KEH...KEH...KEH...JANGAN KATA NAK BERHENTI...ADA YANG SUKA LAGI DI AJADI PM....PUNYA LA KESIAN

 

Lebih baik bersara, tak relevan jadi wakil rakyat, warganet kritik hasrat Dr M bertanding.






Kebanyakan warganet menyarankan supaya calon muda diletakkan di
 Langkawi berbanding Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Hasrat Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan Parlimen Langkawi dikritik hebat warga maya, yang meminta bekas perdana menteri itu hanya menjadi mentor kepada pemimpin pelapis, berbanding terus beraksi dalam gelanggang pilihan raya.

Berusia 97 tahun, pengguna Facebook Rizan Radzi berkata, sudah tiba masanya Mahathir memberi peluang kepada calon lebih muda untuk mewakili Parlimen Langkawi.

“Kalau aku orang Langkawi, malu ada wakil rakyat seusia ini, seolah-olah Langkawi tak ada tokoh yang boleh diketengahkan. Memalukan,” tambah Harun Mesra Indah.

Uda Salleh pula berpendapat, pengundi di Langkawi perlu memilih calon lebih muda yang mampu membawa perubahan dan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat kawasan itu.

“Tun M sudah tak relevan lagi dalam konteks pembangunan negara.”

Tidak kurang juga ada yang menasihati beliau agar berlapang dada untuk bersara kerana jasa dan pengorbanan Mahathir membangunkan Malaysia sebelum ini tetap diingati rakyat.

“Alangkah baiknya andai Tun M berlapang dada, menjadi pemimpin mentor di belakang kerajaan yang dipilih rakyat, saya yakin Tun akan lebih disanjung.

“Sedih rasanya melihat Tun diherdik di Dewan Rakyat, sedangkan Tun sangat banyak jasanya pada kami rakyat bawahan,” kongsi Zull Saiddin.

Bagaimanapun, seorang lagi netizen Adi Roza menyifatkan PRU15 sebagai garisan penamat Mahathir dalam arena politik tanah air.

“Nampaknya atuk (Mahathir) akan bersara sebagai Ahli Parlimen dengan kekalahan dalam pilihan raya.”

Terdahulu, Mahathir yang juga pengerusi Pejuang berkata, beliau akan mempertahankan Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)

Bekas perdana menteri itu memenangi kerusi Parlimen tersebut pada PRU14 pada 2018 di bawah Pakatan Harapan (PH)

Pada 8 Mac lalu, Mahathir berkata beliau kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada PRU15 berikutan faktor usia dan tahap kesihatannya yang belum pulih, selain memberi laluan kepada calon lebih muda.

Bagaimanapun, pada 30 Jun, Mahathir membuat pusingan U dengan menyatakan beliau sedia mempertahankan kerusi Langkawi sekiranya Pejuang tidak memiliki calon lain untuk bertanding di kawasan berkenaan.


No comments: