CUKUP-CUKUPLAH UMNOBN MAIN BERDRAMA, RAKYAT JOHOR BUKAN BODOH UNTUK MEMBACA PERCATURAN KUASA KAMU!


 Tarmizi Mohd Jam


Menjelang PRN Johor kali ini, kita disajikan lagi dengan "wayang sarkas" rekaan pemimpin-pemimpin UMNO. Kononnya ada penentangan, kononnya ada hero yang memperjuangkan nasib peneroka, tetapi realitinya? Semuanya lakonan semata-mata untuk mengaburkan mata pengundi!
01. Sandiwara FELDA : "Kiri Kanan UMNO, Onn Hafiz Buat Drama Apa?"
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, tiba-tiba dilihat galak bermain drama kononnya mempertahankan isu-isu tempatan dan peneroka FELDA. Persoalannya, dia sedang berlakon marahkan siapa?
Mari kita tengok fakta mudah (layman) yang cuba disembunyikan :
— Pengerusi FELDA? Ahmad Shabery Cheek — orang UMNO.
— Menteri yang urus FELDA? Ahmad Zahid Hamidi — Presiden UMNO.
Kalau Pengerusi FELDA orang UMNO, dan Menteri yang pegang portfolio FELDA itu bos besar UMNO, habis itu Onn Hafiz buat drama merajuk dan bising-bising ini untuk apa? Takkan menteri dan pengerusi parti sendiri pun tak boleh bawa bincang tepi?
Ini jelas taktik lapuk ("good cop, bad cop") untuk menipu orang FELDA kononnya kepimpinan negeri sangat tegas, padahal semuanya datang dari bakul puak yang sama! Berhentilah buat drama, Onn Hafiz. Rakyat dah muak!
02. Terbukti : Rumah Sendiri Pun Dah Retak Menanti Belah!
Jangan tengok jauh, lihat sahaja berita yang tular sekarang. Tajuknya jelas dan nyata : "Ada yang tidak kena dengan senarai calon PRN Johor – Puad Zarkashi".
Siapa Puad Zarkashi? Dia pun orang kuat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Speaker DUN Johor sendiri!
— Apabila orang dalam mereka sendiri sudah mula melompat dan bising ada benda "tak kena" dengan senarai calon, itu maknanya apa?
— Ini bukti sahih bahawa UMNO/BN sedang mengalami PERANG SAUDARA yang kronik di belakang tabir.


— Mereka bukan sibuk nak fikir kebajikan rakyat Johor, tapi masing-masing tengah semberono berebut kerusi, berebut kuasa, dan cantas-mencantas sesama sendiri demi survival politik peribadi.
KHULASAH : Tolak Politik Wayang, Selamatkan Johor!
Bagaimana kita nak serahkan masa depan Johor kepada sebuah parti yang di dalamnya sendiri kucar-kacir? Di atas pentas FELDA mereka berlakon jadi hero rakyat, tapi di belakang tabir, seperti yang didedahkan, mereka sebenarnya sedang bergolak sesama sendiri pasal agihan kuasa.
Jangan biarkan undi kita menjadi mangsa kepada 'drama swasta' UMNO. Sudah tiba masanya pengundi Johor bangkit, hantar isyarat keras, dan tolak keangkuhan UMNO/BN dalam PRN kali ini!
HFM | Pengasas QLP
Kuala Lumpur, Malaysia




No comments: