KASAR ATAU TIDAK- BAWA LAH JUGA BUKTI JIKA INGIN MEMBELA.

 

Rafizi ‘main kasar’, Ikmal Hisham hantar surat tuntutan berkait perolehan meriam.




Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz, mendakwa Rafizi Ramli membuat ‘fitnah’ kepadanya kerana ‘ketar lutut’ kerana takut gelombang diterima Perikatan Nasional (PN).

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz menghantar surat tuntutan (LoD) kepada Rafizi Ramli susulan tindakannya “bermain kasar” membuat fitnah kepadanya dan keluarga berhubung isu perolehan meriam artileri jenis ‘Self-Propelled Howitzer’ (SPH).

Sehubungan itu, beliau berkata, Rafizi dituntut membayar kos ganti rugi am dan teladan RM500,000, serta mahu timbalan presiden PKR itu memadam pernyataan fitnah; berhenti menyebar dan mengulangi kenyataan fitnah, selain membuat permohonan maaf terbuka.

“Sekiranya tuntutan-tuntutan ini gagal ditunaikan dalam tempoh tujuh hari, pihak saya akan meneruskan kes ini dengan tindakan sivil di mahkamah. Tindakan yang saya ambil ini adalah untuk memelihara nama baik dan sebagai tanggungjawab menjaga keselamatan keluarga.

“Berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar, takut kerana salah’ saya bersedia ke mahkamah untuk membersihkan nama saya daripada fitnah tidak bertanggungjawab dibuat oleh Rafizi,” katanya dalam kenyataan.

Ikmal Hisham berkata, Rafizi tidak sepatutnya melibatkan anak dan isteri sesiapa pun dalam politik kerana ingin meraih undi semata-mata.

Terdahulu, Rafizi berterusan membuat pendedahan mengenai penglibatan Ikmal Hisham dalam kontrak perolehan meriam artileri jenis SPH, bagaimanapun laporan polis telah dibuat berkenaan dakwaan itu, pada 7 Okt.

Ikmal Hisham ketika mengulas lanjut, berkata Rafizi bertindak sedemikian berikutan mulai takut gelombang sokongan diterima Perikatan Nasional (PN), pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau sebelum ini sudah berkali-kali menekankan bahawa semua perolehan aset di Kementerian Pertahanan perlu melalui proses kerja ketat.

“Ia juga mesti dipersetujui terlebih dahulu oleh ‘end-user’ iaitu pihak Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya.