Saifuddin kalah di Selangor bagi perebutan timbalan presiden

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pertembungan Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi
 Ramli bagi jawatan timbalan presiden penting di
 Selangor memandangkan negeri itu mempunyai
 jumlah keahlian tertinggi parti.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, tewas di Selangor bagi saingan jawatan timbalan presiden PKR, kepada saingannya, Rafizi Ramli.

Berdasarkan keputusan semasa, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, tewas di sebahagian besar bahagian di negeri itu dengan memperoleh 22,101 undi, menurut laporan Berita Harian.

Rafizi berjaya meraih 25,449 undi selepas menguasai 13 dari 22 bahagian PKR di Selangor.

Selangor merupakan negeri terpenting susulan mempunyai ahli PKR tinggi dan penting dalam perebutan saingan orang nombor dua parti.


No comments: