🔵🔴
Banyak khabar angin yang bertiup kencang kononnya Johor dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Jom kita semak fakta sebenar, bukan auta!
𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟭: Johor sumbang RM40 bilion kepada Persekutuan?
❌ SALAH! Faktanya, sumbangan sebenar adalah RM14 bilion.
𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟮: Johor cuma dapat RM2 bilion?
❌ SALAH! Di bawah pentadbiran PM Anwar Ibrahim, Johor menerima RM14.6 bilion—peningkatan sebanyak 43% berbanding zaman PM terdahulu (RM10.2 bilion).
𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟯: RM14.6 bilion itu sikit?
❌ SALAH! Johor adalah penerima peruntukan TERTINGGI di Semenanjung Malaysia, mengatasi Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.
𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟰: Kerajaan Pusat selalu lengahkan projek Johor?
❌ SALAH! Projek RTS Link disambung semula dengan lancar, manakala Landasan Kempas–Pasir Gudang yang sepatutnya siap dalam 24 bulan, berjaya disiapkan dalam masa 6 bulan sahaja!
𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟱: Tiada projek baharu di bawah Madani?
❌ SALAH! Antara projek baharu mega termasuklah Elevated Autonomous Rapid Transit (RM10 bilion), Hospital Sultanah Aminah 2 (RM3.5 bilion), Hospital USM di Sedili (RM1 bilion), serta pembinaan sekolah dan klinik kesihatan baharu.
Johor terus maju dan sejahtera bersama Kerajaan Perpaduan. Lebih telus, lebih adil, lebih untuk Bangsa Johor! 🤝✨
#JohorMaju #KerajaanPerpaduan #FaktaJohor #BangsaJohor #DemiJohor
