10,000-50,000 pengundi baharu di 190 kerusi Parlimen, SPR digesa lanjut tempoh kempen


Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor berkata, pelaksanaan inisiatif Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dan ke atas yang layak mengundi melebihi 5.8 juta orang.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melanjutkan tempoh berkempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana pengundi baharu dijangka meningkat 10,000 hingga 50,000 orang di 190 kerusi Parlimen.

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berkata, pelaksanaan inisiatif Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dan ke atas yang layak mengundi melebihi 5.8 juta.

Ini menjadikan jumlah pengundi yang layak membuang undi pada PRU15 mencecah 21.1 juta orang.

Justeru, ia mencadangkan tempoh berkempen dilanjutkan kepada 21 hari, berbanding kebiasaannya sehingga 15 hari. Tempoh kempen paling singkat ialah tujuh setengah hari ketika PRU 2004.

“Dengan lanjutan tempoh kempen pilihan raya, ia membolehkan SPR membuat persediaan mencukupi untuk menghadapi masalah lonjakan bilangan pengundi dan mengatur kakitangan yang munasabah di setiap kawasan mengundi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan polis juga boleh mengaturkan anggota secukupnya untuk memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar, selain pengundi di luar negara mempunyai lebih banyak masa untuk mengirim kertas undi mereka ke Malaysia.

Selain undi pos, KLSCAH menyarankan SPR mendirikan pusat pengundian khusus untuk pengundi dari luar daerah atau negeri, tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri untuk pulang ke kampung halaman.

“Mekanisme mengundi luar kawasan ini akan menyelesaikan masalah pilihan raya nasional dan negeri tidak serentak dan menjimatkan kos serta masa perjalanan untuk membenarkan pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka ketika di luar kawasan tanpa pulang ke negeri masing-masing.”

Ia turut menggesa SPR mempertimbangkan pelaksanaan sistem e-Undi yang dilengkapi sistem keselamatan tinggi untuk pengundi di luar negara memuat turun undi mereka secara digital dari laman web suruhanjaya itu bagi memudahkan prosedur permohonan dan menjimatkan kos mencetak undi pos.

Jangan boikot pilihan raya, sebaiknya keluar mengundi, kata Fahmi

 

Shahrul Shahabudin
 -

Jangan boikot untuk mengundi kerana mgundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin menerajui negara, kata Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan supaya tidak memboikot pilihan raya umum yang akan diadakan kerana mengundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga penyandang Parlimen Lembah Pantai membuat ciapan di Twitternya menggesa orang ramai supaya tidak memboikot pilihan raya berikutan terdapat beberapa ciapan dan hantaran di mesia sosial yang mengajak orang ramai memboikot pilihan raya.

“Boikot undi? Don’t (Jangan) Itu yang dimahukan mereka yang merosakkan sistem. Mereka mahu kita putus harap pada demokrasi, dan mahu kembali bermaharajalela.

“Undi kita, hak kita. Suara kita, kuasa kita!,” ciapnya.

Fahmi turut membuat satu hantaran video di Twitter menyeru orang ramai untuk keluar mengundi selain daripada menjelaskan mengenai Undi18 dan semakan tempat mengundi.

Sementara itu Fahmi ketka dihubungi FMT memberitahu, tindakannya itu dilakukan bagi memastikan pengundi tahu akan hak mereka.

“Ini lahir sebahagiannya daripada maklum balas yang saya dapat, orang yang dulu mengundi kali ini patah hati tak nak mengundi dan mereka yang langsung tak tahu mereka ada hak untuk mengundi,” katanya.

Fahmi turut mengingatkan pengundi untuk memanfaatkan hak mereka kerana setiap undi adalah bermakna bagi menjatuhkan kerajaan yang zalim mahupun menegakkan kerajaan yang zalim.

“Berikan satu signal yang jelas, libatkan diri dalam proses demokrasi dalam negara supaya Malaysia boleh menjadi lebih baik di masa depan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan Parlimen dibubarkan selepas diperkenan oleh Yang di-pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

WAHAI ORANG KAMPUNG..KAMU KENA TIPU

 Wahai orang2 kampung!



10/10/2022, mulai sekarang ini, kawasan anda sudah tiada lagi insan bergelar YB. Tiada lagi Ahli Parlimen mahupun ADUN. Juga tiada lagi Ahli Majlis Perbandaran atau Ahli Majlis Daerah. Pendek kata, semua lantikan orang2 politik terputus sama sekali. Tiada juga Pegawai Khas YB, Peg Khas MB, Peg Khas Menteri, Pembantu YB, Menteri, MB atau Exco. 


Menteri dan Exco juga tidak boleh masuk kampung gunakan kereta kerajaan atau kereta peribadi dengan logo Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Majlis. Mereka tak boleh meluluskan apa2. Tak perlu melayan mereka persis raja dengan makan di meja VIP. Sebenarnya mereka bukan VIP atau boss tapi kamu, orang2 kampung juga rakyat Malaysia. Kamu boss mereka walau mereka bergelar MP atau ADUN. Kamu yang melantik mereka, kamu boss, kenapa boss layan pekerja? Sekarang mereka hendak cari kerja dgn kamu. Kamu berhak interview mereka satu persatu. Kamu berhak suruh mereka jalan itik atau lompat katak atau ketuk ketampi jika mereka mahu kamu pilih mereka. Tapi malangnya kamu dah diajar sejak zaman berzaman bahawa calon pilihanraya adalah boss dan bila jadi YB, mereka jadi raja kecil. Maka kamu diperhambakan pula sedangkan kerana kamu lah mereka dapat kerja, jawatan, kuasa dan harta.


Wahai orang kampung!

Sedarlah bahawa mereka lebih perlukan kamu dari kamu perlukan mereka. Maka, gunakan peluang ini sebaik2 nya. Tapis tiap patah percakapan mereka. Perhati kelaku mereka. Baca gerak hati mereka dan gelakkan janji2 mereka. Ini kerana ramai dari mereka hanya perlukan kamu dalam tempuh 60 hari dari hari ini. Selepas 60 hari ini (tempuh SPR wajib bentuk kerajaan melalui pilihanraya), percayalah, kamu akan dilupakan mereka. Mereka hendak kamu layan mcm raja. Jamuan perlu dihidang dimeja, jauh sekali beratur di buffet. Nak jumpa mereka macam nak jumpa Presiden Russia. Panggilan kamu tak akan dijawab. Salaman kamu hanya bagai air yg lalu. Kedai kopi kamu busuk buat mereka.


Gunalah kuasa kamu sbg boss sebaiknya. Wahai warga bandar dan terpelajar, tolong sampaikan kepada orang2 kampung anda atau kampung sebelah. Negara kita hak kita.

RAKYAT MESTI BERI PELUANG ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM- INI ADALAH KERANA KEGAGALAN PM SEBELUM INI




 

KEGAGALAN KERAJAAN INI MENUNJUKKAN KELEMAHAN PERBELANJAAN : SUBSIDI RENDAH BAJET 2023, BAGAIMANA NAK HADAPI EKONOMI MELESET?


WALAU SUDAH DIBATALKAN TETAPI INI MENUNJUKKAN KELEMAHAN KERAJAAN MELAYU ISLE : BAJET 2023 HANYA TUMPU 5% SYARIKAT BESAR?


ZAHID PECAH PEKUNG MP YANG BAKAL KE DALAM...KES APA ?


 

Ini pekerjaan 10 ahli politik Malaysia sebelum masuk bidang politik, kerja Zahid paling tak sangka

 

Ini pekerjaan 10 ahli politik Malaysia sebelum masuk bidang politik, kerja Zahid paling tak sangka

Ini pekerjaan 10 ahli politik Malaysia sebelum masuk bidang politik, kerja Zahid paling tak sangka. Pernahkah anda terfikir apa yang dilakukan oleh Ahli politik sebelum mereka menceburi bidang politik Malaysia yang penuh dengan liku-liku ini? Berikut merupakan ahli politik Malaysia dan pekerjaan mereka.

1. Dato’ Sri Najib Razak

Selepas graduate daripada Universiti Nottingham di England dengan ijazah sarjana muda industri ekonomi(dikatakan tidak mendapat ijazah) , beliau telah pulang ke Malaysia pada tahun 1974. Beliau berkhidmat sementara di Bank Negara dan selepas itu beliau bekerja untuk Petronas sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.

Bagaimanapun, penglibatan beliau dalam dunia koporat tidak kekal lama. Selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak pada tahun 1976, beliau telah dipilih untuk menggantikan kekosongan kerusi parlimen yang di tinggalkan oleh ayahnya. Beliau menang pemilihan tersebut dan menjadi Ahli Parlimen pada usia yang muda iaitu 23 tahun, dan mempertahankan kerusi di Pekan sehingga sekarang.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad

Pada zaman kanak-kanak, Tun pernah menjual kopi, goreng pisang kerana sekolah ditutup semasa pendudukan tentera Jepun di Malaya masa perang dunia ke-2.

Beliau meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura, dimana beliau berjumpa dengan bakal isteri beliau Siti Hasmah Mohammad Ali. Beliau juga pernah berkhidmat dalam kerajaan sebagai doktor. Pada tahun 1957, beliau telah pulang ke Alor Setar untuk mula melabur dalam pelbagai bisnes.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim, pengasas Parti Keadilan Rakyat dan juga bekas Ketua Pembangkan ini telah aktif dalam politik semenjak bergelar pelajar lagi. Sebagai pelajar Universiti Malaya, Anwar merupakan President of the National Union of Malaysian Muslim Students (1968 – 1971). Pada tahun 1974, Anwar telah ditangkap semasa protes pelajar yang menentang kemiskinan luar bandar di Baling, Kedah. Beliau telah di penjarakan di bawah Internal Security Act (ISA) selama 20 bulan di Pusat Tahanan Kamunting.

Selepas di bebaskan, beliau telah dipilih untuk mewakilkan Asia Pacific untuk Perhimpunan Remaja Muslim Sedunia (1975 – 1982). Beliau secara rasminya memulakan kariernya dalam kerajaan semasa bersama UMNO pada tahun 1982 yang kemudiannya diketuai oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.

4. Ahmad Zahid Hamidi

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid merupakan banker untuk OCBC dan juga berkhidmat sebagai salah seorang pengarah Bank Simpanan Nasional (1995 to 1998) dan Permodalan Nasional Berhad.

Beliau juga pernah menjadi eksekutif pemasaran untuk Amanah Saham Nasional Berhad, pengarah eksekutif untuk Scandinavian Motors Sdn Bhd, CEO di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad, Pengerusi Ramatex Berhad dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (1999).

5. Dr. Wan Azizah

Dr. Wan Azizah berkhidmat sebagai doktor kerajaan selama 14 tahun selepas menamatkan pelajaran di Royal College of Surgeons di Ireland sebagai ophthalmologist. Apabila suami beliau Anwar Ibrahim di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, Dr. Wan Azizah memutuskan untuk fokus pada kerja-kerja sukarelawan. Beliau juga menjadi penaung kepada Pertubuhan Kanser Kebangsaan (MAKNA) pada ketika itu.

Beliau memulakan langkah pertama dalam menceburi bidang politik apabila suami beliau di tangkap pada tahun 1998. Beliau kemudiannya membantu untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999 dan kemudiannya menjadi presiden pertama parti.

6. Rafizi Ramli

Walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal di University of Leeds, kerja pertama beliau bersama firma akauntan yang berpengkalan di UK sambil mengambil kertas professional untuk layak bergelar akauntan diiktiraf di bawah ICAEW pada masa yang sama.

Pada tahun 2003, beliau telah pulang ke Malaysia untuk bekerja dengan Petronas sehingga 2009. Beliau kemudiannya menjadi Pengurus Besar Pharmaniaga pada bulan Ogos 2009, sebelum di lantik sebagai Chief Executive Selangor Economic Advisory Office, sehingga Julai 2012.

7. Lim Guan Eng

Lim Guan Eng merupakan graduan dari Monash University di Australia dengan ijazah sarjana ekonomi, dan pada tahun 1983, beliau telah menjadi akauntan professional yang berkelayakan. Sebelum memasuki bidang politik, beliau telah berjaya mendapatkan jawatan eksekutif senior.

Tetapi tidak lama sebelum beliau mengikut jejak langkah ayahnya Lim Kit Siang. Pada tahun 1986, Lim Guan Eng telah di pilih menjadi MP Kota Melaka selepas menewaskan Soh Chin Aun.

8. Tuan Guru Haji Hadi

Tuan Guru Haji Hadi merupakan graduan Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah dari tahun 1974-1976.

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu. Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad.

9. Azmin Ali

Menteri Kanan Malaysia ini pernah mengajar matematik semasa beliau sedang belajar di peringkat Master.

Sambil menyambung pengajian di tahap Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Minnesota, Azmin Ali sempat untuk mengajar subjek matematik moden dan metematik tambahan. Beliau juga pernah mengambil kursus di Universiti Oxford. Beliau mula bekerja untuk Anwar Ibrahim, seterusnya menjadi menteri di bawah pimpinan Mahathir dalam Barisan Nasional.

10. Azalina Othman Said

Azlina Othman memulakan karier beliau sebagai pembantu undang-undang di Messr Raja Darryl & Loh law firm. Dia kemudiannya menjadi rakan kongsi untuk Azalina Chan & Chia law firm (1994-2001).

Sebelum terlibat dalam bidang politik, beliau juga pernah menjadi hos rancangan televisyen seperti “Dateline Malaysia” dan “Lidah Pengarang” di ntv7 yang membicarakan tentang politik, ekonomi, dan juga isu sosial.

 



KEH...KEH...KEH...JANGAN KATA NAK BERHENTI...ADA YANG SUKA LAGI DI AJADI PM....PUNYA LA KESIAN

 

Lebih baik bersara, tak relevan jadi wakil rakyat, warganet kritik hasrat Dr M bertanding.






Kebanyakan warganet menyarankan supaya calon muda diletakkan di
 Langkawi berbanding Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Hasrat Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan Parlimen Langkawi dikritik hebat warga maya, yang meminta bekas perdana menteri itu hanya menjadi mentor kepada pemimpin pelapis, berbanding terus beraksi dalam gelanggang pilihan raya.

Berusia 97 tahun, pengguna Facebook Rizan Radzi berkata, sudah tiba masanya Mahathir memberi peluang kepada calon lebih muda untuk mewakili Parlimen Langkawi.

“Kalau aku orang Langkawi, malu ada wakil rakyat seusia ini, seolah-olah Langkawi tak ada tokoh yang boleh diketengahkan. Memalukan,” tambah Harun Mesra Indah.

Uda Salleh pula berpendapat, pengundi di Langkawi perlu memilih calon lebih muda yang mampu membawa perubahan dan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat kawasan itu.

“Tun M sudah tak relevan lagi dalam konteks pembangunan negara.”

Tidak kurang juga ada yang menasihati beliau agar berlapang dada untuk bersara kerana jasa dan pengorbanan Mahathir membangunkan Malaysia sebelum ini tetap diingati rakyat.

“Alangkah baiknya andai Tun M berlapang dada, menjadi pemimpin mentor di belakang kerajaan yang dipilih rakyat, saya yakin Tun akan lebih disanjung.

“Sedih rasanya melihat Tun diherdik di Dewan Rakyat, sedangkan Tun sangat banyak jasanya pada kami rakyat bawahan,” kongsi Zull Saiddin.

Bagaimanapun, seorang lagi netizen Adi Roza menyifatkan PRU15 sebagai garisan penamat Mahathir dalam arena politik tanah air.

“Nampaknya atuk (Mahathir) akan bersara sebagai Ahli Parlimen dengan kekalahan dalam pilihan raya.”

Terdahulu, Mahathir yang juga pengerusi Pejuang berkata, beliau akan mempertahankan Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)

Bekas perdana menteri itu memenangi kerusi Parlimen tersebut pada PRU14 pada 2018 di bawah Pakatan Harapan (PH)

Pada 8 Mac lalu, Mahathir berkata beliau kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada PRU15 berikutan faktor usia dan tahap kesihatannya yang belum pulih, selain memberi laluan kepada calon lebih muda.

Bagaimanapun, pada 30 Jun, Mahathir membuat pusingan U dengan menyatakan beliau sedia mempertahankan kerusi Langkawi sekiranya Pejuang tidak memiliki calon lain untuk bertanding di kawasan berkenaan.


