Saya cadang PM tak payah lantik Menteri baru ganti Zuraida.

 

Steven Sim Chee Keong 沈志 

npotrSa730116a7h4agtua8ma424  · 

Saya cadang PM tak payah lantik Menteri baru ganti Zuraida.

Sebaliknya PM sendiri yang pangku Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tanpa gaji tambahan hingga hujung penggal.

5 sebab kenapa PM perlu berbuat demikian:

1) Kurangkan sikit saiz kabinet gergasi - dah ada 68 Menteri/Timbalan Menteri dengan 4 Menteri Kanan, tak masuk lagi Duta-duta bertaraf Menteri, Duta-duta Besar lantikan kalangan Ahli Parlimen kerajaan, Penasihat-penasihat PM. Kementerian Zuraida sendiri ada 2 Timbalan Menteri. Semuanya orang politik bergaji besar. Kerja jalan tak jalan, biar rakyat yang menilai.

2) Jimat wang rakyat - nanti Menteri baru kena bayar gaji, elaun, percutian, penggajian team baru, buat majlis, keraian, program. Nanti kalau dia nak tukar kereta rasmi, renovate ofis, buat tandas emas pula, aduh. Sesak nafas rakyat. Cukuplah!

3) Beri kestabilan dan kekuatan kepada kementerian - kementerian dah tukar 3 orang Menteri sejak 2018, slogan berubah-ubah, dasar berubah-ubah, organisasi berubah-ubah. Staff kementerian dan pihak industri pun dah letih nak kejar Menteri baru. Dua Menteri PAS dan PPBM sebelum ni pun gagal buat kerja. Sekarang, biar PM yang mengetuai strategi pemulihan sektor perladangan.

4) Hentikan perebutan kuasa antara BN-PN - PM tak payah sakitkan hati mana-mana parti komponen kerajaan yang tengah berebut-rebut kerusi Menteri. Semua tak dapat, biar PM sendiri yang jaga dengan 2 orang Timbalan Menteri yang sedia ada.

5) Penggal Parlimen pun tinggal setahun je - Menteri baru nak biasakan diri, nak set up team akan amik masa. Silap haribulan, kerja tak sempat bua,t jawatan ini jadi sekadar jawatan honeymoon, dapat pencen, dapat tiket percutian percuma untuk Menteri pi London.

So PM, jalan teruih, beranikan diri, tak payah layan pergolakan kuasa dalaman, tak perlu lantik Menteri tambahan, kita sokong YAB.


May be an image of 1 person and text that says "RASAI my Metro UTAMA Zuraida letak jawatan menteri f in Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my"



No comments: