Mindef sedang menilai pilihan untuk memenuhi keperluan pesawat tempur ringan LCA TUDM.

 






Mindef sedang menilai pilihan untuk memenuhi keperluan pesawat tempur ringan LCA TUDM.

Termasuk sama ada mahu meneruskan fasa kedua program perolehan tersebut atau memilih platform alternatif.
Memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin : Status Fasa Kedua Perolehan LCA - Belum ada keputusan muktamad - Kerajaan masih belum menetapkan sama ada fasa kedua program perolehan LCA ini akan dilaksanakan atau tidak.
Pertimbangan platform alternatif - Pihak kementerian turut melihat pilihan pesawat lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan operasi semasa, serta rancangan jangka sederhana dan jangka panjang TUDM.
Mindef akan memastikan sebarang perolehan dilakukan secara telus, berhemat, memberikan nilai terbaik kepada kerajaan, serta memenuhi tahap kesiapsiagaan TUDM.
Pada tahun 2023, kerajaan telah memilih pesawat pejuang ringan FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI) dari Korea Selatan, dengan 18 buah pesawat kini sedang ditempah di bawah fasa pertama perolehan.
Pesawat-pesawat pertama dijangka akan datang pada tahun ini ✅
Rujukan Media & Kementerian Pertahanan,
Oleh Salman Al Farisy

No comments: