MGID

KETIKA RAKYAT HIDUP BERSUSAH PAYAH MENYARA KELUARGA..ANAK BERANAK PEMIMPIN NEGARA BERPOYA-POYA


Rosmah ‘Wanita Pertama’ beli mutiara RM487,000 di Australia?

KUALA LUMPUR 1 Nov: Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22406

Kerajaan Persekutuan Yang Membenarkan Atlit Israel Masuk, Bukan Selangor

SHAH ALAM, 1 Nov : Dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa Kerajaan Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia sebagai suatu yang palsu dan berunsur fitnah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong menyatakan Menteri Belia dan Sukan itu tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain(kerajaan Selangor).

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,"katanya.

Semalam di parlimen Shabery mendakwa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bertanggungjawab dalam kemasukkan warganegara Israel itu untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, "The Challenger Muay Thai."

Mengulas lanjut, Elizabeth yang juga merupakan Adun Bukit Lanjan menegaskan bahawa Selangor tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut sama ada dari sudut pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen tersebut.

"Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut," katanya

Elizabeth menerusi kenyataan medianya hari ini dengan jelas menegaskan Pakatan Rakyat berpendirian teguh dengan semangat setiakwan dengan rakyat Palestin sekaligus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

Ini merupakan kali kedua pada tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas.

"Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin,"katanya.

Sebagai makluman, penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti "The Contender," "The Biggest Loser Asia" dan "The Apartment."

(function() { var d = document, w = window; w

PENYOKONG UMNO, PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG MUHYIDDIN

  Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN). Pembentukan Kerajaan Perikatan ...