'Haiwan terlepas' bakal untungkan PR (LM)

Patutlah si pembicara Sharifah Zohra Jabeen ini banyak memberi contoh dan analogi binatang dalam hujah-hujah hapraknya. Rupa-rupanya memang beliau memiliki ciri-ciri kebinatangan dalam dirinya.

Maka hairan apa jika beliau bersikap biadap apabila berhadapan dengan manusia. Orang sehebat Khairy Jamaludin pun tidak berani nak berhadapan makhluk spesis ini. 

Apabila teringat Dr Mahathir, teringat pula kepada kelindan lori

SATU UNDI UNTUK PR...ANDA AKAN MENGHUMBANKAN MAHATHIR KE DALAM PENJARA

 

 

 ASPAN ALIAS

 

UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifastasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke 13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.
Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambilalih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.
Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini..  Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah di baca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.
Kata perpatah, rakyat ‘sudah dapat menyelam air dalam tunggak’. Apa yang terselindung dalam hati dan benak beliau itu di fahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi. Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.
Tetapi itu semua bukannya dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini, tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.
Beliau tidak mahu akur dengan kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau sendiri.
Kekalahan UMNO itu merupakan igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu ‘out moded’ yang berat sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksanan dengan telus dan adil.
Perarakan ke Stadium Merdeka itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
Dr Mahathir terlalu banyak agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan di ambilalih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik ‘intra-parti’ sejak dari dulu sampai lah sekarang.
Tetapi sekarang Mahathir berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan Mahathir kerana keadaan itu merupakan ‘spoiler’ kepada rancangan beliau untuk menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.
Beliau ini tidak ubah seperti seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang beliau naiki itu. Itu lah kerja beliau selama ini. Justru adalah penting bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam pilihanraya nanti.
 
 
 

Tuntut pendidikan percuma, Anwar ‘tabik’ keberanian mahasiswa

Tapi masaalahnya ada juga yang masih dok bayar...langsung tak perjuangkan...orang berjuang untuk mereka.Kiranya tak payah tuntut lah...biar lah...tak apa lah...asalkan jangan kacau perut dan bawah perut...

Tuntut pendidikan percuma, Anwar ‘tabik’ keberanian mahasiswa

 

KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.
Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.




“Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.
Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.

Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.
Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.





Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.
Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.

Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara.


Di negeri Umno paling kuat dalam dunia.. Melayu adalah paling miskin..

Di negeri Umno paling kuat dalam dunia.. Melayu adalah paling miskin..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 15 Jan 2013

Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir.

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini ~ The Malaysian Insider

Ishhhh.. macam mana boleh jadi macam tu pulak?..

Pemimpin UMNO kata mereka memperjuangkan nasib bangsa Malayu tapi apahal pulak dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia Melayu boleh jadi paling miskin dalam Malaysia.

Kalau di Penang pencacai UMNO kata Melayu terpinggir angkara DAP, di Johor ni UMNO yang berkuasa.. apahal pulak Melayu di Johor boleh terpinggir?

Kesimpulan dari laporan di atas adalah ianya perlu bagi UMNO untuk menjadikan Melayu-melayu yang tinggal di negeri UMNO paling kuat dalam dunia itu kekal miskin dan semakin miskin.

Ini penting buat pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa kerana kemiskinan akan menghalang Melayu-melayu yang miskin itu dari punya capaian terhadap internet bagi membolehkan mereka membaca berita selain dari yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan..

Jadi.. urusan memperbodohkan Melayu di situ menjadi mudah bagi mereka..

Jadi tak salah jika dikatakan "Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat"


Jangan lupa.. saksikan juga bagaimana seorang pemimpin NGO mesra UMNO memperbodohkan Mahasiswa di (SINI)