Kalau malam tadi kita seperti berpihak pada Datuk Onn Hafiz, tapi untuk isu ini saya terpaksa condong sedikit. Harapnya tak ada yang kata saya adalah anti-Onn Hafiz.
Kami cuba mengulas sesuatu isu tanpa bias. Penulisan kami bukan pertahankan mana-mana individu atau parti, tapi kami huraikan dengan fakta yang benar.
"Pertama kali dalam sejarah hidup saya di Johor, Menteri Besar tak dibenarkan masuk ke kawasan FELDA."
Jujur kata, masa mula-mula baca ini sehingga program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor terpaksa dibatalkan, saya juga rasa marah.
Kalau betul seorang Menteri Besar tak dibenarkan masuk ke kawasan FELDA di negeri sendiri semata-mata untuk bertemu peneroka dan menyerahkan hak milik, ini memang sesuatu yang sukar diterima.
"Aik! Kata tadi macam nak condong. Ini macam sokong je?"
Sabar. Awal lagi. Itu kalau hanya baca tajuk dan terus percaya tanpa buat sebarang semakan.
"Agensi ni bawah Jabatan Perdana Menteri. Sah PMX punya kerja!"
Ya betul bawah JPM tapi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dipertanggungjawabkan untuk sentiasa bantu dan menyelaras hal ehwal masyarakat peneroka serta melaksanakan program pembangunan sosioekonomi FELDA.
"Menteri mana yang terajui Kementerian ini?"
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
"Siapa Pengerusi FELDA?"
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Semua pemimpin ni dari parti apa?"
UMNO!
"Datuk Onn Hafiz daripada parti mana?"
Juga daripada UMNO!
Jadi, kalau semuanya daripada UMNO, siapa sebenarnya dalang disebalik semua ini?
Pagi tadi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ada jelaskan yang tak ada pun sebarang arahan daripada pihak atasan untuk halang Menteri Besar masuk mana-mana kawasan FELDA.
Surat rasmi FELDA Wilayah Segamat pula nyatakan program tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, berserta permohonan maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Tak ada pun sebarang ayat yang kata Menteri Besar Johor dilarang memasuki kawasan FELDA atau tak dibenarkan hadir ke program tersebut.
Kiranya semua pihak dah menafikan, maka dari mana datangnya naratif yang Menteri Besar telah dihalang untuk masuk kawasan FELDA?
Pada pandangan saya, mungkin ada berlaku salah faham komunikasi antara agensi yang kemudiannya berkembang menjadi isu politik.
Saya taklah sampai nak kata Datuk Onn Hafiz berbohong.
Saya juga tak nak kata FELDA betul seratus peratus. Saya cuma rasa ini hanyalah sedikit drama politik menjelang PRN. Cuma tak berapa eloklah jadikan peneroka FELDA watak samping dalam drama ini.
Mungkin juga Datuk Onn Hafiz memang tak pernah dimaklumkan apa-apa.
Apa-apa pun, bagi saya ini hanya kes kecil yang saja dihangatkan memandangkan tak lama lagi Johor dah nak raya.
Sekian laporan daripada saya, JKOM tak bergaji serta wartawan tak bertauliah nombor dua (selepas guru saya merangkap pempengaruh media sosial), melaporkan dari Melaka.
No comments:
Post a Comment