CALON BARU LEVEL INTERNATIONAL- YB OSMAN TIKUS

 




benda sedap dilingkupkan dalam pilihan raya kelima belas:

1. zahid hamidi

2. muhyiddin yassin (bukan nama sebenar)

3. zahid hamidi dan muhyiddin yassin

Pyanhabib Rahman (bukan nama sebenar)



" DEBAT TERPALING" BAKAL PM SEDANG DIUSAHAKAN?



Parlimen telah dibubarkan oleh seorang PM yang 'tertekan' dan tidak mempunyai daya upaya serta kekuatan.  Maka, rakyat dipaksa untuk memilih dua perkara iaitu mengundi yang menjadi kewajipan buat mereka memilih kerajaan dan satu lagi menjaga nyawa dan harta benda juga sebagai satu kewajipan.  


Apakan daya, setelah langkah 'Syaitan'  yang diusahakan oleh Muhyidin dan Azmin semburit serta kuncu-kuncunya berjaya mencapai hasilnya kerana diberi laluan oleh mamak kutty, semenjak itu rakyat tidak pernah dapat menarik nafas lega.  Kerajaan tebuk atap yang di dalamnya ada parti Bersatu, Pas dan Umno serta beberapa parti kecil yang lain, ternyata gagal mempamerkan pemerintahan lebih baik dari kerajaan PH yang mereka rampas dari rakyat itu.  Ekonomi semakin merudum, nilai mata wang jatuh teruk dalam sejarah negara, kos sara hidup semakin tinggi, harga barang bertambah naik seperti juga naiknya indeks rasuah negara kita.  Dalil dan bukti kegagalan itu mudah saja iaitu negara terpaksa mempunyai dua PM dalam tempuh tidak sampai tiga tahun.  Dalam tempuh tersebut negara kita terus dipandang hina oleh negara-negara lain yang bertamaddun.  


Dalam PRU15 ini, kita hanya ada beberapa pilihan yang dipaksa atas kita untuk memilih kerajaan.  Satu pihak adalah pihak yang telah terlibat merampas mandat rakyat yang juga yang telah menjadi kerajaan gagal sebelum ini, iaitu Umno dan Bersatu.  Cuma, kali ini mereka tidak lagi satu kepala dan masing-masing mahu ketuai kerajaan.  Bersatu mahu angkat semula si sembab untuk jadi PM manakala Umno pastinya mahu membebaskan Zahid, Presiden mereka dari mengikuti jejak Najib di penjara Kajang, dengan mengangkat Zahid sebagai PM sekiranya mereka berjaya dalam PRU15 ini nanti.  Hanya dengan kuasa sahajalah Zahid boleh tidur lena.  Ertinya, janji Umno kononnya mahu letak Ismail Sabri sebagai  "Poster Boy" adalah muslihat semata-mata untuk memancing Ismail Sabri agar bubar parlimen.  


Pilihan lain yang ada pada rakyat hanya seorang lagi tokoh.  Tokoh itu adalah Anwar Ibrahim.  Tidak perlu saya nyatakan trek rekod Presiden Keadilan yang juga merangkap Pengerusi PH ini.  Cukup anda lihat rekod beliau sepanjang menjadi TPM dan Menteri Kewangan selama lebih kurang 8 tahun sewaktu beliau berada dalam Umno dahulu.  Bahkan beliau pernah menjadi Pemangku PM lebih kurang tiga bulan dan perkara pertama yang beliau lakukan adalah meminda akta rasuah di Parlimen tahun 1997.  Bukannya merompak atau memperkayakan keluarga dan kerabatnya.  


Siapa kita mahu pilih?  Siapa sebenarnya yang ada hala tuju atau dasar yang jelas jika dipilih menjadi PM nanti?  Muhyidin, Zahid atau Anwar Ibrahim.  Sehubungan itu, ada usaha untuk melihat satu perdebatan melibatkan ketiga-tiga tokoh ini.  Kita bukan sahaja mahu melihat siapa bakal PM yang mampu berdebat dengan baik, tetapi lebih penting lagi kita mahu tahu hala tuju dan dasar-dasar yang ingin mereka bawa demi kebaikan rakyat jika mereka dipilih menjadi PM.


Sehubungan itu, saya berharap debat yang sedang diusahakan itu akan dapat direalisasikan.  Saya yakin, jika Najib perompak wang rakyat itu pun berani berdebat dengan Anwar Ibrahim,  mustahil si sembab atau wak Zahid ponorogo takut untuk berdebat.  Biar rakyat menilai.


WFAUZDIN NS



EHEMM....OWHH..INI RUPA NYA YA....

 



Sebab sebenar kenapa terdesak mahu buat PRU segera! PRU sebelum hukuman jatuh, kalau depa menang, ada chance bebas. Banjir? Itu masalah rakyat. 

UNDI MONSOON TOLAK PENYAMOOON!

#undimonsoontolakpenyamoon #pru15, #undibanjir #banjir2022


Zunar cartoonist fan club.


JOM KITA SAMUN...


 

KUTBAH TERBARU DATO DR DANIEL


 

KISAH MALAYSIA YANG PENUH DENGAN KORUPSI

 KISAH BENAR YANG AMAT MERUNSINGKAN MALAYSIA...


 *Sungguh kronik permasalahan rasuah ini di Malaysia. Dari PM, menteri², Timb. menteri, KSU, Ketua Pengarah, Pengarah negeri, timb pegarah negeri, Pegawai Daerah , kakitangan teknikal jabatan² kerajaan , kakitangan pengutkuasaaan , kakitangan Jabatan Agama, Jabatan Baitul Mal, Jakim ramai yang terlibat rasuah .  Dah jadi barah teruk tahap lapan. Semua yg menjawat jawatan awam pusat dan negeri ramai yang terlibat rasuah , makan duit tepi , makan komisyen, makan bulan², makan komisyen dari kontraktor² yang diberi projek.  Malaysia ini dah jadi lubuk rasuah, dah tak terbendung manakan tidak menteri² terlibat rasuah ,  didakwa akhirnya semua lepas sebab hakimpun terlibat rasuah ,  Pesuruhjaya SPRM terlibat rasuah , kakitangan SPRM ramai yang didakwa terlibat rasuah.*


 *Sempadan negara, perairan negara, pintu masuk negara semua bocor, semua mudah dibolosi oleh sendiket² kerana mereka tahu di Malaysia ada sogokan, ada duit untuk penguasa² kerajaan bertugas semua boleh lepas.  Itu sebab apapun masalah termasuk pendatang asing ikut laut , ikut darat boleh lepas masuk . APMM pun dikhabarkan senang dibolosi dengan duit , Jabatan Laut dan Marin semua mudah dibolosi , habis itu kita nak cakap apa lagi. Memang kerajaan yang ada memang tiada ikhtizam nak benteras rasuah sebab mereka sendiri terlibat rasuah , menteri² kaya-raya, tak padan dengan gaji tak sampai setahun jadi menteri dah kaya luar biasa.* 


 *Apa yang dikatakan oleh Pengarah Nakortik Bukit Aman Dato Ayob Khan itu adalah realiti dalam Jabatan Polis sendiri. Bukit Aman itu lubuk duit bagi penjenayah, ketua² sendiket haram , dadah , judi, maksiat .   Mereka membayar pegawai² polis  satu paku , dua paku , tiga paku , tiga , empat bintang semua dibayar .  Cuba tengok Ketua Polis Negara,Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah mana yang tak kaya mana yang tak hidup mewah, rumah besar yang dinilai tak mampu dibeli jika menggunakan duit gaji mereka . Kereta² mereka walau tak semua , rata² mewah² dan berharga ratusan ribu .  Mana mereka dapat duit jadi kaya raya dan jadi senang sebagai penjawat awam.*


 *Ayob Khan mungkin ditamatkan perkhidmatan lebih awal kerana membuka pekung pegawai² besar Polis ramai yang rasuah . Ayob Khan adalah baki manusia berjawatan dalam Polis yang masih ada iman , ada pegangan agama, tahu takutkan Allah SWT , sedangkan yang lain dah lebih teruk dari mereka yang tak beriman ,  hidup makan duit hasil yang subhah , bagi anak bini makan hasil subhah , pergi melancung duit yang subhah , pergi haji duit subhah, serba serbi bagi mereka boleh sahaja.* 


 *Dato Ayob Khan berkata macamana dadah nak dihapuskan di Malaysia kerana dia memerangi dadah sendirian, pegawai²nya sendiri ramai yang terlibat dengan sendiket dadah, menjadi talibarut sendiket dadah, menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara.* *Pegawai² Nakortik sendiri yang melindungi sendiket dadah, serbuan gagal rahsia bocor awal kerana Pegawai Polis sendiri melindungi mereka* .


 *Bekas IGP Hamid Bador pun berkata yang sama seperti Dato Ayob Khan. Pegawai² besar berbintang² di Bukit Aman dibela , disuap oleh ketua² sendiket haram. Hinggakan Tan Sri Hamid Badur mencadangkan  supaya diteruskan IPCMC  yang bertujuan untuk menyiasat salahlaku Pegawai dan anggota Polis.*


 *Negara Malaysia telah masuk ranking negara kedua di dunia yang termasuk dalam indek paling kuat mengamalkan rasuah. Itu sebab PM, menteri² Malaysia tiada negara yang ingin berkawan dengan mereka ,  mereka dipandang hina macam kita pandang babi. Menteri² dan PM kita tidak dilayan, tidak dihormati oleh negara² luar kerana nama²  mereka ada dalam senarai orang² yang terlibat rasuah.*


 *Apakah kita patut buat ? ,  kita kena pastikan negara ini bertukar kerajaan yang tidak korup, kita perlu humbankan pemimpin² umno-BN sekarang kerana mereka lah yang membenarkan rasuah ini berleluasa, merekalah yang menguasai SPRM, Polis dan Tentera .  Kita kena pastikan anak²  kita, saudara mara kita menjauhi mengundi umno-BN kerana undi umno-BN itu bermakna memilih kecelakaan, memilih kehancuran dan memilih  kerosakan.*


 *Anak² muda yang melebihi umur 22 tahun keluarlah mengundi PRU15 nanti , ramai²lah bantu keluar mengundi menumbangkan kerajaan yang ada, tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang ,  ini kerana mereka tidak akan berbuat baik kepada negara dan rakyat. Mereka telah digelapkan hati mereka dengan hasil²  haram.*


 *Kita cuma ada satu pilihan ditangan kita sekarang. Jika kita tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang bermakna rakyat tumbangkan kemungkaran.*


*Rakyat boleh memilih kerajaan yang akan membenteras rasuah secara total , kita minta dijalankan hukuman mati kepada pesalah rasuah seperti di Indonesia , China dan Korea Utara. Selagi negara diperintah, muka² menteri yang ada ini , menjadi menteri semula kerajaan dan negara ini tak akan berubah, tak akan dapat bersaing dengan negara² lain dan tidak akan dihormati oleh dunia.* 


# Rakyat Malaysia. 

#Hapuskan Najis Rasuah Perosak Negara. 

#Ubah sebelum PARAH. Ubah demi MARUAH.

#Suara Rakyat Suara Keramat.

#kuburkanBNdi pru15


( C & P dari group penyokong YDH CP Dato Ayob Khan ).



PESANAN PENTING DARI DR NURUL ASHIKIN VIDEO TIK TOK BUAT RAKYAT MALAYSIA


 

KENYATAAN MEDIA



1. YAB DS Ismail Sabri terpaksa bubarkan parlimen untuk elakkan tindakan displin oleh UMNO seperti dilakukan kepada YB DS Tajudin.


2. Ia sekaligus mengambarkan kepimpinan Ismail yang lemah dan lebih mementingkan desakan DS Zahid Hamidi berbanding kepentingan rakyat. 


3. Zahid perlukan PRU diadakan bagi menyelamatkan beliau dari pendakwaan rasuah yang sedang berjalan sekiranya BN menang.


4. BN dijangka memohon pengampunan buat Najib jika memenangi PRU15. Ini akan memberi gambaran buruk buat Malaysia di mata dunia. Ianya akan menjejaskan ekonomi negara juga.


5. Rakyat Malaysia perlu bersatu hati menyelamatkan negara dari politik wang dan amalan rasuah jika mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan kaya serta memiliki kehidupan yang harmoni.


6. Pembubaran parlimen dikala kita menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan banjir besar adalah mengambarkan sikap BN yang mengutamakan kuasa berbanding keselamatan rakyat dan negara.


7. Bersama kita berusaha menyelamatkan negara dengan membawa harapan baru buat Malaysia.


Adly Zahari

Naib Presiden Parti Amanah Negara.

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.

ADUN Bukit Katil.



KAH..KAH..KAH