" DEBAT TERPALING" BAKAL PM SEDANG DIUSAHAKAN?



Parlimen telah dibubarkan oleh seorang PM yang 'tertekan' dan tidak mempunyai daya upaya serta kekuatan.  Maka, rakyat dipaksa untuk memilih dua perkara iaitu mengundi yang menjadi kewajipan buat mereka memilih kerajaan dan satu lagi menjaga nyawa dan harta benda juga sebagai satu kewajipan.  


Apakan daya, setelah langkah 'Syaitan'  yang diusahakan oleh Muhyidin dan Azmin semburit serta kuncu-kuncunya berjaya mencapai hasilnya kerana diberi laluan oleh mamak kutty, semenjak itu rakyat tidak pernah dapat menarik nafas lega.  Kerajaan tebuk atap yang di dalamnya ada parti Bersatu, Pas dan Umno serta beberapa parti kecil yang lain, ternyata gagal mempamerkan pemerintahan lebih baik dari kerajaan PH yang mereka rampas dari rakyat itu.  Ekonomi semakin merudum, nilai mata wang jatuh teruk dalam sejarah negara, kos sara hidup semakin tinggi, harga barang bertambah naik seperti juga naiknya indeks rasuah negara kita.  Dalil dan bukti kegagalan itu mudah saja iaitu negara terpaksa mempunyai dua PM dalam tempuh tidak sampai tiga tahun.  Dalam tempuh tersebut negara kita terus dipandang hina oleh negara-negara lain yang bertamaddun.  


Dalam PRU15 ini, kita hanya ada beberapa pilihan yang dipaksa atas kita untuk memilih kerajaan.  Satu pihak adalah pihak yang telah terlibat merampas mandat rakyat yang juga yang telah menjadi kerajaan gagal sebelum ini, iaitu Umno dan Bersatu.  Cuma, kali ini mereka tidak lagi satu kepala dan masing-masing mahu ketuai kerajaan.  Bersatu mahu angkat semula si sembab untuk jadi PM manakala Umno pastinya mahu membebaskan Zahid, Presiden mereka dari mengikuti jejak Najib di penjara Kajang, dengan mengangkat Zahid sebagai PM sekiranya mereka berjaya dalam PRU15 ini nanti.  Hanya dengan kuasa sahajalah Zahid boleh tidur lena.  Ertinya, janji Umno kononnya mahu letak Ismail Sabri sebagai  "Poster Boy" adalah muslihat semata-mata untuk memancing Ismail Sabri agar bubar parlimen.  


Pilihan lain yang ada pada rakyat hanya seorang lagi tokoh.  Tokoh itu adalah Anwar Ibrahim.  Tidak perlu saya nyatakan trek rekod Presiden Keadilan yang juga merangkap Pengerusi PH ini.  Cukup anda lihat rekod beliau sepanjang menjadi TPM dan Menteri Kewangan selama lebih kurang 8 tahun sewaktu beliau berada dalam Umno dahulu.  Bahkan beliau pernah menjadi Pemangku PM lebih kurang tiga bulan dan perkara pertama yang beliau lakukan adalah meminda akta rasuah di Parlimen tahun 1997.  Bukannya merompak atau memperkayakan keluarga dan kerabatnya.  


Siapa kita mahu pilih?  Siapa sebenarnya yang ada hala tuju atau dasar yang jelas jika dipilih menjadi PM nanti?  Muhyidin, Zahid atau Anwar Ibrahim.  Sehubungan itu, ada usaha untuk melihat satu perdebatan melibatkan ketiga-tiga tokoh ini.  Kita bukan sahaja mahu melihat siapa bakal PM yang mampu berdebat dengan baik, tetapi lebih penting lagi kita mahu tahu hala tuju dan dasar-dasar yang ingin mereka bawa demi kebaikan rakyat jika mereka dipilih menjadi PM.


Sehubungan itu, saya berharap debat yang sedang diusahakan itu akan dapat direalisasikan.  Saya yakin, jika Najib perompak wang rakyat itu pun berani berdebat dengan Anwar Ibrahim,  mustahil si sembab atau wak Zahid ponorogo takut untuk berdebat.  Biar rakyat menilai.


WFAUZDIN NS



No comments: