KENYATAAN MEDIA



1. YAB DS Ismail Sabri terpaksa bubarkan parlimen untuk elakkan tindakan displin oleh UMNO seperti dilakukan kepada YB DS Tajudin.


2. Ia sekaligus mengambarkan kepimpinan Ismail yang lemah dan lebih mementingkan desakan DS Zahid Hamidi berbanding kepentingan rakyat. 


3. Zahid perlukan PRU diadakan bagi menyelamatkan beliau dari pendakwaan rasuah yang sedang berjalan sekiranya BN menang.


4. BN dijangka memohon pengampunan buat Najib jika memenangi PRU15. Ini akan memberi gambaran buruk buat Malaysia di mata dunia. Ianya akan menjejaskan ekonomi negara juga.


5. Rakyat Malaysia perlu bersatu hati menyelamatkan negara dari politik wang dan amalan rasuah jika mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan kaya serta memiliki kehidupan yang harmoni.


6. Pembubaran parlimen dikala kita menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan banjir besar adalah mengambarkan sikap BN yang mengutamakan kuasa berbanding keselamatan rakyat dan negara.


7. Bersama kita berusaha menyelamatkan negara dengan membawa harapan baru buat Malaysia.


Adly Zahari

Naib Presiden Parti Amanah Negara.

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.

ADUN Bukit Katil.



No comments: