TAKKAN SEMUA MASAALAH SELESAI BILA ANWAR JADI PM 8?



Entah sudah kali yang ke berapa, kini timbul lagi desakan agar Tun Mahathir Mohamad berundur dan memberi laluan kepada pengganti yang sudah dipersetujui, Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Kali ini desakan dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berikutan timbulnya pelbagai isu kaum dan agama dalam negara yang dilihatnya gagal diselesaikan dengan sewajarnya.
Demi untuk mengelakkan PH terus bermasalah, malah mungkin berpecah, Hassan mencadangkan pengunduran Tun Mahathir adalah jalan terbaik bagi memastikan gabungan yang memimpin kerajaan itu mampu bergerak ke hadapan dengan lebih baik lagi.
Selepas ini, terutama jika timbul lagi isu-isu kaum dan agama, tidak mustahil desakan berundur itu akan terus kedengaran di mana-mana.
Sampai bilakah PH mahu terus berdepan dengan persoalan peralihan kuasa ini, sedangkan banyak permasalahan negara lebih utama untuk diselesaikan?
Apakah semua masalah dalam negara ini akan selesai setelah Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri?
Jika kita perhati dan teliti, masalah utama yang sedang dan tidak mustahil akan terus membelenggu PH ialah berkaitan peralihan jawatan Perdana Menteri.
Sementara penentuan peralihan jawatan itu sentiasa menjadi perbincangan umum kerana Tun Mahathir enggan menetapkan tarikhnya, ia diburukkan lagi dengan tindak-tanduk beliau yang seolah-olah ingin berkhidmat sebagai Perdana Menteri melebihi dua tahun lamanya.
Lagi menambah-buruk keadaan, muncul pula pengampu, pembodek, penjilat dan “hantu raya” yang mendesak mahukan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Sesungguhnya, jika Tun Mahathir sentiasa berpegang kepada janjinya hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, tidak berubah-ubah cakap dan tidak pula berbuat sesuatu yang memperlihatkan keinginan berkuasa lebih lama, PH tidaklah terjerumus kepada pergolakan yang tidak habis-habis seperti sekarang ini.
Kalau sudah berjanji dua tahun, sepatutnya itulah yang mesti dipatuhi serta ditepati dan tidak perlulah lagi ke sana ke sini mencari sokongan tambahan daripada pihak luar PH.
Bukankah PH sudah berjaya membentuk kerajaan melalui sokongan PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan juga Warisan?
Bermakna, selagi Tun Mahathir tidak sedia menetapkan tarikh peralihan jawatan dan masih berteka-teki mengenainya, selagi itulah PH ini tidak stabil.
Sebaliknya, jika ditetapkan tarikh, tidak akan timbul lagi sebarang persoalan berkaitan penyerahan jawatan yang sudah dijanjikan itu.
Lebih daripada itu, setelah Anwar menjadi Perdana Menteri nanti, tumpuan PH kepada agenda negara dan kestabilan gabungan itu juga pasti akan bertambah baik lagi berbanding sekarang.
Ini kerana, setelah Anwar diberikan apa yang sudah dijanjikan kepadanya dengan disaksikan kesediaan rakyat memberi kemenangan dalam PRU14 lalu, PH dengan sendirinya menjadi bertambah stabil lagi dengan semua parti, termasuk Warisan, hanya memikirkan soal rakyat dan negara semata-mata.
Tidak akan berbangkit lagi isu siapa akan jadi pengganti Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya sebagaimana sekarang ini.
Terutama jika Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, semua pihak dalam PH pasti akan memberi sokongan kepadanya.
Tidak timbul juga soal PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan Warisan akan berpecah atau tidak setuju dengan gandingan Anwar-Muhyiddin itu nanti.
Malah, pihak tertentu dalam PKR yang sekarang ini menyokong Azmin Ali dan berkiblatkan Tun Mahathir, pasti dengan sendirinya akan kembali bertaut memberi sokongan kepada kepimpinan baru negara.
Tiada Tun Mahathir di kedudukan Perdana Menteri, tiada jugalah mereka itu. Kumpulan itu diwujudkan secara sengaja oleh Tun Mahathir melalui perlantikan Azmin sebagai menteri, biar pun nama Timbalan Presiden PKR itu tidak pernah dicalonkan lantaran sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor dan selepas beliau tidak lagi berkuasa, segala-galanya akan lenyap secara automatik.
Begitu juga dengan Bersatu, semuanya akan berpadu dan kembali memberi sokongan penuh kerana Muhyiddin bukan ancaman serta tidak pernah ada sejarah mahu menolak Anwar.
Memang masalah akan tetap ada dalam PH setelah Anwar jadi Perdana Menteri nanti. Masalah adalah sebahagian ramuan kehidupan. Tiada siapa dapat mengelak daripadanya.
Tetapi, ia bukan lagi masalah yang sengaja dicipta untuk menjadikan air sentiasa keruh di mana bukan saja banyak ketidaktentuan akan terus berlaku di kala kekeruhan, malah kadangkala “racun untuk membunuh” pun secara sengaja diletakkan di sebalik keruhnya air yang disengajakan itu.
Kalau yang mahu “dibunuh” itu musuh yang nyata, bolehlah juga diterima, tetapi musykilnya sasarannya lebih kepada rakan sendiri yang sebelumnya begitu diperlukan untuk meraih kemenangan. (Shahbudindotcom 15/08/2019)

AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PARTI POLITIK PERKAUMAN

TUN M..SINGKIR SAJA ZAKIR NAIK...



Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini berkeras untuk mempertahankan Zakir Naik agar terus tinggal di negara ini.
Katanya, walaupun dalam keadaan diluah mati emak, ditelan mati bapa, tetapi pendakwah itu perlu dibenarkan tinggal di negara ini.
“Kita tidak akan menghantarnya balik ke India kerana beliau berisiko akan dibunuh jika kita berbuat demikian,” tambah Tun Mahathir.
Begitu pun, Tun Mahathir mengalu-alukan jika ada negara lain yang sedia menerima Zakir Naik.
Ketegasan Tun Mahathir dalam membela Zakir Naik itu segera mengundang pujian banyak pihak kerana ia dilihat keputusan yang amat tepat sekali.
Namun demikian, kenyataan terbaru Zakir Naik mengenai orang Cina telah melanggar sempadan yang sepatutnya atas kapasiti beliau yang hanya merupakan penduduk tetap atau bertaraf PR saja di negara ini.
“… Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita.
“Kamu tahu tak ada orang yang panggil saya seorang tetamu?
“Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar, minta tetamu lama pulang dahulu,” demikian antara kata-kata yang diungkapkan Zakir Naik.
Sebagai penduduk tetap, adalah salah Zakir memberi kenyataan demikian kerana ia dianggap mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia, tak kira mereka yang disasarkannya itu Melayu, Cina atau India.
Apa lagi dengan kenyataan berbaur keangkuhan yang menggambarkan seolah-olah dirinya lebih istimewa berbanding orang Cina yang jelas merupakan warganegara di negara ini.
Sedarkah Zakir Naik bahawa beliau hanya bertaraf PR sahaja, manakala orang Cina yang dimaksudkannya itu adalah warganegara Malaysia yang sah?
Selain mencampuri soal dalam negara, kenyataan Zakir Naik itu juga hanya mengundang perpecahan dan merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini jika beliau dibenarkan terus tinggal di negara ini, sedangkan kebenaran mengizinkannya tinggal di Malaysia lebih kerana faktor simpati serta kasihan semata-mata.
Dengan itu, adalah tidak berbaloi, malah sia-sia saja jika Tun Mahathir mahu terus mempertahan dan mengizinkan Zakir Naik tinggal di negara ini.
Risiko perpecahan dan rosaknya perpaduan berbilang kaum yang dicetuskannya adalah lebih besar berbanding melindunginya atas kerja dakwah yang dilakukannya.
Kepada Tun Mahathir, jika tidak mahu mengancam nyawa Zakir Naik dengan menghantarnya pulang ke India, usaha mesti dimulakan daripada sekarang untuk memindahkannya ke mana-mana negara yang lain.
Mengusir dan tidak membiarkannya merosakkan keharmonian negara ini bukan saja satu-satunya pilihan yang tinggal bagi Tun Mahathir, malah untuk mengelakkan Perdana Menteri terus terbeban melindunginya kerana pemimpin Bersatu sendiri sudah mula tidak senang dengan keberadaannya di negara ini. (Shahbudindotcom 14/08/2019)

KITA MUDAH LUPA KAN?





Pada suatu ketika dahulu (2016), PDRM pernah membatalkan program ceramah Zakir Naik atas alasan takut menimbulkan huru hara. 

MIC bertalu talu suruh dia dihalau. Daripada dulu, sampai sekarang. 

Tetapi masa tu tak kedengaran pula suara suara 'Islam Terancam'. 

Kenapa memilih milih bila berjuang untuk Islam? 

Kita mudah lupa kan? 

---------------------

Kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir tetap membenarkan untuk tinggal di Malaysia dan membela Zakir Naik daripada dizalimi oleh Kerajaan India.

Malah beliau bebas buat Tour ke sana ke mari. Macam mana pula kita kata Islam terancam?  

Dalam masa yang sama, Zakir Naik juga perlu ada hikmah, kena ubah cara dia nak berdakwah di Malaysia.  Waqi sudah berbeza.

Debat antara agama cara Zakir Naik tidak sesuai di Malaysia. Contoh, apabila beliau menyatakan bahawa kitab kitab hindu itu salah ini salah, orang Hindu di Malaysia tidak boleh balas nak kata Quran salah Hadis Salah. Mereka akan dituduh menghina Islam dan menyebabkan ketegangan agama pula.  

Zakir Naik juga perlu menjauhkan diri dari bercakap pasal politik nasional, pasal bangsa bangsa di Malaysia. Tiada gunanya kalau cara kita dakwah akan membawa kepada ketegangan kaum dan agama. 

Nikmat keamanan ialah nikmat terbesar Allah bagi pada kita. 

Sungguh banyak lagi cara berdakwah dalam masyarakat kita. Kita boleh terangkan keindahan Islam melalui ayat ayat Al-Quran. Kewujudan Allah s.w.t melalui ilmu kalam. 

Kepada kawan kawan lain, jangan biarkan orang politik terus menggunakan Zakir Naik sebagai alat politik. 

Kita perlu bela Zakir Naik dari kekejaman Kerajaan India. 

Zakir Naik juga perlu bantu jaga keamanan negara kita. 

Win-win.

KENYATAAN MEDIA PIMPINAN UTAMA PAKATAN HARAPAN




15 Ogos 2019

Lipatganda Usaha Untuk Pastikan Negara Kekal Makmur, Bersatu Padu, Dihormati Semua

Mutakhir ini pelbagai isu menjadi perbualan rakyat Malaysia. Dari cabaran ekonomi, kepada persoalan persepsi kaum atau agama, kepada pendidikan khat, kepada isu pembangunan amnya - rakyat Malaysia kini jelas lebih mudah menyuarakan pandangan melalui media sosial mahupun media arus perdana.

Tatkala kita bakal menyambut Hari Merdeka ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 tahun ini, seharusnya kita mengambil kesempatan yang ada untuk bermuhasabah akan kejayaan yang telah kita capai bersama serta cabaran-cabaran yang masih perlu ditempuhi demi membina sebuah negara yang bersih, adil dan berjaya.

Apa yang rakyat Malaysia nikmati pada hari ini sudah pasti akan dapat terus dinikmati bilamasa rakyat terus bersatu padu, mengukuh muafakat, serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menegak negara hukum.

Semua rakyat Malaysia, tidak kira pangkat mahupun latarbelakang, perlu sentiasa memupuk perpaduan dan meningkat persefahaman sesama kita.

Kita perlu ketepikan retorik yang merosakkan perpaduan. Kita perlu sanggah polemik yang berniat membinasakan negara. Kita perlu menolak politik yang hanya mementingkan kelompok kecil dan bukannya kemaslahatan umum.

Kita perlu terus yakin bahawa membina negara adalah usaha yang memerlukan iltizam yang kukuh, niat yang ikhlas, kepercayaan yang tinggi terhadap masyarakat itu sendiri, dan wawasan yang jelas untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat ke tahap yang lebih tinggi.
  
Malaysia, sebuah negara yang majmuk amat memerlukan keharmonian dan kerukunan hidup antara satu sama lain.

Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya, maka kepelbagaian ini semestinya dipertahan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Kami percaya rakyat Malaysia kesemuanya cintakan keamanan dan keharmonian untuk terus bersama menikmati hidup dalam suasana aman.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyahut seruan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melipatgandakan usaha untuk memastikan negara kita yang tercinta ini akan terus kekal sebagai sebuah negara yang makmur, dihormati dan disegani oleh semua.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden KEADILAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden PPBM

Sdr Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tn Hj Mohamad Sabu
Presiden AMANAH

Pembelajaran khat Jawi jika PIBG, ibu-bapa setuju

RAIS YATIM SOKONG ZAKIR NAIK DIHANTAR KE NEGARA ASAL.





Pemimpin veteran negara, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan keadaan negara ini harmoni, namun berubah selepas penceramah kontroversi Zakir Naik hadir menetap di negara ini.
“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum (beragama) Hindu pula dikacaunya dengan memperkecilkan mereka. 
“Zakir sedang berperanan bahaya batu api,” luah bekas menteri itu di laman Twitter, hari ini.
Zakir, yang dikehendaki oleh kerajaan India atas dakwaan ekstremisme dan pengubahan wang, dilihat sejak akhir-akhir ini mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menimbulkan kegusaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tambah Rais, hubungan Malaysia dan India juga “muram” sejak kehadiran penceramah itu ke negara ini. 
“Amat baik dia dipulangkan saja ke India. Kerana dia, hubungan Malaysia dan India juga muram. 
“Kita ada banyak kerja lain lagi,” ujarnya.
Bangkit isu kontroversi Zakir Naik ke Kabinet 
Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran telah membangkitkan tentang kenyataannya Zakir Naik yang menimbulkan kontroversi dalam mesyuarat Kabinet, hari ini. 
“Kami sudah menjelaskan pendirian kami iaitu tindakan harus diambil dan Zakir Naik tidak sepatutnya dibenarkan lagi untuk tinggal di Malaysia. 
“Perdana Menteri mengambil perhatian terhadap kebimbangan kami. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimbangkan pendirian itu dan untuk menentukan secepat mungkin apa yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan,” ujar mereka dalam kenyataan, hari ini. – Roketkini.com

Kerajaan Johor bela penduduk diroboh rumah

Kerajaan Johor bela penduduk diroboh rumah

Ternyata Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat di negeri itu terus terpelihara.
Terbahru, Exco kerajaan negeri, Dzulkefly Ahmad menyuarakan komitment pihak pentadbiran negeri untuk segera menyelesaikan isu enam kampung yang terlibat dengan isu perobohan kediaman.
Ia antaranya termasuk dengan menganjurkan satu perbincangan antara pemaju Nodedua Sdn Bhd dan penduduk baru-baru ini.
“Perbincangan yang pertama telah dijalankan pada 6 Ogos yang lalu dan kata putus yang awal adalah pemaju akan membayar pampasan
“Perbincangan masih berlangsung. Kita telah memastikan bahawa tidak akan ada perobohan di keenam kampung tersebut sehingga kata putus diterima oleh pihak kerajaan dan penduduk kampung,” tegasnya.
Tambah Dzulkefly, kerajaan negeri akan memastikan situasi ‘menang menang’ di antara kedua pihak.
Isu enam kampung tersebut sebelum ini mendapat perhatian, Seorang mangsa sehingga kini tidak mempunyai kediaman selepas rumahnya dirobohkan pada 24 Julai yang lalu.
Enam kampung yang terbabit adalah, Kampung Teluk Serdang, Kampung Teluk Serdang Baru, Kampung Sungai Perling, Kampung Sungai Perling Baru, Kampung Bakar Batu Perling dan Kampung Tuah Jaya yang kesemuanya berada di kawasan Johor Bahru.
Difahamkan, kerajaan negeri sedang berusaha menempatkan kembali 800 keluarga di enam buah kampung itu ke lokasi pembangunan rumah mampu biaya (RMB).
Sementara itu, seorang penduduk yang dipetik portal MalaysiaDateline menzahirkan rasa bersyukur kerana kerajaan negeri bertindak efektif untuk memperjuangkan nasib penduduk kampung.
“Saya rasa memuaskan kerana beliau (Dzulkefly) bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib penduduk kampung di sini,” kata penduduk Kampung Bakar Batu, Abdul Wahab Abdullah, 70 dipetik laporan itu. – RF8 Media

4,000 PENCEMAR, SUNGAI MALAYSIA HASILKAN ‘IKAN GAY’

WARGA NEGARA YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB...




Apabila seorang ahli perniagaan di dalam tulisannya menulis dengan melampau apabila mendakwa "Askar hanya makan tidur", saya adalah di antara yang cepat membantah dan menyanggahnya melalui tulisan saya sebelum ini.  Bagi saya, beliau tidak mengetahui dan begitu jahil tentang fungsi ATM.

Sekiranya hanya dengan satu ayat sedemikian telah menyinggung perasaan kita selaku warga tentera dan pesara tentera, bagaimana pula jika hak kita diambil?  Bagaimana jika wang simpanan LTAT kita disalahgunakan?  Bagaimana jika tanah milik tentera dijual dan digadai sesuka hati?  Bagaimana jika pesawat perang yang canggih dan mahal sepatutnya kita miliki tetapi tidak kita miliki?  Duit hilang, pesawat tiada?  Apa perasaan kita?  

Berderet bekas tentera membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan yang menulis secara melampau itu meskipun beliau telah menyedari kesalahannya dan telah memohon maaf.  Ada mana-mana pihak dari bekas tentera membuat laporan polis terhadap kehilangan hak-hak milik tentera yang saya sebutkan tadi?  Mengapa?  Adakah kerana pengkhianatan itu dibuat oleh pemimpin politik berbangsa Melayu maka kita biarkan saja?  Pernah raja kleptokrasi ini memohon maaf seperti ahli perniagaan tersebut? 

Itulah lemahnya kita menilai sesuatu isu dan kepentingan.  Kita lebih suka bermain dengan sentimen tanpa kita fikir yang mana satu lebih mudharat kepada kita.  Cukuplah sepanjang kita di dalam tentera otak kita sering dikawal, adakalanya dengan baik dan adakalanya tidak masuk akal.   Apabila telah bersara cubalah kita menggunakan otak kita dengan baik dan waras.  

WFAUZDIN NS

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...