SUKACITA DIMAKLUMKAN..SYABAS KEPADA RAFIZI RAMLI 👏👏👏


SUKACITA DIMAKLUMKAN..SYABAS KEPADA RAFIZI RAMLI

Rafizi Ramli mendahului Timbalan Presiden, Pemilihan KEADILAN 2022


Persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2022 akan ditentukan pemenangnya malam ini.



Setakat keputusan yang keluar sehingga pukul 6.00 petang tadi, calon nombor 1 Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.



Rafizi sehingga kini mengumul 52,978 undi manakala Saifuddin sebanyak 40,256 undi dalam keputusan tidak rasmi yang disenaraikan di laman web Pemilihan KEADILAN 2022.



Rafizi didapati mendahului di 7 negeri dan Saifuddin 1 negeri. Di Pahang Rafizi mendapat 1,863 undi, Saifuddin 425 undi.



Di Johor Rafizi 3,967 undi manakala Saifuddin 1,117 undi. Sabah Saifuddin mendahului dengan 8,585 undi, Rafizi 6,814 undi.



Kedah Rafizi mendahului 4,847 undi berbanding Saifuddin 2,724 undi. Kelantan Rafizi mendapat 1,720 berbanding Saifuddin 1,075 undi



Selangor yang mana Rafizi kurang popular namun beliau mendapat 25,449 undi dan Saifuddin 22,101 undi



Negeri sembilan Rafizi mendahului dengan 5,556 undi berbanding Saifuddin 2,905 undi. Di Melaka Rafizi mengungguli dengan 2,762 undi berbanding Saifuddin 1,324 undi.



Dalam perkiraan 147,334 ahli KEADILAN yang membuang undi dalam pemilihan kali ini, mana mana calon yang melepasi angka 73,000 undi boleh dikira sebagai pemenang.

 


PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

 

Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Zainol Abidin Mohamed,
 berkata Saifuddin Nasution Ismail merupakan aset penting parti.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim digesa tidak meminggirkan Saifuddin Nasution Ismail susulan keputusan awal Rafizi Ramli menguasai tujuh negeri dalam perebutan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu.

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Zainol Abidin Mohamed, berkata Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR merupakan aset penting parti.

“Keputusan terkini timbalan presiden menunjukkan akar umbi nak Rafizi kembali ke gelanggang utama dan kita hormat suara ahli pilih Rafizi.

“Pada masa sama kita harap presiden tak pinggirkan Saifuddin sebagai antara tonggak dan aset utama parti, jangan dipinggirkan dia,” katanya kepada FMT.

Menurut laporan terbaharu keputusan Pemilihan PKR 2022, bekas ahli Parlimen Pandan itu menang di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding pesaingnya, Saifuddin.

Mengulas lanjut, Zainol berkata akar umbi PKR telah mengubah landskap politik parti itu dengan memilih Rafizi dan memberikan undi terbanyak kepada calon naib presiden Amirudin Shari.

Malah, katanya jika dilihat daripada trend pengundian, akar umbi turut menolak Saifuddin di Kelantan, meskipun beliau bekas ahli Parlimen Machang dan bekas pengerusi Yayasan Tok Kenali.

“Suara anak muda main peranan kali ini, akar umbi pilih orang muda untuk meremajakan PKR.

“Mood akar umbi mahu Rafizi kembali pada pucuk pimpinan, kukuhkan parti, bantu presiden, cuba menang semula kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya.


Dahului Saifuddin lebih 10,000 undi, Rafizi hampiri jawatan no 2 PKR

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendahului di tujuh negeri
 dengan satu negeri sahaja dimenangi pesaingnya, Saifuddin Nasution
 Ismail iaitu di Sabah.

PETALING JAYA: Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli kini mendahului di tujuh negeri selepas meraih 51,378 undi, mengatasi pesaingnya Saifuddin Nasution Ismail dengan kelebihan 10,839 undi.

Menurut data terkini proses pengiraan undi, Rafizi dilihat menguasai Selangor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Sehingga kini, Saifuddin hanya mendahului saingannya itu di Sabah sahaja.

Saifuddin ketika ini meraih 40,539 daripada lapan negeri berkenaan.

Pemilihan di Selangor dan Sabah cukup penting mengambil kira dua negeri terbabit mempunyai jumlah keahlian tertinggi.

Rafizi di Selangor mengumpul 25,449 undi, manakala Saifuddin 22,101 undi, manakala di Sabah bekas ahli Parlimen Pandan itu mendapat 7,167 undi, dengan Saifuddin mengumpul 7,957 undi iaitu kelebihan 790 undi.

Di Kedah, Rafizi mendapat 4,761 undi manakala Saifuddin 2,724 undi.

Di Kelantan, Rafizi meraih 3,222 undi dengan Saifuddin 2,132 undi.

Di Melaka, Rafizi terus melebarkan jumlah undi selepas mendapat 2,427 undi, di Negeri Sembilan 5,522 undi.

Di Johor, beliau memperoleh 3,967 undi manakala di Pahang 1,863 undi.

Mengambil kira situasi semasa pengiraan undi yang masih berjalan, Rafizi dilihat mempunyai potensi memenangi kedudukan nombor dua parti itu, bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Jawatan tertinggi presiden, dimenangi Anwar Ibrahim tanpa bertanding.


LAWAK HARI INI


 

KISAH DURIAN BLACK THORN

 


BLACK THORN OR D200



STEVEN SIM

Black thorn story

Mesti ramai tak tau di Pulau Pinang, kita ada pokok berusia lebih 150 tahun (belakang saya), “Bapa Segala Bapa Black Thorn” dan tempat kelahiran black thorn di Sungai Baong, Jawi.

En. Leow Cheok Keong kata "dulu tak pandai belajar kat sekolah, bab pergi sekolah ini memang bukan bidang saya Description: 😅, ramai kawan saya juga ejek dan ketawakan saya setiap kali dapat result ujian sekolah Description: 😒. Tapi saya tak kisah dan tetap ikut ayah ke ladang durian sampai lewat malam".

Banyak kawan-kawan saya lepas sekolah dapat kerja opis yang glam dan selesa, tetapi saya masih kerja dan belajar tanaman durian di ladang ayah saya".

Dalam masa 50 tahun usaha belajar menanam durian di ladang ayahnya telahpun membawa hasil, pada tahun 2012, atas galakan seorang pegawai pertanian dia membawa hasil tanaman durian kampungnya bertanding.

Tanpa disedari, variasi tersebut mendapat tempat pertama tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2014 ia telah didaftar dan mendapat gelaran The King of Durian. Kini variasi tersebut dikenali sebagai black thorn/duri hitam

Kini, permintaan tinggi bukan saja di Malaysia(Rm95 sekilo) tapi di luar negara juga yang dijual dengan harga Rm400-rm500 sekilo di pasaran Hong Kong dan China Description: 😨

Kejayaan Black Thorn merupakan hasil komitmen petani rajin dan dedikasi seperti En. Leow yang menjadi kebanggaan Pulau PinangDescription: 🔥Description: 🔥. Ingat ini black thorn bukan black pink Description: 🤣

 

Adam Adli dahului saingan ketua Pemuda PKR

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Adam Ahli yang baharu menyertai PKR tidak sampai setahun lalu bertanding jawatan ketua pemuda parti itu dan sedang mendahului saingan.

PETALING JAYA: Aktivis mahasiswa Adam Adli mendahului bagi jawatan ketua Pemuda PKR selepas memperoleh 7,545 undi di empat negeri.

Menurut laporan Berita Harian, saingan Adam bagi jawatan itu, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol, mendapat 7,001 undi.

Pada 16 Sept 2021, Adam Adli antara 20 aktivis anak muda yang mengumumkan menyertai parti itu.

FMT pada 30 Mac lalu, melaporkan beliau bergandingan dengan peguam Kamil Munim yang akan bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PKR.

Pada 16 Sept 2021, Adam Adli antara 20 aktivis anak muda yang mengumumkan menyertai parti itu.

FMT pada 30 Mac lalu, melaporkan beliau bergandingan dengan peguam Kamil Munim yang akan bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PKR.


WALAU KECUNDANG MEREKA PUNYA PENGARUH DI AMPANG DAN HARAP DAPAT BEKERJASAMA..HAN BERSAMA BUDAK AMPANGNYA JUGA KUAT BEKERJA DI AMPANG

 



Hans Isaac, Altimet gagal rebut jawatan ketua PKR bahagian Ampang






facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Hans Isaac (kiri) dan Altimet yang bersaing untuk jawatan ketua PKR bahagian Ampang masing-masing hanya mendapat 609 undi serta 589 undi.

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Hans Isaac serta penyanyi rap, Altimet kecundang dalam perebutan jawatan ketua PKR bahagian Ampang.

Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac, 51, meraih 609 undi, manakala Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, hanya mendapat 589 undi.

Menurut laporan Berita Harian, dua selebriti itu kalah kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi.

Sementara itu, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memenangi jawatan ketua bahagian Pandan dengan 548 undi, menewaskan pencabarnya, Mohamad Rashidi Hasan yang meraih 373 undi.

Di bahagian Gombak pula, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang meraih 1,858 undi berjaya menundukkan pencabarnya yang juga bekas pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sekadar memperoleh 1,215 undi.


Saifuddin kalah di Selangor bagi perebutan timbalan presiden

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pertembungan Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi
 Ramli bagi jawatan timbalan presiden penting di
 Selangor memandangkan negeri itu mempunyai
 jumlah keahlian tertinggi parti.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, tewas di Selangor bagi saingan jawatan timbalan presiden PKR, kepada saingannya, Rafizi Ramli.

Berdasarkan keputusan semasa, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, tewas di sebahagian besar bahagian di negeri itu dengan memperoleh 22,101 undi, menurut laporan Berita Harian.

Rafizi berjaya meraih 25,449 undi selepas menguasai 13 dari 22 bahagian PKR di Selangor.

Selangor merupakan negeri terpenting susulan mempunyai ahli PKR tinggi dan penting dalam perebutan saingan orang nombor dua parti.


UPDATES TERKINI KEPUTUSAN PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PKR : SILA REFRESH BLOG. BEBERAPA KEPUTUSAN MEMIHAK RAFIZI RAMLI

 

Rafizi dahului lebih 10,000 undi bagi jawatan timbalan presiden PKR
Diterbitkan:  May 29, 2022 5:44 PM
Dikemaskini: 5:45 PM

Rafizi Ramli mendahului pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan pusat parti itu.

Ketika berita ini ditulis, Rafizi mendahului dengan 52,133 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 40,657 undi, berdasarkan undi yang dikira di tujuh negeri iaitu Selangor, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan.

Terdapat sebanyak 6,826 undi ragu yang dikemukan namun masih tidak mencukupi untuk mengubah keputusan buat masa ini.

Undi ragu ialah undi yang memerlukan pengesahan lanjut oleh jawatankuasa pemilihan PKR sebelum ia boleh disahkan

Rafizi yang tewas di Selangor pada pemilihan parti itu pada 2008, kini menguasai negeri berkenaan.

Selangor merupakan negeri yang mempunyai ahli PKR yang berdaftar sebagai pengundi tertinggi dalam parti itu.

Di Selangor, Rafizi menang dengan memperoleh 25,449 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 22,101 undi, walaupun bekas setiausaha agung PKR itu bersekutu dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Di Sabah, Saifuddin menang sebanyak 8,585 undi berbanding Rafizi yang mendapat 6,814 undi.




SABAH

Rafizi menang diKudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Penampang, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Ranau, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan


Rafizi Menang 19 Cabang dari 25 Cabang di Sabah.

menariknya di sabah, 6 Cabang yang dimenangi Saif adalah dengan majoriti besar.



*KEPUTUSAN TIDAK RESMI DI KELANTAN*
RAFIZI MENANG 10 CABANG.
SAIFUDDIN MENANG 4 CABANG

*MAJORITI: 1,000*


*KEPUTUSAN TIDAK RESMI DI KELANTAN*

RAFIZI MENANG 10 CABANG.
SAIFUDDIN MENANG 4 CABANG
*MAJORITI: 1,000*

*KEPUTUSAN TIDAK RESMI DI N.SEMBILAN*
RAFIZI MENANG DI 7 CABANG.
SAIFUDDIN MENANG DI SATU CABANG.
*MAJORITI: 2, 963*

*KEPUTUSAN TIDAK RESMI DI SELANGOR*
RAFIZI MENANG DI 13 CABANG.
SAIFUDDIN MENANG DI 8 CABANG
*MAJORITI : 3, 999*
*TIDAK TERMASUK CABANG BANGI KERANA TIDAK UPDATE SEPENUHNYA*

Keputusan Pemilihan Keadilan KELANTAN 2022. (data ini akan diupdate dari semasa ke semasa) Rafizi: 3,107 (menang 10 cabang) Saifuddin: 2,107 (4 Cabang) (Majoriti 1,000) Ketua AMK: Fahmi: 1,028 Adam Adli : 338 Ketua wanita: Rodziah Ismail : 1,177 Fadhlina Sidek: 559 HIGHLIGHTS: Di tempat pengundian semula gua musang, Rafizi menang besar dengan majoriti hampir 500 dan undi hampir 1000 Iswardy



TERKINI
[3:56 PM, 5/29/2022] Bang Hashim Lipis: RAFIZI LEBAR PENGARUH DI KEDAH, MENANG 11 DARIPADA 15 CABANG Langkawi RR 218 SN 35 Majoriti 183 Jerlun RR 42 SN 59 Majoriti -17 Kubang Pasu RR 192 SN 39 Majoriti 153 Padang Terap RR 105 SN 133 Majoriti -28 Pokok Sena RR 235 SN 48 Majoriti 187 Alor Setar RR 234 SN 158 Majoriti 76 Kuala Kedah RR 325 SN 107 Majoriti 218 Pendang RR 53 SN 358 Majoriti -305 Jerai RR 261 SN 70 Majoriti 191 Sik RR 104 SN 101 Majoriti 3 Merbok RR 479 SN 142 Majoriti 337 Sungai Petani RR 769 SN 319 Majoriti 450 Baling RR 179 SN 97 Majoriti 82 Padang Serai RR 1048 SN 397 Majoriti 651 Kulim-Bandar Baharu RR 603 SN 621 Majoriti -18

Rafizi menang di cabang berikut: 1. Langkawi 2. Kubang Pasu 3. Pokok Sena 4. Alor Setar 5. Kuala Kedah 6. Jerai 7. Sik 8. Merbok 9. Sungai Petani 10. Baling 11. Padang Serai Jumlah Undi Keseluruhan Cabang Kedah: RR 4847 SN 2604 Majoriti 2243 #AyuhMalaysia #YakiniRakyat






Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 yang telah siap dipamerkan,

1- WP
2- Selangor ✅
3- Negeri Sembilan ✅
4- Johor
5- Kelantan ✅
6- Terengganu
7- Pahang
8- Perak
9- P. Pinang
10- Kedah ✅
11- Perlis
12- Sabah
13- Sarawak
14- Melaka ✅