Pembangkang gunakan isu KWSP ni untuk hasut rakyat benci
kerajaan. Pelik. Sepatutnya pemimpin risaukan masa depan rakyat. Tapi ini
pemimpin yang sibuk nak rakyat habiskan simpanan hari tua.
DS Anwar buktikan yang beliau risau masa depan rakyat sampai nak
masukkan RM500 kepada akaun yang jumlahnya kurang RM10,000. Itu baru nampak nak
bantu rakyat. Pembangkang? Suruh bagi licin.
Ada banyak kebaikan lain yang tersenarai dalam bajet yang
dibentangkan. Pengurangan cukai, bantuan untuk petani miskin, kad perubatan
untuk B40 dan banyak lagi. Tapi pembangkang masih nak main isu KWSP. Kenapa?
Sebab itu sahaja yang mereka boleh gunakan untuk hasut rakyat.
Hal-hal baik yang lain mereka cuba sembunyikan. Nampak tak pembangkang ni cuma
nak kuasa? Bukan peduli pun nasib rakyat.
Belanjawan DS Anwar menumpukan kepada rakyat miskin tegar. Bukan
hanya mereka yang memiliki tabungan KWSP. Beliau fokus kepada warga miskin di
kampung-kampung yang tak bergaji tetap.
Aku pun nak juga KWSP. Kalau dapat, banyak aku nak gayakan duit
tu. Tapi katakanlah aku dapat, bagaimana dengan nelayan-nelayan miskin? Petani
dan pesawah miskin?
Kenapa pembangkang hanya mainkan isu KWSP sedangkan tak sebut
pun tentang nasib mereka ini? Apakah mereka ini, pada mata pembangkang, tak
perlu dibantu? Nampak tak jahatnya mereka ini?
Bagi aku, bila pembangkang tumpukan pada KWSP semata, itu
maknanya belanjawan ini bagus hingga pembangkang ketiadaan isu untuk dimainkan.
Itu tanda belanjawan ini menyeluruh. Guane boh?
.