Terima keputusan pemilihan dengan hati terbuka, kata Anwar



Anwar Ibrahim berkata keputusan itu bagi membina
 semula kekuatan PKR.

PORT DICKSON: Semua calon yang bertanding pada Pemilihan PKR 2022 kali ini, diminta menerima keputusan akan diumumkan esok dengan hati terbuka.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu bagi membina semula kekuatan parti berkenaan.

“Ya, akan umum esok(HARI INI 29/5/2022), semua dah ada keputusan, kita (PKR) nak rangkul kembali kekuatan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Raya Mat Moto 1.0 di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, keputusan pemilihan PKR peringkat kebangsaan dan bahagian akan diumumkan esok, selepas ia ditangguhkan berikutan pemilihan semula di beberapa bahagian sebelum ini.

Dalam pada itu Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) sekali lagi meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini masih menunggu keputusan Ismail, bagi menetapkan tarikh sidang khas berkenaan sebelum ia dibahaskan di Parlimen.

No comments: