PRU-15: UMNO syor undi November, keputusan kes Zahid Disember

 





Keputusan perbicaraan kes Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dijangka dibuat pada Disember, manakala parti itu mencadangkan tarikh pengundian PRU-15 adalah pada awal Disember..


UMNO mencadangkan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada awal November, kononnya bagi mengelak musim banjir.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bagaimanapun, berkata UMNO akan menyerahkan kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan bila pengundian perlu dijalankan.

“UMNO percaya PRU-15 boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum tibanya musim banjir atau musim tengkujuh,” kata Ahmad selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi (10 Oktober 2022).

UMNO juga memuji Yang di-Pertuan Agong kerana memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen dan mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata pihaknya percaya bahawa PRU baharu adalah cara terbaik untuk menamatkan ketidakstabilan politik negara yang berpunca daripada kerajaan gabungan tidak rasmi.

“Malah, mengisytiharkan UMNO dan BN sebagai musuh utama hanya menunjukkan kurang kepercayaan dan rasa hormat terhadap UMNO yang menerajui kerajaan,” kata Ahmad.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Selepas pengumuman itu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengatakan Agong “kecewa” dengan perkembangan politik semasa negara, tetapi tidak mempunyai pilihan selain bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.

Sebelum ini, UMNO, khususnya Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi tekanan hebat kepada Naib Presidennya Ismail Sabri untuk mengadakan segera PRU.

Untuk rekod, Zahid yang kini berdepan pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengetahui nasibnya sama ada di dapati bersalah atau tidak yang dijangka dibuat pada awal Disember depan.

Malam tadi, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berasakan setelah UMNO dan BN menang dan menguasai kerajaan pada PRU-15 ini, maka mudah bagi mereka untuk menyelamatkan individu parti itu yang menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Kalau diadakan pilihan raya, waktu kita berhadapan dengan masalah dan juga banjir, peratusan keluar mengundi pasti terjejas… mungkin tak sampai 60 peratus pada kiraan mereka. Kalau begitu mungkin UMNO dan Barisan Nasional mudah menang.

“Dan kalau menang, maka dia menguasai kerajaan… Perdana Menteri daripada dia (UMNO)… mungkin dia sebab dia ada kuasa, dia boleh main apa sahaja peranan untuk menentukan mereka-mereka yang sekarang ini sudah berada dalam Kluster Mahkamah, terselamat,” katanya.

 

No comments: