Guru Didakwa Amang Seksual Fizikal Bekas Pelajar

 


Muhammad Izzudin Mohmad Asari, 31, menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap bekas pelajarnya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 24 Jun 2026. Foto

KUALA TERENGGANU, 24 Jun – Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap bekas pelajar lelakinya pada awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Izzudin Mohmad Asari, 31, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Muhammad Izzudin melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sebulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini pada pukul 8 pagi, 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama.

Muhammad Izzudin boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 15 Jun lalu melaporkan seorang guru lelaki diberkas bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati tertuduh merupakan guru mangsa sewaktu di sekolah rendah.

No comments: