GOLONGAN MUDA AKAN BERMINAT TENTANG POLITIK BILA PILIHANRAYA DIUMUMKAN



MMMS

Bila parlimen bubar ini, ramai rakyat sebelum ini atas pagar dan yang tak minat dengan politik akan jadi minat dengan politik termasuklah anak muda. Masa ini mereka sendiri tahu harga dan nilai undi mereka. PH tak ada sumber kewangan yang besar macam 1MDB; jadi kita tak boleh lawan dengan mereka yang bagi sampul. Jadi nasihat saya kita tumpukan sahaja pada pengundi atas pagar dan cuba berhujah dengan fakta dan data, manusia ini secara fitrahnya sukakan kebenaran dan jika di terang secara baik mereka pasti boleh terima.

Posisikan kita macam penjual barangan, beritahu kelebihan kita dan kenapa mereka kena memilih kita. Kalau mereka tak mahu mendengar pun tak mengapa, mana tahu nanti mereka akan berubah fikiran selepas membandingkan apa pilihan yang kita ada.

Pilihanraya ini bukanlah untuk memilih parti yang paling

terbaik

, tapi juga untuk memilih kerajaan yang lebih kurang mudarat. PH secara asasnya ada banyak pemimpin muda yang berkaliber dan amanah bila ada jawatan walaupun di fitnah macam-macam. Yang kaki fitnah itu pula satu benda pun mereka tak mampu buat, hanya pada mengaut elaun menteri dan tercekik sagon.

Saya berfikiran positif yang BN boleh di tumbangkan jika jumlah pengundi lebih dar 80%, dan PRN Melaka dan Johor menampakkan yang undi BN sendiri pun tak meningkat, hanya bergantung pada undi tempatan. Yang penting kita ajak semua sahabat dan kenalan rapat kita untuk turun mengundi, kalau mereka merancang untuk boikot, kerajaan tetap akan di pilih.

Jadi biar kita berkorban sebulan dua ini dari tersiksa 5 tahun di bawah kerajaan yang tak competent dan kleptokrat. "..Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Suatu Kaum Kecuali Mereka Sendiri yang Mengubahnya.Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS. Ar-Ra'd: 11

No comments: