HANG SILAP PEJA - NAK TENGOK SPRM BUAT KERJA MACAMANA. KITA PUN NAK TAHU DUIT KAPAL LAYAR BELI DENGAN DUIT SENDIRI ATAU APA.

 

Ancaman Rafizi pada ketua SPRM tunjuk PH sedia salah guna kuasa, kata Peja.





Ahmad Faizal Azumu (kiri) berkata, pihak berkuasa perlu mengambil
 tindakan terhadap Rafizi Ramli susulan ‘ancamannya’ terhadap Ketua
 Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

PETALING JAYA: Amaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pakatan Harapan (PH) akan “mencari” Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki jika ia menang pilihan raya umum ke-15 menunjukkan gabungan itu sedia menyalahgunakan kuasa, kata Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan presiden Bersatu itu berkata, kenyataan Rafizi itu menunjukkan kepimpinan PH menganggap mereka terkecuali daripada undang-undang dan tindakan penguatkuasaan.

“Ugutan Rafizi adalah pengakuan terbuka oleh beliau bahawa PH yang didominasi DAP mempunyai rancangan menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang hanya menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan.

Faizal, yang juga dikenali sebagai Peja berkata, penyalahgunaan kuasa sedemikian adalah kesalahan jenayah serius di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM, serta memberi kesan negatif kepada semua penjawat awam yang menjalankan tugas dengan jujur dan tanpa memilih kasih.

“Tidak pernah dalam sejarah negara, seorang pemimpin utama sebuah gabungan politik besar iaitu PH, membuat pengakuan terbuka akan menyalahgunakan kuasa untuk membalas dendam terhadap penjawat awam.”

Beliau menggesa kepimpinan tertinggi PH, termasuk calon perdana menterinya, Anwar Ibrahim menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Rafizi itu.

“Adakah PH dan Anwar sedia menarik balik ugutan terhadap ketua pesuruhjaya SPRM dan meminta maaf kepada semua penjawat awam?” soalnya.

Faizal turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ancaman Rafizi itu.

Rafizi dipetik media sebagai berkata, PH akan “mencari” ketua pesuruhjaya SPRM kerana melakukan “pendakwaan terpilih” dengan menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Dalam ceramah di Johor malam tadi, Rafizi mendakwa serbuan SPRM ke atas syarikatnya dilakukan atas arahan Barisan Nasional (BN) bagi menghalang beliau kembali ke Parlimen melalui pilihan raya umum.

“Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi.

“Lepas menang pilihan raya, kami cari Azam Baki, insya Allah,” kata Rafizi.

No comments: