HANG SILAP PEJA - NAK TENGOK SPRM BUAT KERJA MACAMANA. KITA PUN NAK TAHU DUIT KAPAL LAYAR BELI DENGAN DUIT SENDIRI ATAU APA.

 

Ancaman Rafizi pada ketua SPRM tunjuk PH sedia salah guna kuasa, kata Peja.





Ahmad Faizal Azumu (kiri) berkata, pihak berkuasa perlu mengambil
 tindakan terhadap Rafizi Ramli susulan ‘ancamannya’ terhadap Ketua
 Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

PETALING JAYA: Amaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pakatan Harapan (PH) akan “mencari” Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki jika ia menang pilihan raya umum ke-15 menunjukkan gabungan itu sedia menyalahgunakan kuasa, kata Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan presiden Bersatu itu berkata, kenyataan Rafizi itu menunjukkan kepimpinan PH menganggap mereka terkecuali daripada undang-undang dan tindakan penguatkuasaan.

“Ugutan Rafizi adalah pengakuan terbuka oleh beliau bahawa PH yang didominasi DAP mempunyai rancangan menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang hanya menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan.

Faizal, yang juga dikenali sebagai Peja berkata, penyalahgunaan kuasa sedemikian adalah kesalahan jenayah serius di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM, serta memberi kesan negatif kepada semua penjawat awam yang menjalankan tugas dengan jujur dan tanpa memilih kasih.

“Tidak pernah dalam sejarah negara, seorang pemimpin utama sebuah gabungan politik besar iaitu PH, membuat pengakuan terbuka akan menyalahgunakan kuasa untuk membalas dendam terhadap penjawat awam.”

Beliau menggesa kepimpinan tertinggi PH, termasuk calon perdana menterinya, Anwar Ibrahim menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Rafizi itu.

“Adakah PH dan Anwar sedia menarik balik ugutan terhadap ketua pesuruhjaya SPRM dan meminta maaf kepada semua penjawat awam?” soalnya.

Faizal turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ancaman Rafizi itu.

Rafizi dipetik media sebagai berkata, PH akan “mencari” ketua pesuruhjaya SPRM kerana melakukan “pendakwaan terpilih” dengan menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Dalam ceramah di Johor malam tadi, Rafizi mendakwa serbuan SPRM ke atas syarikatnya dilakukan atas arahan Barisan Nasional (BN) bagi menghalang beliau kembali ke Parlimen melalui pilihan raya umum.

“Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi.

“Lepas menang pilihan raya, kami cari Azam Baki, insya Allah,” kata Rafizi.

Perutusan Khas Pengerusi Pakatan Harapan sempena PRU15 | 17 Nov 2022

PAS PARTI PALING KLUK KLEK- PN- BERSATU DAN PAS DOK SERANG KENAPA KAMU TAK BUAT- WOIII- DA BANYAK RETA KOT


 

AWAS DNA KATAK NI-NANTI REGA MINYAK-TELOR-AYAM TAK TERKAWAL




 

NI SEKOLAH BUDAK BUDAK BUTA HURUF NI




 

SUDAH LAH REDUHUAN TEE- KAU NAK MENGATA KE 70 PROF CERDIK MELAYU BAGAI- KAU LEBIH MELAYU DARI MELAYU-DEPA KATA JAGA ANAK PUN TAK PANDAI.

 


IBRAHIM MAT ISA




Sudah la kau Redhuan Tee tak perlu nak buat kenyataan untuk raih populariti. Sedar diri tu sikit jaga anak pun tak reti sampai main jantan sama jantan, nak sibuk hal politik. Menyampah betul aku jenis manusia hipokrit macam ni.




ABANG NI KUTUK TAKIYUDDIN BENGGONG- SOH WALAUN SOKONG DAN AKAN SONDOI UMNO-HANGPA NI MOHONG ORANG JA-KENCIN


 

*SIDANG MEDIA TERGEMPAR PENDEDAHAN SKANDAL BALAK CALON BARISAN NASIONAL DUN LANCHANG DAN PARLIMEN TEMERLOH*

 *SIDANG MEDIA TERGEMPAR PENDEDAHAN SKANDAL BALAK CALON BARISAN NASIONAL DUN LANCHANG DAN PARLIMEN TEMERLOH*


*JEMPUTAN KEPADA PIHAK MEDIA*


Calon Barisan Nasional*, *RAZMI (SUB UMNO Temerloh)* bersama Yusof (Bendahari UMNO Temerloh) telah terlibat dalam *skandal balak* di *Lakum* di mana *syarikat RAZMI, Agro Bumi Plantation Sdn Bhd* telah diberikan tanah seluas *100 ekar* secara rundingan terus.


*Dato Sri Shakar* selaku Ketua Bahagian Umno Temerloh dan Exco Kerajaan Negeri turut berperanan dalam memberikan sokongan penuh terhadap projek Balak ini semasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.


Sebelum menjadi calon *Razmi* dah ambil tanah dan balak dengan kerjasama *Dato Sri Sharkar.*


*BANJIR BESAR di Lanchang pada 2021 adalah berpunca daripada aktiviti pembalakan* dan rakyat Temerloh menjadi *mangsa.* 


Segala bukti berkaitan akan diserahkan sewaktu sidang media ini berlangsung seperti berikut 


Masa : 5.30 petang

Tarikh : 17 November Khamis 

Tempat : RESTORAN SINGGAH SINI RAJA DOLLAH

017-964 6431

https://maps.app.goo.gl/zAXsG4p2VWEGWc1o9



AKIBAT PENDEDAHAN BELUM ADA SURAT SETUJU TERIMA KERANA KES SUDAH BOCOR


 

KITA TOLAK TAKIYUDDIN KERANA DIA ORANG LUAR-TAKI DAN TUAN IBRAHIM-APA GUNA KALAU NAK BERGABUNG-APA MEREKA BUAT KETIKA BERKUASA- KERAJAAN TETAP GAGAL.MANA BERSIH NYA KAMU

 


KASAR ATAU TIDAK- BAWA LAH JUGA BUKTI JIKA INGIN MEMBELA.

 

Rafizi ‘main kasar’, Ikmal Hisham hantar surat tuntutan berkait perolehan meriam.




Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz, mendakwa Rafizi Ramli membuat ‘fitnah’ kepadanya kerana ‘ketar lutut’ kerana takut gelombang diterima Perikatan Nasional (PN).

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz menghantar surat tuntutan (LoD) kepada Rafizi Ramli susulan tindakannya “bermain kasar” membuat fitnah kepadanya dan keluarga berhubung isu perolehan meriam artileri jenis ‘Self-Propelled Howitzer’ (SPH).

Sehubungan itu, beliau berkata, Rafizi dituntut membayar kos ganti rugi am dan teladan RM500,000, serta mahu timbalan presiden PKR itu memadam pernyataan fitnah; berhenti menyebar dan mengulangi kenyataan fitnah, selain membuat permohonan maaf terbuka.

“Sekiranya tuntutan-tuntutan ini gagal ditunaikan dalam tempoh tujuh hari, pihak saya akan meneruskan kes ini dengan tindakan sivil di mahkamah. Tindakan yang saya ambil ini adalah untuk memelihara nama baik dan sebagai tanggungjawab menjaga keselamatan keluarga.

“Berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar, takut kerana salah’ saya bersedia ke mahkamah untuk membersihkan nama saya daripada fitnah tidak bertanggungjawab dibuat oleh Rafizi,” katanya dalam kenyataan.

Ikmal Hisham berkata, Rafizi tidak sepatutnya melibatkan anak dan isteri sesiapa pun dalam politik kerana ingin meraih undi semata-mata.

Terdahulu, Rafizi berterusan membuat pendedahan mengenai penglibatan Ikmal Hisham dalam kontrak perolehan meriam artileri jenis SPH, bagaimanapun laporan polis telah dibuat berkenaan dakwaan itu, pada 7 Okt.

Ikmal Hisham ketika mengulas lanjut, berkata Rafizi bertindak sedemikian berikutan mulai takut gelombang sokongan diterima Perikatan Nasional (PN), pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau sebelum ini sudah berkali-kali menekankan bahawa semua perolehan aset di Kementerian Pertahanan perlu melalui proses kerja ketat.

“Ia juga mesti dipersetujui terlebih dahulu oleh ‘end-user’ iaitu pihak Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya.

DOA SEORANG ANAK SOLEH : Moga Allah rahmati ibu, tapi saya tak buat benda mungkar, kata Nik Omar

 

Moga Allah rahmati ibu, tapi saya tak buat benda mungkar, kata Nik Omar.


Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PH berkata ia mungkin perbezaan dari sudut pandangan dan bukan berkaitan akidah atau iman. (Gambar Bernama)

TELUK INTAN: Calon Pakatan Harapan (PH) Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak akan pernah putus mendoakan ibunya meskipun terdapat kenyataan bahawa Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merestui anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Merujuk kepada pendedahan yang dibuat ibunya yang dikongsikan di Facebook PAS pusat, Nik Omar berkata beliau tidak melakukan sebarang kemungkaran sebaliknya hanya berbeza pendapat.

“Sehingga saat ini saya yakini saya tidak buat perkara yang mungkar, saya mungkin berbeza dari sudut pandangan dan ini bukan berkaitan dengan akidah, iman.

“Saya sebagai seorang anak macam mana pun sentiasa berdoa supaya Allah ampun dosa saya, sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa merahmati ibu bapa saya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, perjuangannya menegakkan syiar Islam dalam kepimpinan negara tetap diteruskan meskipun bukanlah di bawah parti PAS, kerana beliau percaya parti yang bersamanya juga mempunyai misi yang iaitu mahu rakyat mendapat kepimpinan yang adil dan telus.

Terdahulu, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak mendedahkan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Jika PN bersih apa hasil siasatan terhadap pemimpin Bersatu, Dr Latif isu kapal LCS?



 

Cogankata PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 'Bersih dan Stabil' perlu dibukikan dengan tindakan dan tidak wajar hanya tinggal di atas poster para calon sahaja.



Hal itu ditimbulkan oleh Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Atyrah Hanim Razali (gambar, tengah) yang sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pada 29 Ogos lalu.



Katanya, laporan polis yang dibuat beliau mengaitkan pemimpin Bersatu, Dr Latif Ahmad sebagaimana didedahkan dalam Laporan Audit Forensik LCS sehingga sekarang masih tidak jelas perkembangan siasatannya.



"Sehingga hari ini tiada perkembangan mahupun tindakan yang diambil terhadap Abdul Latiff Ahmad sebagai individu yang dilaporkan mempunyai kepentingan dalam syarikat yang menerima kontrak sebagaimana dinyatakan dalam laporan audit forensik, sekali gus terlibat dalam skandal LCS.



"Lebih-lebih lagi, saya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya sepuluh laporan polis yang dibuat bagi menggesa siasatan dibuka terhadap skandal LCS dan individu-individu yang disebutkan melalui pelbagai sumber, termasuk dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Laporan Pengauditan Forensik dan siri pendedahan Rafizi Ramli.



"Soalnya, berapakah laporan polis yang diperlukan lagi bagi membolehkan siasatan yang menyeluruh dilakukan?" tanya Atyrah dalam satu kenyataan.



Tambah beliau, selepas 80 hari laporan polis dilakukan, ternyata kegagalan kerajaan campuran PN-BN mengambil tindakan tegas melakukan siasatan terhadap Menteri Perikatan Nasional dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan itu amat jelas menunjukkan sifat ‘bersih’ bagi koalisi PN adalah dua kali lima sahaja dengan Barisan Nasional.



"Sekiranya Perikatan Nasional benar-benar beriltizam membawa agenda antirasuah dan salah guna kuasa, iltizam ini perlulah ditunjukkan dan dipamerkan bersungguh-sungguh termasuklah dengan menggesa pemecatan Abdul Latiff Ahmad daripada kabinet sejak bulan Ogos lagi tetapi hal itu tidak berlaku," katanya



Selain itu, kata beliau kerajaan yang mengutamakan 'bersih' perlulah melindungi mana-mana pemberi maklumat atau whistleblowers yang membangkitkan salah laku, khususnya projek mega seperti LCS.



Katanya, pembocor maklumat seharusnya dilindungi. Beliau kesal di atas sikap pimpinan Perikatan Nasional yang membisu terhadap intimidasi demi intimidasi yang dikenakan terhadap dirinya, Rafizi Ramli dan rakan-rakan lain yang membangkitkan berkenaan.



"Ini menunjukkan sikap acuh tak acuh mereka dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa sehingga ke akarnya.



"Oleh itu, saya akan terus bersuara dari semasa ke semasa terkait isu skandal LCS yang merupakan peristiwa terburuk dalam sejarah 88 tahun sejak penubuhan TLDM," katanya lagi.



 


SERANG AMPANG DAN BIARKAN DIA TOGEL PENGKHIANAT- BYE BYE ZURAIDA


 

Lakukan 3 perkara, pastikan PH menang - Fahmi





 Di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil memberi pesanan ringkas kepada rakyat yang mahukan perubahan untuk memenangkan Pakatan Harapan (PH).


Katanya, rakyat perlu lakukan 3 perkara utuk memastikan PH menang pada 19 November ini.


"Pertama tanya kawan kawan kita, bila jumpa dan sebagainya. Kamu mengundi di sekolah mana? Bila mereka mula bertanya, bantu mereka kenal pasti sekolah. Buka (laman web) MySPR/semak.


"Kedua, saya pohon pengundi kali pertama, saya mahu anda cari kawan sekolah dan tanya. Kamu akan mengundi? Pastikan mereka tahu dan faham anak muda 18 tahun boleh keluar mengundi. Pastikan kawan kawan lain keluar mengudi.


"Ketiga, ini sangat penting. Saat paling kritikal ialah pada hari mengundi, waktu peti undi telah ditutup dan kiraan dimulakan. Pastikan peti undi dipertahan sehingga kertas undi yang terakhir (dikira).


"Jangan benarkan sebarang insiden tak diingini, tiba tiba lampu padam, kenderaan masuk dan sebagainya," katanya dalam ceramah Grand Finale Jelajah Harapan di Gombak, malam tadi.


Tegas Fahmi, sekiranya rakyat melakukan 3 perkara berkenaan maka kejayaan pasti dalam tangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10 pada 20 November ini.

CELARU


 

PA DIA NI


 

MENANG SIKIT TAPI MELAHAQ JAWATAN


 

PESANAN KEPADA PENGUNDI – SEGERA ALIHKAN UNDI KEPADA PH, JANGAN JADIKAN KOS RM1 BILION URUS PRU15 SUATU PEMBAZIRAN

 


Semakin dekat hari mengundi, pelbagai kajian dan petunjuk jelas memaparkan bahawa PH sedang berada di hadapan untuk memenangi PRU15 akan datang.

Kajian terbaru ialah daripada YouGov, sebuah gergasi penyelidikan pasaran yang berpangkalan di United Kingdom yang mendapati PH sedang mendahului dengan meraih sokongan sebanyak 35 peratus.

Pesaing terdekat PH ialah PN dengan sokongan sebanyak 20 peratus dan BN sebanyak 17 peratus.

Di waktu yang sama, ke mana saja Anwar Ibrahim pergi berkempen bersama jadual padatnya dengan tujuh atau lapan program setiap hari, sambutan yang diterimanya sentiasa saja hangat dan meriah, tak kira dalam cuaca cerah, mendung atau hujan.

Cuma, sama ada PH cukup kerusi untuk membentuk kerajaan secara sendirian atau memerlukan sokongan parti-parti lain masih lagi menjadi persoalan.

Dalam kebanyakan kajian, petunjuk dan ramalan tersebut, PH dirasakan boleh menang sekurang-kurangnya 85 hingga 90 kerusi Parlimen.

Namun demikian, berdasarkan keadaan yang positif itu, Rafizi Ramli menjangkakan kerusi yang boleh dimenangi PH bakal meningkat sehingga 100 atau lebih menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.

Walaupun dengan jumlah kerusi yang dijangkakan menang itu sudah cukup untuk PH diberi mandat memulakan rundingan bagi membentuk kerajaan, ia sebenarnya masih lagi merupakan keadaan yang tidak selesa.

Keadaan selesa yang sebenar hanyalah apabila PH mampu menang sejumlah 112 atau lebih kerusi Parlimen.

Dalam hal ini, oleh kerana masih ada dua hari berbaki lagi sebelum pengundian pada 19 November, adalah penting untuk para pengundi, terutamanya pengundi atas pagar memiliki jiwa besar dan kerasionalan pendirian yang juga besar berkenaan hala tuju undi mereka.

Adalah suatu pembaziran jika mereka memberikan undi kepada BN atau PN kerana kedua-dua parti itu tidak berpotensi untuk menang dan membentuk kerajaan.

Pilihan yang paling berpotensi dan tidak membazir hanyalah dengan memberi atau mengalihkan undi kepada PH supaya gabungan itu dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan memberi manfaat kepada rakyat.

Memberi undi kepada parti yang tidak berpotensi untuk menjadi kerajaan, bukan saja membazirkan undi kerana ia akhirnya hanya akan menyebabkan tiada kerajaan dapat terbentuk dan negara terus berada dalam ketidakstabilan.

Dalam keadaan itu, lebih buruk lagi ia juga menjadikan peruntukan kerajaan kepada SPR berjumlah lebih RM1 bilion untuk mengendalikan PRU15 ini turut jadi suatu pembaziran dan sia-sia.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab rakyat, terutama mereka yang tidak berparti atau pengundi atas pagar untuk bertindak bijak demi memastikan PRU15 ini benar-benar bermanfaat untuk masa depan mereka dan juga negara.

Sesuai dengan matlamat mengadakan PRU ialah untuk mewujudkan sebuah kerajaan, maka pilihan yang paling tepat ialah rakyat harus secara beramai-ramai mengalihkan undi mereka kepada PH, parti yang paling hampir dan berpotensi sekali untuk mencipta kemenangan.

Undi kepada parti lain adalah sia-sia dan membazir saja.

Tambahan lagi, dengan telah ditetapkan cuti selama dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu, gaji dan pencen pesara kakitangan awam diawalkan kepada 17 November, tol pula percuma, tiada sebab lagi untuk rakyat berdalih atau bersikap malas daripada mengundi.

Jangan juga jadikan ancaman covid19 yang kesnya menampakkkan trend menaik sejak kebelakangan ini serta kemungkinan berlaku banjir di sesetengah tempat sebagai halangan.

Keluarlah beramai-ramai dan pulanglah ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab agar kerajaan yang terpilih nanti adalah kerajaan yang stabil dan merupakan hasil undian daripada majoriti rakyat negara ini.

Jangan kerana satu undi yang kita tidak tunaikan, kita menyesal tak sudah untuk lima tahun mendatang.

Kalau boleh untuk PRU15 ini, biar peratusan keluar mengundi mencecah sehingga 85 atau 90 peratus supaya perubahan yang diharapkan itu benar-benar menjadi kenyataan. – ShahbudinHusin 17/11/2022.



INI MEMANG PERANGAI PAS..SEJAK DULU MASA DENGAN PR. SEKRANG BERSATU PULA AKAN KENA.

 


MB DREBAR BAS




 

SILA TONTON


 

TUAN BERAHIM ADA KES


 

KITA HUMBAN PENGKHIANAT


 

NI APA NI PUNYA LEBAI


 

USTAZ RIDZUAN- HANG KATA AKU GAGAI-AKU KAATA HANG GAGAI


 

SILA TONTON


 

ADA MARUAHKAH BERCAKAP MACAM TU




 

MCA KAWAN KITE - TENGOK TENGOK KOMENEH


 

DAP BAGI 30 JUTA LEBIH SETAHUN DI PENANG- KELANTAN DAPAT BERAPA DUIT


 

(function() { var d = document, w = window; w

SUDAH SUDAH LA HADI AWANG.....