[Nasihat Untuk Dr Hapiz Kodiang: Jujur dan Meminta Maaf Lebih Baik Daripada Berdusta]




Dr Hapiz Kodiang cuba menafikan bahawa poster yang saya paparkan semalam itu adalah kata-katanya. Beliau mengatakan poster itu adalah fitnah. Seperti yang dijanjikan, hari ini saya sertakan bukti bahawa Dr Hapiz Kodiang sendiri yang memuat naik perkataan itu di FB beliau pada tanggal 18 Februari 2016.


Adakah Dr Hapiz Kodiang telah berjangkit dengan panel ARG yang baca tapi lupa? Namun Dr Hapiz lebih dasyat lagi iaitu beliau sendiri tulis di FB tapi lupa. Setelah itu tuduh orang memfitnah pula.


Dr Hapiz Kodiang menulis status berkaitan kandungan dalam poster itu pada tahun 2016. Seseorang yang bersangka buruk boleh saja menyangka bahawa pada tahun 2023 ini baru beliau sedar bahawa tulisan itu amat jijik. Lalu beliau pun tidak sanggup menanggung kata-kata berat sebegitu. Lalu ditala kepada orang lain dan dituduhnya sebagai fitnah. Namun, saya bersangka baik dengan beliau dengan anggapan beliau memang lupa. Tun Mahathir dah lama pesan:


"Melayu mudah lupa".


Ataupun mungkin ini agenda Mark Zuckerberg nak jatuhkan ilmuan aswaja seperti Dr Hapiz Kodiang sehingga dia post di FB Dr Hapiz tanpa izin?


Berkenaan dialog itu, netizen telah tahu saya menerimanya dengan hati terbuka. Tapi jelas beliau menolaknya dengan alasan tidak ada manfaat yang beliau harapkan. Saya tidak mahu memaksa beliau. Cuma soalan yang sama saya nak tanya iaitu jika dialog tidak ada manfaat, maka apa manfaat Dr Hapiz Kodiang serang salafi di FB sendiri? Apa manfaat yang dapat dicapai selain dari membuktikan Dr Hapiz pelupa?


Apa-apa pun, jujur itu penting bagi orang yang membawa agama. Biar hujah kita lemah, namun jangan sampai menipu dan menafikan perkataan yang ditulis oleh diri kita. Mujur Facebook ada memory. 


Sekian dan kesian.


Dr Rozaimi Ramle


P.s: link asal hantaran Dr Hapiz Kodiang ada di bahagian komen. Cuma Dr Hapiz sudah hadkan ruang komen hantaran itu. Jika tidak pasti ramai yang kenduri di situ dengan menaip:


"Hai, saya dari masa depan".