Lakukan 3 perkara, pastikan PH menang - Fahmi





 Di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil memberi pesanan ringkas kepada rakyat yang mahukan perubahan untuk memenangkan Pakatan Harapan (PH).


Katanya, rakyat perlu lakukan 3 perkara utuk memastikan PH menang pada 19 November ini.


"Pertama tanya kawan kawan kita, bila jumpa dan sebagainya. Kamu mengundi di sekolah mana? Bila mereka mula bertanya, bantu mereka kenal pasti sekolah. Buka (laman web) MySPR/semak.


"Kedua, saya pohon pengundi kali pertama, saya mahu anda cari kawan sekolah dan tanya. Kamu akan mengundi? Pastikan mereka tahu dan faham anak muda 18 tahun boleh keluar mengundi. Pastikan kawan kawan lain keluar mengudi.


"Ketiga, ini sangat penting. Saat paling kritikal ialah pada hari mengundi, waktu peti undi telah ditutup dan kiraan dimulakan. Pastikan peti undi dipertahan sehingga kertas undi yang terakhir (dikira).


"Jangan benarkan sebarang insiden tak diingini, tiba tiba lampu padam, kenderaan masuk dan sebagainya," katanya dalam ceramah Grand Finale Jelajah Harapan di Gombak, malam tadi.


Tegas Fahmi, sekiranya rakyat melakukan 3 perkara berkenaan maka kejayaan pasti dalam tangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10 pada 20 November ini.

No comments: