Tadi aku nampak video MP Masjid Tanah, Mas Ermieyati berbahas.
Dia kata dalam belanjawan yang dibentangkan oleh DS Anwar, hanya 6 kali disebut
perkataan Bumiputera. Itu pun 90% sebab terkait dengan agensi. Jadi kononnya
dia risaukan nasib Bumiputera.
Kalau tak sebut tak bererti diabaikan. Dalam bajet ini banyak
disebut tentang miskin tegar. Siapa miskin tegar? Majoritinya kaum apa kalau
bukan kaum bumiputera? Bila bajet bela rakyat miskin tegar, secara automatis
nasib kaum bumiputera juga terpelihara.
Tak perlu bermain kata-kata. Misalnya buat projek untuk bantu
kontraktor bumiputera, tapi nama yang terlibat bukan bumiputra. Bukan setakat
dapat kontrak, bahkan boleh aturkan pula siapa penerima kontrak. Kalau begitu,
sebut bumiputra 6.9 juta kali pun tak berguna.
Tak sebut bukan bererti abaikan. Kalau sebut pun bukan bererti
jaga sangat. Contoh yang guna nama Islam tapi perangai jauh dari Islam.
Memfitnah, ponteng kerja, makan gaji buta, menghujat dan sebagainya. Itu bukti
yang setakat kata-kata tak menjamin perlaksanaan.
Memang betullah pembangkang tak dapat nak cari isu dalam bajet
ini. Sampaikan isi remeh pun dia angkat. Tahniah DS Anwar. Reaksi pembangkang
membuktikan yang bajet ini sangat cemerlang. Terbaik. Guane boh?
.