Ahmad Mursi
𝗗𝗜𝗛𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔, 𝗢𝗡𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜
1. Dah dua kali Onn Hafiz buat drama berkait FELDA untuk kempen PRN Johor ni.
2. Semalam, semasa majlis serahan geran, Onn Hafiz dakwa dia dihalang masuk ke FELDA untuk serah geran.
3. Bahasa yang dia guna cukup berat: "ditekan", "disekat", "dizalimi", "lagi dia buat kita, lagi kita bangkit", "Pertama kali dalam sejarah hidup saya Menteri Besar Johor tak dibenarkan masuk FELDA."
4. Tiba-tiba YB Zahid hari ini sahkan dia tidak pernah mengeluarkan arahan menghalang Onn Hafiz masuk ke kawasan FELDA.
5. Menteri yang menjaga FELDA ialah Zahid Hamidi. Pengerusi FELDA pula Shabery Cheek. Kedua-duanya daripada UMNO.
6. Jadi kalau benar dakwaan ada pihak yang menghalang Onn Hafiz memasuki kawasan FELDA, siapakah pihak itu sebenarnya? Cakaplah terang-terang.
7. Seolah-olah Onn Hafiz serang pemimpin dia sendiri. Apa agenda Onn sebenarnya?
8. Januari 2026 lalu, Zahid sendiri mengumumkan beliau diberi tanggungjawab memantau dan mengelola FELDA serta FGV, dibantu oleh Timbalan Menteri Ahmad Maslan.
9. Kalau ikhlas nak beri geran kepada peneroka, geran tetap boleh diserahkan tanpa perlu jadikan majlis itu pentas drama politik. Yang penting peneroka dapat hak mereka.
10. Sebelum ini pun penyokong Onn Hafiz menuduh ada pihak membatalkan Sambutan Hari Peneroka FELDA peringkat negeri Johor.
11. Pengarah Wilayah FELDA mengeluarkan surat yang menyatakan program itu ditangguhkan, bukannya dibatalkan.
12. "Tangguh" dan "batal" bukan perkara yang sama. Tetapi akhirnya penyokong Onn salahkan PMX.
13. Program itu pun sambutan peringkat negeri, diberi peruntukan oleh kerajaan negeri, antara lain ada program serahan geran yang juga dalam kuasa negeri. Kalau batal sekalipun, itu hal negeri lah.
14. Peneroka FELDA perlukan geran. Mereka tak perlukan drama "ONNlywood" bajet murah untuk PRN Johor ni.
No comments:
Post a Comment