhan selepas menang.

Kemudian aku jumpa di ruangan komen gambar ini. Mengikut pemahaman aku, sepertinya ada salah lapor atau salah tajuk dalam kes ini.

Awalnya aku tak mahu komen. Sebab aku sendiri belum tengok videonya. Jadi aku tak dapat tafsir apa sebenarnya maksud YB Fahmi.

Kemudian ada yang tag aku di posting yang mana ahli Keadilan boikot untuk buat posting berkenaan kerajaan ini kerana rasa terhina.

Untuk makluman, aku bergerak solo. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Aku tak terikat dengan mana mana kumpulan walaupun aku ahli Keadilan.

Jadi kalau ada yang boikot atau apa, itu hak mereka dan ya, mereka ada hak untuk merasa terkilan atau dimalukan dengan kenyataan ini.

Secara peribadi, jika benar YB Fahmi memang ada menuturkan kata-kata ini, aku tak berkecil hati pun. Aku percaya YB bercakap berdasarkan apa yang dia temui.

Mungkin ada yang meminta imbuhan. Tapi rasanya tak ramai. Mungkin hanya seorang dua. Jadi tujuan YB adalah supaya ini tidak menjadi budaya.

Pun begitu, aku tak rasa ianya patut diperkatakan di tempat awam atau kepada media. Mungkin kalau ada kongres parti atau majlis tertutup.

Dan sebenarnya, akar umbi yang membantu pun bukanlah minta duit sangat. Mereka mungkin minta sedikit sumbangan. Internet pun kena bayar. Masa pun banyak dihabiskan untuk memenangkan parti.Berterima kasih sedikit tak salah pun.ianya satu penghargaan.

Pendapat aku, kebanyakan hanya mahu dihargai. Tak mahu seperti diketepikan selepas kejayaan dicapai dalam PRU15 tempohari.

Tapi aku nak tegaskan, aku tulis ni bukan untuk diri aku. Untuk aku imbuhan yang aku mahu hanyalah sebuah negara yang aman dan makmur.

Kenapa aku tak mahu ikut boikot? Sebab aku mahu kerajaan ini dipertahankan. Betul YB Fahmi salah kalau benar dia ada cakap perkara ni. Tapi negara kita sedang dihujani fitnah.

Fitnah telah jadi budaya pembangkang dan kalau tak dilawan, kita mungkin akan kehilangan kerajaan yang kita idamkan selama ini.

Tak adil untuk Fahmi labelkan semua akar umbi hanya kerana seorang dua yang dia jumpa minta imbuhan. Dan tak adil juga untuk aku boikot PH kerana seorang menteri.

Suka aku nak beritahu, ini sekadar pendapat aku. Ini apa yang aku rasa. Aku tak sokong dan tak larang mana-mana pihak untuk boikot. Itu terpulanglah kepada individu tersebut.

Aku hanya akan boikot kerajaan ini jika mereka mula lupakan rakyat miskin dan menyakau untuk kepentingan peribadi. Selagi itu tak terjadi, selagi itu aku bersama PH. Guane boh?

Raja Gelap

 

KERAJAAN APA LAH YANG SUKA LIHAT RAKYAT MELINGKUP KELUAR HABIS KWSP- INILAH KERAJAAN LEPAS. -HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI.

 












Pembangkang gunakan isu KWSP ni untuk hasut rakyat benci kerajaan. Pelik. Sepatutnya pemimpin risaukan masa depan rakyat. Tapi ini pemimpin yang sibuk nak rakyat habiskan simpanan hari tua.

DS Anwar buktikan yang beliau risau masa depan rakyat sampai nak masukkan RM500 kepada akaun yang jumlahnya kurang RM10,000. Itu baru nampak nak bantu rakyat. Pembangkang? Suruh bagi licin.

Ada banyak kebaikan lain yang tersenarai dalam bajet yang dibentangkan. Pengurangan cukai, bantuan untuk petani miskin, kad perubatan untuk B40 dan banyak lagi. Tapi pembangkang masih nak main isu KWSP. Kenapa?

Sebab itu sahaja yang mereka boleh gunakan untuk hasut rakyat. Hal-hal baik yang lain mereka cuba sembunyikan. Nampak tak pembangkang ni cuma nak kuasa? Bukan peduli pun nasib rakyat.

Belanjawan DS Anwar menumpukan kepada rakyat miskin tegar. Bukan hanya mereka yang memiliki tabungan KWSP. Beliau fokus kepada warga miskin di kampung-kampung yang tak bergaji tetap.

Aku pun nak juga KWSP. Kalau dapat, banyak aku nak gayakan duit tu. Tapi katakanlah aku dapat, bagaimana dengan nelayan-nelayan miskin? Petani dan pesawah miskin?

Kenapa pembangkang hanya mainkan isu KWSP sedangkan tak sebut pun tentang nasib mereka ini? Apakah mereka ini, pada mata pembangkang, tak perlu dibantu? Nampak tak jahatnya mereka ini?

Bagi aku, bila pembangkang tumpukan pada KWSP semata, itu maknanya belanjawan ini bagus hingga pembangkang ketiadaan isu untuk dimainkan. Itu tanda belanjawan ini menyeluruh. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SEBUT 6 KALI BUMIPUTERA DALAM BELANJAWAN-MAS ERMIEYATI GUSAR- OOOOOO- MASA BAGI KONTRAK PADA BUKAN BUMIPUTRA DIA DIAM.....

 

Tadi aku nampak video MP Masjid Tanah, Mas Ermieyati berbahas. Dia kata dalam belanjawan yang dibentangkan oleh DS Anwar, hanya 6 kali disebut perkataan Bumiputera. Itu pun 90% sebab terkait dengan agensi. Jadi kononnya dia risaukan nasib Bumiputera.

Kalau tak sebut tak bererti diabaikan. Dalam bajet ini banyak disebut tentang miskin tegar. Siapa miskin tegar? Majoritinya kaum apa kalau bukan kaum bumiputera? Bila bajet bela rakyat miskin tegar, secara automatis nasib kaum bumiputera juga terpelihara.

Tak perlu bermain kata-kata. Misalnya buat projek untuk bantu kontraktor bumiputera, tapi nama yang terlibat bukan bumiputra. Bukan setakat dapat kontrak, bahkan boleh aturkan pula siapa penerima kontrak. Kalau begitu, sebut bumiputra 6.9 juta kali pun tak berguna.

Tak sebut bukan bererti abaikan. Kalau sebut pun bukan bererti jaga sangat. Contoh yang guna nama Islam tapi perangai jauh dari Islam. Memfitnah, ponteng kerja, makan gaji buta, menghujat dan sebagainya. Itu bukti yang setakat kata-kata tak menjamin perlaksanaan.

Memang betullah pembangkang tak dapat nak cari isu dalam bajet ini. Sampaikan isi remeh pun dia angkat. Tahniah DS Anwar. Reaksi pembangkang membuktikan yang bajet ini sangat cemerlang. Terbaik. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

ANWAR BERI TEMPOH TIGA HARI UNTUK MP PENDANG MINTA MAAF- TAPI DIA TAK BUAT DAN BERSEDIA UNTUK KE MAHKAMAH


Seorang ahli parlimen PAS yang sedang berdepan tindakan undang-undang daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir pengerusi PH itu.


Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, Awang Hashim (PN-Pendang) menyoal jika perdana menteri "tidak boleh terima kritikan" dan mempunyai "jiwa cepat goyah."


Anwar sebelum ini telah mengeluarkan dua surat tuntutan terhadap ahli parlimen tersebut atas dakwaan fitnah.

1MDB: 'Mana boleh biar Goldman Sachs, eksekutif lari begitu saja?'


Bekas menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani menggesa kerajaan untuk menekan lebih keras terhadap firma kewangan Goldman Sachs dan eksekutifnya dalam usaha Putrajaya mendapatkan semula aset 1MDB. Johari (BN-Titiwangsa) berkata ini memandangkan penyelesaian kerajaan terdahulu dengan Goldman adalah tidak mencukupi. Pada Oktober 2020 - di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin - Goldman bersetuju membayar pampasan AS$2.5 bilion, sambil menjamin pulangan AS$1.4 bilion aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di seluruh dunia. Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Johari mengulangi kritikan bahawa perjanjian itu tidak sesuai dengan kesalahan dan peranan Goldman dalam skandal 1MDB.



LEBAI SEMPAT MENYINDIR! DIJAWAB PADU OLEH YB NGA KOR MING!

KOMA LEPAS MEMFITNAH ANWAR.

 

Dengar Masuk ICU.KOMA.USTAZ KAKI FITNAH  BILA DIA FITNAH DAN.AIBKAN ANWAR..TERUS DAPAT BALASAN.ALLAH SWT.ACCIDEN



CALON PKR DIWAJIBKAN MENGISTIHARKAN HARTA- TAK SAMA DENGAN PIMPINAN PAS DAN BERSATU. ADA FATWA HADI KATA TAK PERLU ISTIHAR HARTA. NI MESTI TAK MEMBACA-ABANG Z OIIII...


 

JANGAN DOK FITNAH LAGI NA- BAB NI DULU KERAJAAN PN TAK BOLEH BUAT APA PUN...MASA NI HANGPA KAYA KA APA?


 

PENAMBAHAN 500 KEPADA PENCARUM- 145 BILLION. AKIBATNYA KESAN PENGURANGAN TERHADAP SIMPANAN. 3000 HINGGA 5000 SAHAJA.


 

BAJET PM 10 MENGABAIKAN NEGERI PEMBANGKANG ? HABIS SEKOLAH DI KEDAH KELANTAN TERENGGANU- KLINIK BAJA SUBSIDI PETANI 60K PETANI- NAK HARAP MB KEDAH ? DAPAT DUIT BAIKI PAIP AYIAQ PEE BELI MERCEDES- KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN MELEBIHI NEGERI


 

MAKNA WARTAWAN KORANG PEKAK LA YA......

 

Penjelasan mengenai laporan berita memetik ucapan Ketua Penerangan PKR


Laporan BH Online semalam.

KUALA LUMPUR: BH ingin memaklumkan bahawa berlaku salah tafsir dalam penulisan berita yang memetik ucapan Ketua Penerangan PKR, Yang Berhormat Fahmi Fadzil yang disiarkan dalam portal berita BH Online semalam.

Laporan yang menyebabkan kekeliruan itu telah diperbetulkan pada hari yang sama sejurus dimaklumkan kepada pengarang.

Pada masa sama, kami secara tegas menafikan dakwaan laporan berkenaan diputar belit, bersifat fitnah atau menerima arahan pihak tertentu.

Pengarang

Lagi berita baik selepas #Belanjawan2023.




Tadi PMX Anwar Ibrahim telah tandatangan perjanjian penyelesaian berkaitan kes 1MDB dengan IPIC dan Aabar Investments PJS.


Hasil perjanjian penyelesaian itu, IPIC dan Aabar PJS akan bayar UDD 1.8 Bilion (~RM 8 Bilion) kepada Malaysia. 🤲🏼


Dalam kenyataan beliau, PMX menekankan kerjasama antara Malaysia dan Abu Dhabi demi kemakmuran dan manfaat kedua-dua negara.



TEMPAT HANGPA ADA AZAN LAGI KA ? KALAU ADA MASAALAH AZAN BAGI TAU LA- ANAK CUCU KE SEKOLAH PAKAI SKIRT LAGI KA ?


 

BEZA ANTARA YANG BELAJAQ TINGGI DENGAN YANG BEKAS KERJA KONTREK BUAT RUMAH. BAB ILMU NI BOLEH BINCANG LAGI- MENGKALA KALAU CAKAP BUAT SAKIT HATI ORANG MEMANG TARAF DIA LAGU TU SAJA....CAKAP DIA TAK BERAPA MURNI ..KERJA BURUH...DIA NAK CERDIK TAKAT MANA SAJA..


 

NI MENTERI PENERANGAN KUAT TIDOQ- APA DIA BUAT TAK TAU LA - SAMPAI SEKARANG APA TINDAKAN BELUM JELAS


 

BILA MADANI DIUMUMKAN APA YANG MENTERI PN BUAT ? AYAT MEMESONG ORANG.


 

AKU HARAP ANWAR TENDANG MENTERI NI. AMBIK ORANG LAIN.


Wartawan juga yang disalahkan. Adakah ini yang telah dirancang ?Siapa yang rancang ? Atau memang menteri yang lemah senang diperbodohkan 


Mohd Shah Rim


Press minta maaf kepada YB Fahmi..

tapi tulah.. damage dah berlaku..



LEBIH BAIK DARI BAGI USTAZ PETIR KAKI FITNAH...

 




Isu kuliah Azhar Idrus dibatalkan tu tak ada isu pun. Azhar Idrus pun tak marah. Dia juga bersetuju kena ada tauliah bagi halang penyebaran ajaran sesat.


Katanya, jangan halang sebab nafsu. Biarlah sebab yang betul. Aku setuju. Dan aku cadangkan Azhar nasihatkan juga Jabatan Agama Terengganu.


Sebab ada Ustaz tu dihalang mengajar di negeri itu hanya kerana selalu tak sependapat dengan ulama PAS. Takkan Selangor je tak boleh tapi Terengganu boleh. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



HAAH...DAH KENA LAGI..SAMAN KAW KAW

 




Hahaha... Bagus. Tak ada penyakit, cari penyakit. Dia tersepit, sedap talakan kesalahan dekat orang lain. Sekarang jawablah.


Tuduhan Mahiaddin itu jelas tanpa bukti dan berniat jahat. Bukan sekadar merosakkan nama Zahid dan BN bahkan menjejaskan imej kerajaan.


Sebenarnya aku pelik juga kenapa Mahiaddin masih belum jadi suspek. Sekadar saksi. Mungkin tunggu Azaman Baki bersara dulu? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



MENTERI KOMUNIKASI YANG BAHLOL.,..SAPA MINTA DUIT PADA KO? WOIIII...KAU TAK BAYAR PUN ORANG BOLEH HIDUP.


 Mohd Shah Rim.

Aku harap hentikan, boleh saja dapat penjelasan menteri, atas semangat brotherhood, air dicincang tidak akan putus..


Ikhlas dari penyokong Kjaan Tanpa Parti.

RMS



DAH DIUMUMKAN- TAK FAHAM TAPI JELASKAN LAH


 

MANUSIA MACAM NI LAH YANG MELINGKUPKAN BANGSA- SAPU DUIT UNTUK KELUARGA


 

[TERKINI] Perdana Menteri mohon penjawat awam sabar soal naik gaji


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta golongan penjawat awam bersabar soal kenaikan gaji kerana perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh termasuk kedudukan ekonomi dan hutang negara.

'Arau boleh baca ke dalam kepala otak saya ke'

Saya yang Speaker, bukan YB Besut - Johari Abdul



"YB Besut, saya Speaker ini. Saya yang Speaker, bukan YB Besut," kata Datuk Johari Abdul ketika berlaku kekecohan selepas Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh membangkitkan mengenai peraturan dewan.

TUNGGANG VAKSIN, HIDUP MEWAH DI SEBALIK DERITA RAKYAT


"Kemudian badan-badan siasatan harus siasat sama ada benar atau tidak dan sebagainya," katanya kepada pemberita seperti dipetik media. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menafikan dakwaan tersebut.

ULANG SEMULA UNTUK HAMZAH ZAINUDDIN CELIK...BUKAN ANWAR TAK PANDAI BAB BELANJAWAN- ANWAR NAK TANGKAP PENYAMUN DALAM NEGARA




KUCING TANAH NI PULAK ADA HAL DENGAN MAHIADDIN.





 

KISAH KENA PAW KELILING OLEH WAN SAIFUL- HAMZAH ZAINUDDIN NAK KATA BELANJAWAN TAK BETUL...MEMANG LA PH TAK SAKAW CAM GINI


 

USTAZAH NI MINTA HADI AWANG CERAKINKAN APA YANG BAIK DAN BURUK-MANA YANG BETUL DAN TIDAK BETUL DALAM KONSEP MADANI


 

KISAH SEBENARNYA BAGAIMANA ROYALTI- KALAU PAS SENDIRI TAK MAU ROYALTI-DAN TIADA PUN MANIFESTO PH


 

MAT JARGON KENA KUTUK DENGAN ABANG HENSEM NI


 

BAIK SANGAT LAH SAMPAI ADANYA JANA WIBAWA...ROYALTI TAK BAGI KEPADA KERAJAAN NEGERI- TAPI TERUS KEPADA RAKYAT-BAGI LAGI GAJI NAIK HASIL TAK ADA BELI KERETA BARU


 

DAH JELASKAN USAHA PENGHAPUSAN HUTANG SEDANG DIUSAHAKAN.


USAHA HASIL SAWIT DIPERTINGKATKAN-BUKAN MINYAK SAWIT SAMATA MATA. SELAIN ITU SIME DARBY TELAH BERJAYA MENGEKSPOT KE US . MASA NAJIB RAZAK MINTA SAINS SOH LISTING DI BURSA SAHAM PAKAT SAIN BELAKA. BILA MELINGKUP KERAJAAN NAK TAMPUNG LAGI? HABIS KALAU LAH LISTING TU BERJAYA..ADAKAH RAKYAT TERBANYAK UNTUNG JUGA ?





MEMBINA SEMULA SIMPANAN-40-54 TAHUN YANG KURANG- KERAJAAN TAMBAH 500 -MANFAAT 2 JUTA


 

PENEROKA TAK PAYAH MEROYAN SANGATLAH- NI DAH HAPUSKAN ZAMAN LEPAS- BELAMBAK LA BUAT HUTANG NAK SOH KERAJAAN LUPUSKAN. HABIS ORANG LAIN YANG TAK ADA LADANG NAK JUGA KERAJAAN LUPUSKAN HUTANG BANK ?


 

KEH KEH KEH....HANG PASAI PA ....TAK DAK SAPA KATA APA PUN

 


AKU PERCAYA DSAI AKAN TUNAIKAN JANJI- BIAR LAPANG LAPANG SIKIT.....DAH DAPAT 100 KENAIKAN MELIBATKAN PENCEN KAN, MAKA ITU YANG DIBERI ISMAIL SABRI

 

Sabar, Anwar beritahu Cuepacs berkait naik gaji penjawat awam

Perdana menteri berkata kedudukan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira.

Anwar Ibrahim berkata penambahan gaji penjawat awam menjurus kadar defisit negara meningkat 6.5%.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim merayu kepada penjawat awam supaya bersabar susulan kekecewaan disuarakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Kalau kita tambah gaji, defisit jadi 6.5%,” katanya sambil menambah kesan itu menjejaskan keyakinan pelabur kerana memberi gambaran kerajaan tiada tekad politik mengurus negara.

“Jadi, sabar la sekejap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Antarabangsa Tentang Islamofobia: Libatserta Bermakna Melalui Wacana Madani.

Anwar berkata, secara prinsipnya beliau bersetuju gaji penjawat awam ditambah.

Bagaimanapun, kata Anwar, penjawat awam juga perlu mempertimbangkan kedudukan kewangan kerajaan dan kesejahteraan rakyat

Beliau berkata, hutang negara sudah melonjak kepada RM1.5 trilion dengan kerajaan berdepan defisit tinggi belanjawan.

Pada Jumaat, Presiden Cuepacs Adnan Mat, berkata belanjawan tidak mengandungi sebarang komitmen menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menyerap tekanan kos sara hidup.

Adnan berkata, penjawat awam berharap penilaian semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam, melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam.

Anwar yang juga perdana menteri, pada Jumaat, membentang Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion.

Ads by Kiosked

Antara kelebihan diumumkan kepada penjawat awam melibatkan pemberian bantuan khas Aidilfitri RM700 bagi gred 56 dan ke bawah; penembusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari; dan penjawat awam isi rumah berpendapatan RM7,000 ke bawah mendapat subsidi yuran taska RM180 sebulan.


Menu Rahmah: Dr Halimah buat permohonan maaf

 

Menu Rahmah: Dr Halimah buat permohonan maaf

NURHIDAYAH HAIROM
27 FEB 2023

KALAU JAWATAN PRESIDEN UMNO ADA PERLAWANAN, AGAKNYA ITULAH KEBURUKAN DEMOKRASI…


Nasib baik jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO berjaya dielakkan daripada berlaku pertandingan, maka dapatlah Zahid Hamidi sembang kencang berkenaan pemilihan kali ini.

Kata Presiden UMNO itu, jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO 2023 kali ini adalah bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini menunjukkan mereka melihat bahawa UMNO

mempunyai masa hadapan untuk menterjemahkan potensi itu.

“Bila ramai orang berminat untuk bertanding jawatan-jawatan dalam pemilihan kali ini ia jelas membuktikan demokrasi itu semakin subur dalam UMNO.

“Berbanding pada tahun 2018 apabila pertama kali UMNO dan BN kalah ketika itu, seolah-olah mereka kurang berminat malah ada pemegang jawatan tidak mahu mempertahankan jawatannya tetapi kini berminat semula untuk memegang jawatan,” katanya lagi.

Sembang kencangnya ini hanya terlahir setelah beliau berjaya memastikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, malah kemudian memecat dan menggantung calon-calon yang berpotensi mencabarnya.

Kalaulah ada pertandingan, pastilah ketika Zahid Hamidi lebih sibuk berkempen bagi mempertahankan jawatannya.

Pastilah juga, dalam kesibukan berkempen itu beliau tiada masa untuk mengatakan demokrasi semakin subur dalam UMNO.

Ini kerana, jika ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, dengan sendirinya lebih ramai lagi yang akan bertanding di semua jawatan dan dengan itu, kesuburan demokrasi dalam UMNO lebih bertambah-tambah lagi.

Tak payah cakap demokrasi makin subur pun orang dah tahu demokrasi dalam UMNO tidak pernah luntur.

Tetapi, apabila demokrasi cuba dimatikan, terpaksalah pula Presiden sendirinya akhirhya “angkat bakul” mendakwa demokrasi dalam UMNO makin subur.

 Hakikatnya, ramai yang senyum-senyum saja dengan kenyataan Zahid Hamidi kali ini.

Dah menang tak bertanding, bolehlah sembang kata demokrasi makin subur.

Agaknya kalau ada pertandingan, beliau ketika ini tentu lebih sibuk mencerca buruknya demokrasi, antaranya menyebabkan perpecahan, berpuak-puak dan sebagainya, walhal yang sangat-sangat dirisaukannya ialah jawatannya itu akan terkubur.

Siapa yang yakin Zahid Hamidi boleh mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO jika ada pertandingan? ShahbudinHusin 27/02/2023.