Ini pekerjaan 10 ahli politik Malaysia sebelum masuk bidang
politik, kerja Zahid paling tak sangka.
Pernahkah anda terfikir apa yang dilakukan oleh Ahli politik sebelum mereka
menceburi bidang politik Malaysia yang penuh dengan liku-liku ini? Berikut
merupakan ahli politik Malaysia dan pekerjaan mereka.
1.
Dato’ Sri Najib Razak
Selepas graduate daripada Universiti Nottingham di England dengan ijazah
sarjana muda industri ekonomi(dikatakan tidak mendapat ijazah) , beliau telah
pulang ke Malaysia pada tahun 1974. Beliau berkhidmat sementara di Bank Negara
dan selepas itu beliau bekerja untuk Petronas sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.
Bagaimanapun,
penglibatan beliau dalam dunia koporat tidak kekal lama. Selepas kematian
ayahnya Tun Abdul Razak pada tahun 1976, beliau telah dipilih untuk
menggantikan kekosongan kerusi parlimen yang di tinggalkan oleh ayahnya. Beliau
menang pemilihan tersebut dan menjadi Ahli Parlimen pada usia yang muda iaitu
23 tahun, dan mempertahankan kerusi di Pekan sehingga sekarang.
2. Tun
Dr Mahathir Mohamad
Pada
zaman kanak-kanak, Tun pernah menjual kopi, goreng pisang kerana sekolah
ditutup semasa pendudukan tentera Jepun di Malaya masa perang dunia ke-2.
Beliau
meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII
di Singapura, dimana beliau berjumpa dengan bakal isteri beliau Siti Hasmah
Mohammad Ali. Beliau juga pernah berkhidmat dalam kerajaan sebagai doktor. Pada
tahun 1957, beliau telah pulang ke Alor Setar untuk mula melabur dalam pelbagai
bisnes.
3.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim, pengasas Parti Keadilan Rakyat dan juga bekas
Ketua Pembangkan ini telah aktif dalam politik semenjak bergelar pelajar lagi.
Sebagai pelajar Universiti Malaya, Anwar merupakan President of the National
Union of Malaysian Muslim Students (1968 – 1971). Pada tahun 1974, Anwar telah
ditangkap semasa protes pelajar yang menentang kemiskinan luar bandar di
Baling, Kedah. Beliau telah di penjarakan di bawah Internal Security Act (ISA)
selama 20 bulan di Pusat Tahanan Kamunting.
Selepas di bebaskan, beliau telah dipilih untuk mewakilkan Asia
Pacific untuk Perhimpunan Remaja Muslim Sedunia (1975 – 1982). Beliau secara
rasminya memulakan kariernya dalam kerajaan semasa bersama UMNO pada tahun 1982
yang kemudiannya diketuai oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri
pada tahun 1981.
4.
Ahmad Zahid Hamidi
Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid merupakan banker
untuk OCBC dan juga berkhidmat sebagai salah seorang pengarah Bank Simpanan
Nasional (1995 to 1998) dan Permodalan Nasional Berhad.
Beliau juga pernah menjadi eksekutif pemasaran untuk Amanah
Saham Nasional Berhad, pengarah eksekutif untuk Scandinavian Motors Sdn Bhd,
CEO di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi
Seng Hup Berhad, Pengerusi Ramatex Berhad dan Pengerusi Syarikat Perumahan
Negara Berhad (1999).
5. Dr. Wan Azizah
Dr. Wan Azizah berkhidmat sebagai doktor kerajaan selama 14
tahun selepas menamatkan pelajaran di Royal College of Surgeons di Ireland
sebagai ophthalmologist. Apabila suami beliau Anwar Ibrahim di lantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri pada 1993, Dr. Wan Azizah memutuskan untuk fokus pada
kerja-kerja sukarelawan. Beliau juga menjadi penaung kepada Pertubuhan Kanser
Kebangsaan (MAKNA) pada ketika itu.
Beliau memulakan langkah pertama dalam menceburi bidang politik
apabila suami beliau di tangkap pada tahun 1998. Beliau kemudiannya membantu
untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999 dan kemudiannya menjadi
presiden pertama parti.
6.
Rafizi Ramli
Walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal di
University of Leeds, kerja pertama beliau bersama firma akauntan yang
berpengkalan di UK sambil mengambil kertas professional untuk layak bergelar
akauntan diiktiraf di bawah ICAEW pada masa yang sama.
Pada tahun 2003, beliau telah pulang ke Malaysia untuk bekerja
dengan Petronas sehingga 2009. Beliau kemudiannya menjadi Pengurus Besar
Pharmaniaga pada bulan Ogos 2009, sebelum di lantik sebagai Chief Executive
Selangor Economic Advisory Office, sehingga Julai 2012.
7. Lim
Guan Eng
Lim Guan Eng merupakan graduan dari Monash University di
Australia dengan ijazah sarjana ekonomi, dan pada tahun 1983, beliau telah
menjadi akauntan professional yang berkelayakan. Sebelum memasuki bidang
politik, beliau telah berjaya mendapatkan jawatan eksekutif senior.
Tetapi tidak lama sebelum beliau mengikut jejak langkah ayahnya
Lim Kit Siang. Pada tahun 1986, Lim Guan Eng telah di pilih menjadi MP Kota
Melaka selepas menewaskan Soh Chin Aun.
8. Tuan
Guru Haji Hadi
Tuan Guru Haji Hadi merupakan graduan Universiti Islam Madinah
untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah sebelum melanjutkan pelajaran
peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan
Siyasah Syar’iyyah dari tahun 1974-1976.
Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu
dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu. Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri
Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS
bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad.
9. Azmin Ali
Menteri Kanan Malaysia ini pernah mengajar matematik semasa
beliau sedang belajar di peringkat Master.
Sambil menyambung pengajian di tahap Ijazah Sarjana Pendidikan
di Universiti Minnesota, Azmin Ali sempat untuk mengajar subjek matematik moden
dan metematik tambahan. Beliau juga pernah mengambil kursus di Universiti
Oxford. Beliau mula bekerja untuk Anwar Ibrahim, seterusnya menjadi menteri di
bawah pimpinan Mahathir dalam Barisan Nasional.
10.
Azalina Othman Said
Azlina Othman memulakan karier beliau sebagai pembantu
undang-undang di Messr Raja Darryl & Loh law firm. Dia kemudiannya menjadi
rakan kongsi untuk Azalina Chan & Chia law firm (1994-2001).
Sebelum terlibat dalam bidang politik, beliau juga pernah
menjadi hos rancangan televisyen seperti “Dateline Malaysia” dan “Lidah
Pengarang” di ntv7 yang membicarakan tentang politik, ekonomi, dan juga isu sosial.