SATU UNDI UNTUK PR...ANDA AKAN MENGHUMBANKAN MAHATHIR KE DALAM PENJARA
ASPAN ALIAS
UMNO begitu gusar dengan apa yang
berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan
perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat
semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan
manifastasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan
pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun
merudum jika pilihanraya ke 13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau
bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.
Tetapi ada seorang bekas pemimpin
kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambilalih ini.
Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah
memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu
sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk
menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di
negara-negara Timur Tengah.
Komen Dr Mahathir itu tidak
melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu
lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah
menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini,
nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat
mudah di baca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir
membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.
Kata perpatah, rakyat ‘sudah
dapat menyelam air dalam tunggak’. Apa yang terselindung dalam hati dan benak
beliau itu di fahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya
belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran
beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi.
Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti
PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.
Tetapi itu semua bukannya
dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini,
tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak
pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk
menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang.
Partinya sendiri pernah cuba
untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan
diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.
Beliau tidak mahu akur dengan
kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau
telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakkan bukan
sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan
beliau sendiri.
Kekalahan UMNO itu merupakan igauan
beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan
himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua
Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium
bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem
pilihanraya kita yang terlalu ‘out moded’ yang berat sebelah itu. Kita hendak
merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksanan dengan
telus dan adil.
Perarakan ke Stadium Merdeka itu
adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke
stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana
tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa
perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
Dr Mahathir terlalu banyak
agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri
beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri.
Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan di
ambilalih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain
politik ‘intra-parti’ sejak dari dulu sampai lah sekarang.
Tetapi sekarang Mahathir
berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak
pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu
nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan
Mahathir kerana keadaan itu merupakan ‘spoiler’ kepada rancangan beliau untuk
menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.
Beliau ini tidak ubah seperti
seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori
yang
beliau naiki itu. Itu lah kerja beliau selama ini. Justru adalah penting
bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya
dalam pilihanraya nanti.