DIKATAKAN WARTAWAN BERITA HARIAN- DUlUNYA BERITA HAIRAN- MASIH LAGI KEKALKAN DENGAN HAIRAN-INI PANDANGAN RAJA GELAP. KALAU AKU YANG BERPULUH TAHUN PUN AKAN TERASA HATI- SELAMA INI KAU KAH YANG BERI IMBUHAN ?KALAU AKU TAK BOIKOT PKR- TETAPI JATUHKAN YANG BERCAKAP INI.SEKUPANG PUN PARTI KAU TAK BANTU PRO BONO MACAM KAMI.


 

Ada yang bertanya pendapat aku tentang kenyataan Fahmi Fadzil ini. Ada akar umbi Keadilan yang mula minta imbuhan selepas menang.

Kemudian aku jumpa di ruangan komen gambar ini. Mengikut pemahaman aku, sepertinya ada salah lapor atau salah tajuk dalam kes ini.

Awalnya aku tak mahu komen. Sebab aku sendiri belum tengok videonya. Jadi aku tak dapat tafsir apa sebenarnya maksud YB Fahmi.

Kemudian ada yang tag aku di posting yang mana ahli Keadilan boikot untuk buat posting berkenaan kerajaan ini kerana rasa terhina.

Untuk makluman, aku bergerak solo. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Aku tak terikat dengan mana mana kumpulan walaupun aku ahli Keadilan.

Jadi kalau ada yang boikot atau apa, itu hak mereka dan ya, mereka ada hak untuk merasa terkilan atau dimalukan dengan kenyataan ini.

Secara peribadi, jika benar YB Fahmi memang ada menuturkan kata-kata ini, aku tak berkecil hati pun. Aku percaya YB bercakap berdasarkan apa yang dia temui.

Mungkin ada yang meminta imbuhan. Tapi rasanya tak ramai. Mungkin hanya seorang dua. Jadi tujuan YB adalah supaya ini tidak menjadi budaya.

Pun begitu, aku tak rasa ianya patut diperkatakan di tempat awam atau kepada media. Mungkin kalau ada kongres parti atau majlis tertutup.

Dan sebenarnya, akar umbi yang membantu pun bukanlah minta duit sangat. Mereka mungkin minta sedikit sumbangan. Internet pun kena bayar. Masa pun banyak dihabiskan untuk memenangkan parti.Berterima kasih sedikit tak salah pun.ianya satu penghargaan.

Pendapat aku, kebanyakan hanya mahu dihargai. Tak mahu seperti diketepikan selepas kejayaan dicapai dalam PRU15 tempohari.

Tapi aku nak tegaskan, aku tulis ni bukan untuk diri aku. Untuk aku imbuhan yang aku mahu hanyalah sebuah negara yang aman dan makmur.

Kenapa aku tak mahu ikut boikot? Sebab aku mahu kerajaan ini dipertahankan. Betul YB Fahmi salah kalau benar dia ada cakap perkara ni. Tapi negara kita sedang dihujani fitnah.

Fitnah telah jadi budaya pembangkang dan kalau tak dilawan, kita mungkin akan kehilangan kerajaan yang kita idamkan selama ini.

Tak adil untuk Fahmi labelkan semua akar umbi hanya kerana seorang dua yang dia jumpa minta imbuhan. Dan tak adil juga untuk aku boikot PH kerana seorang menteri.

Suka aku nak beritahu, ini sekadar pendapat aku. Ini apa yang aku rasa. Aku tak sokong dan tak larang mana-mana pihak untuk boikot. Itu terpulanglah kepada individu tersebut.

Aku hanya akan boikot kerajaan ini jika mereka mula lupakan rakyat miskin dan menyakau untuk kepentingan peribadi. Selagi itu tak terjadi, selagi itu aku bersama PH. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: